Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
2003-02-12 09:34:32

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Diriwayatkan daripada Abu Ubaid, khadam Ibnu Azhar katanya: Aku turut mendirikan sembahyang Hari Raya bersama Saidina Umar bin al-Khattab r.a lalu dia berkata:
Dua hari seperti ini adalah hari-hari yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w dari berpuasa iaitu Hari Raya Aidilfitri yang kamu merayakannya setelah kamu berbuka dari puasa bulan Ramadan dan hari yang kedua ialah Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Korban) di mana pada hari tersebut kamu memakan sebahagian dari (daging) korban kamu.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang haram berpuasa pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Korban), sama ada puasa tersebut adalah puasa nazar, puasa qada atau sebagainya.
2- Hikmat diharamkan berpuasa pada Hari Raya Aidilfitri adalah untuk membezakan di antara hari berpuasa dan hari berbuka manakala pada Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Korban) pula adalah kerana ibadat yang dilakukan semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan menyembelih binatang korban kerana Allah untuk memakan dagingnya.
3- Penjelasan bahawa sepatutnya apa sahaja ibadat yang ingin dilakukan, ibadat tersebut hendaklah ibadat yang telah disyariatkan, jika ibadat tersebut tidak disyariatkan orang yang melakukannya akan berdosa dan ibadat yang dilakukannya itu tidak akan diterima oleh Allah.
'the truth is out there'
Sent to myMasjid eGroups: 2/12/2003 9:34:15 AM
Sent to MelayuCyber eGroups: 2/12/2003 9:34:15 AM
Sent to Utusan_rasul eGroups: 2/12/2003 9:34:15 AM

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my