Ucapan Allahuakbar, La Ilaha Illallah Bismillah

Oleh Anak Melaka
2003-03-10 10:08:34

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Ucapan “ ALLAHU AKBAR “

Ertinya : “ Allah Maha Besar “ .

Ianya diucapkan di dalam beberapa situasi :

1 – Apabila berada di tempat yang tinggi .

2 – Apabila berada di dalam ketakutan .

3 – Sebagai teriakan untuk menakutkan dan menggerunkan musuh-musuh Allah Ta’ala .

4 – Sebagai “ pembakar semangat “ para pejuang Islam .

5 – Ketika azan , takbiratul ihram dan takbir hari raya .

Ucapan ini dikenali juga sebagai “ TAKBIR “ .

Ucapan “ LA ILAHA ILLALLAH “

Ertinya : “ Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak diibadati melainkan Allah “ .

Masyarakat Arab biasanya menyebut kalimah ini apabila melihat sesuatu yang menggerunkan ataupun peristiwa yang mengerikan .

Kalimah ini adalah inti-pati dan dasar ajaran Islam . Silalah melihat kitab-kitab zikir dan wirid yang sahih ( seperti RIYADHUS SOLIHIN oleh Al-Imam an-Nawawi rh ataupun KALIMUT TOIYIB oleh Al-Imam Ibnu Taimiyah rh ) untuk mengetahui fadhilat-fadhilat kalimah Tauhid ini .

Ia dikenali juga dengan gelaran “ TAHLIL “ .

Ucapan “ BISMILLAH “

Ertinya : “ Dengan Nama Allah “

Ucapan ini dikenali sebagai “ BASMALAH “

Dilakukan sebagai menunjukkan adab di antara seseorang hamba dengan Allah Ta’ala ketika melakukan perkara-perkara yang diredhai-Nya .

Ertinya di sini ialah : “ Bismillah “ digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah Ta’ala sahaja . Seolah-olah tatkala kita membacanya kita turut sama beriktiqad : “ Aku menyebut nama Allah ini supaya kerja yang aku lakukan ini dirahmati dan diberkati oleh-Nya “ .

Adapun jika digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang , maka ia adalah haram bahkan kadang-kadang boleh membawa kepada murtad kerana dianggap menghina kesucian ataupun mempersendakan Allah Ta’ala . Contohnya :

A – Membaca “ Bismillah “ untuk menyembelih binatang-bintang yang tidak disembelih untuk tujuan yang dibenarkan ( seperti untuk mandi safar , untuk “ membuka gelanggang silat “ , untuk “ menyemah “ rumah , untuk “ menjamu “ penunggu dan jin dan sebagainya .

B – Membaca “ Bismillah “ untuk melakukan jampi-jampian yang dilarang oleh agama kita .

C – Membaca “ Bismillah “ untuk “ tikam “ nombor ekor , toto dan lumba kuda serta sebarang perjudian .

D – Membaca “ Bismillah “ ( supaya selamat konon-kononnya ) untuk mengintai orang mandi .

E – Membaca “ Bismillah “ untuk makan dan minum apa-apa yang haram .

F – Membaca “ Bismillah “ kuat-kuat ( agar didengar oleh orang ramai ) ketika membuka warong demi melariskan jualan .

wallahuallam



~Sesungguhnya Hidupku, Matiku, Amalanku, Ibadahku adalah semata-mata kerana Allah SWT~
Sent to myMasjid eGroups: 3/10/2003 10:08:06 AM
Sent to MelayuCyber eGroups: 3/10/2003 10:08:06 AM
Sent to Utusan_rasul eGroups: 3/10/2003 10:08:06 AM

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my