Hiburan Bagi Orang Mukmin

Oleh senja
2003-02-13 13:09:17

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51

Hiburan bagi orang mukmin itu adalah beribadah. Mengingat Tuhan dan mengagungkanNya..berkhidmat dengan manusia. Memberi, bersedeqah, menolong dan membantu hamba hamba Allah. Mengagih agihkan harta dikalangan yang patut menerima.

Kalau dia tidak dapat menolong hatinya susah. Kerana menolong orang lain hiburannya. Mendamaikan orang berbalah hobinya. Dia terhibur dengan mendamaikan orang yang bermusuh.

Kalau ada orang yang memberi nasihat atau mengingatinya. Suka sungguh hatinya ,lantas dia sayang kepada orang itu. Kalau dia tidak boleh khidmat pada orang lain.. lebih lebih lagi khidmat diwaktu orang perlukan khidmatnya. Dia terasa sangat bersalah dan berdosa.. kerana hiburan terputus atau tidak bersambung.

Kalau didapati ada orang lain mendapat nikmat, dia pula yang terhibur. Jika ada orang yang mendapat kesusahan.. hatinya susah, jiwanya menderita dan gelisah. Dia bersungguh sungguh cuba mengatasinya.. dia merasa penderitaan orang lain adalah penderitaannya. Kesenangan orang lain adalah kesenangannya. Begitulah orang mukmin terhibur dengan nikmat orang lain..

keredhaan Ilahi cita cita dihati..

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my