Kasih Milik Ku Part 10

Oleh PLUM
2003-01-20 16:04:00

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Kasih Milik Ku - Part 10

Dah seminggu dia disini. Di apartment milik Zaza ini. Dan seminggu
juga dier tidak ke pejabat.
'Entah aper citer kat opis tu agaknya??' Soal hati Linda
sendiri. Angin petang meniup lembut....menerbangkan rambutnya yang
separas bahu itu.
'Apa yang ko menungkan tu?' Soal Zaza biler melihat Linda
termenung jauh di balkoni apartmentnya itu.
'Jangan termenung banyak-banyak. Dah, meh minum teh ni....penat
aku buat tau!' ajak Zaza. Linda mematikan lamunannya dan mula
melangkah lesu kearah Zaza yang sedang asyik meneguk air teh yang
dibuatnya sendiri. Diatas meja terhidang goreng pisang yang dibeli
Zaza ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya tadi. Lalu
Linda melabuhkan punggungnya di sebelah Zaza. Di perhatikan saja
kawannya yang itu. Zaza yang perasan dengan tenungan Linda mula rasa
tak selesa.
'Apsal ko pandang aku cam nak telan jer?? Aku ader buat salah
ker?' Soal Zaza sambil meletakkan mug air tehnye diatas meja. Linda
cuma tersenyum.
'Kesian kau...aku banyak menyusahkan kau kan Za?' Keluh Linda.
'Aper kau merepek ni?? Ni maser kau...maser aku tak tahu
lagi...' Ujar Zaza.
'Aku ingat aku nak carik rumah la....' Beritahu Linda. Dier
bukannya apa...dia sekadar tidak mahu menyusahkan rakan karibnya itu.
'Kenapa?? Rumah ni sempit ker??' Soal Zaza, ada nada berkecil
hati dengan apa yang disuarakan Linda.
'Bukan itu maksud aku... Aku tak nak menyusahkan kau...aku...'
'Dah! Dah! Dah! Aku tak nak dengar lagi.... Kau jangan nak
ngengada carik umah lain plak...' Belum pun sempat Linda menghabiskan
ayatnya, pantas saja Zaza memotong. Linda tertunduk. Rasa bersalah
menyelinap disegenap ruang hatinya.
'Linda....aku tak pernah rasa kau menyusahkan aku. Aku kan kawan
kau. Apalah gunanya kawan kalau sekadar hanya melihat kawannya dalam
kesusahan sedangkan dier berkemampuan untuk membantu??' Terang Zaza
apabila dilihatnya Linda terus murung begitu sambil mengusap-usap
lembut belakang Linda. Linda memandang wajah Zaza penuh sayu.
'Betapa mulia hati mu wahai teman....' Bisik hati Linda. Dan
Linda cuba mengukir sekuntum senyum buat rakannya itu.
'Dah!! Jangan nak mengada-ngada lagi...ni amik ni air teh kau!!
Kau kena abiskan jugak!! Penat aku buat!!' Ucap Zaza sambil
menghulurkan mug berisi air teh yang masih panas itu ke tangan Linda.
Linda cuma tergelak kecil. Dier amat bersyukur kerana dipertemukan
dengan teman sebaik Zaza. Zaza yang mengingatkan dier pada teman
baiknya di Sabah dulu, Watie.
'Entah apa cerita Watie agaknya??' Tanya Linda didalam hati
sambil meneguk air teh yang dibancuh Zaza.
'Eh, tawar!!!'

**********************************************************************

Linda cuma memerhatikan saja rumah besar itu. Sunyi. Linda
memberanikan dirinya menekan loceng yang tersedia di pintu pagar. Dan
tak lamer selepas itu, pintu pagar yang menjadi penghalang bagi
mereka yang ingin memasuki rumah besar itu pun terbuka. Linda
menguatkan hatinya untuk terus melangkah masuk. Dan dilihat seorang
lelaki separuh abad sedia manantinya di pintu rumah itu.
'Pak Mail...aper khabar?' Tanya Linda sambil bersalaman dengan
lelaki berjasa itu.
'Pak Mail baik...Linda macam maner?' Tanya Pak Mail pula.
'Linda baik saja. Abah maner?' Tanya Linda sambil menjenguk-
jenguk kedalm rumah itu.
'Abah kamu ader di biliknya...marilah masuk...' Pelawa Pak Mail.
Linda cuma tersenyum tawar dan melangkah masuk kedalam rumah itu.
Entah kenapa hatinya berdebar-debar.
'Mari...' Ajak Pak Mail lagi. Linda cuma mengekori dari
belakang, neuju kebilik Tuan Hamdan. Dan apabila tiba di pintu masuk
bilik bapa angkatnya itu sempat lagi Pak Mail memberitahunya sesuatu.
'Linda...bapa kamu tak sihat semenjak kamu tinggalkan rumah
seminggu lepas. Keadaannya semakin hari semakin teruk. Ubat pun bapa
kamu tak nak makan. Puas pakcik pujuk. Cubalah kamu pulak yang
pujuk.' Terang Pak Mail.
'Bukan Linda yang meninggalkan rumah Pak Mail. Tapi....' Ujar
Linda. Dan serta merta air matanya bergenangan. Pak Mail cuma tunduk
sayu. Dier mengaku dier sudah tersalah kata. Pintu bilik Tuan Hamdan
pun di kuak oleh Pak Mail. Dan dari situ kelihatan seorang lelaki
sedang duduk di kerusi roda menghadap seluas-luas padang golf di
depan mata, dibalkoni biliknya itu. Linda memberanikan diri merapati
Tuan Hamdan yang kelihatan tidak bermaya.
'Buat apa kau datang?' Tiba2 Tuan Hamdan bersuara. Nadanya
tegas. Linda tersentak. Dier tidak menyangka bahawa Tuan Hamdan
menyedari kehadirannya.
'Abah...'
'Jangan kau panggil aku dengan panggilan itu. Kau dah tak punya
hak itu. Kau bukan darah daging ku!!' Ucap Tuan Hamdan lagi.
'Maafkan saya....Tuan Hamdan apa khabar?' Linda memberanikan
diri mengaju soalan. Ada getar dalam nada suaranya. Dan amat payah
baginya agar tidak memanggil Tuan Hamdan dengan panggilan yang sudah
biasa bermain dibibirnya - abah.
'Tak payah kau tanya khabar ku!! Aku tak perlukan kehadiran kau
disini!! Keluar!! Aku tidak mahu diganggu!!' Arah Tuan Hamdan.
'Salahkah saya bertanya khabar?' Tanya Linda. Saat ini air
matanya sudah tumpah dipipi. Pilu sungguh hatinya dengan kata2 yang
dikeluarkan oleh lelaki kesayangannya itu.
'Jangan kau nak berpura-pura baik pula disini!! Aku kata
keluar!! Keluar!!' Tengking Tuan Hamdan. Dan seraya itu dia memegang
dada kirinya. Terasa senak dadanya. Sakitnya menyerang. Dan dengan
pantas Linda menghampiri Tuang Hamdan.
'Abah!! Abah!!' Jerit Linda. Dan dengan saki baki tenaga yang
ada Tuan Hamdan menolak Linda ketepi. Terjelepuk Linda ke lantai.
Lantas Pak Mail datang membawa ubat, dan memaksa Tuan Hamdan menelan
pil2 halus itu. Dan, walaupun dalam melalui saat getir itu, Tuan
Hamdan masih menunjukkan pemberontakkannya agar Linda pergi dari
pandangannya. Dengan tangan kirinya melibas ke kiri ke kanan. Linda
teramat sedih dengan keadaan itu. Dier menangis semahunya. Dier
berlari keluar dari rumah itu. Dier meraung semahunya. Tak sanggup
rasanya berhadapan dengan situasi itu.

**********************************************************************

'Linda...kau tak boleh terus macam ni...kau kener tabah Linda'
pujuk Zaza. Linda masih baring dan berselimut diatas katil didalam
bilik yang disediakan Zaza untuknya. Linda masih lagi bermandikan air
mata akibat apa yang berlaku siang tadi.
'Aku tak tahu apa nak buat lagi Za. Dia langsung tak memaafkan
aku. Dan saat dier sakit tadi pun, dier tak nak aku membantu. Apalah
gunanya aku sebagai anak Za?? Apalah gunanya??' Ucap Linda teresak-
esak. Matanya bengkak akibat terlalu banyak menagis.
'Aku faham bagaimana perasaan kau, tapi, walau aper pun yang
berlaku, hidup perlu diteruskan' nasihat Zaza lagi. Yang sebenarnya
dier juga bersimpati dengan nasib yang menimpa Linda.
'Apalah nasib kau Linda??' Tanya Zaza didalam hati. Dan tanpa
disedari air matanya juga mula bergenangan.
'Zaza....' Raung Linda sambil memeluk erat temannya itu.
Keduanya bermandikan air mata. 'Sabar Linda...sabar..' Hanya itu
yang mampu di ucapkan Zaza. Dier tidak tahu apa lagi yang mampu
disuarakan untuk menenangkan hati Linda. Kerana saat itu, dier juga
terlalu sebak dengan apa yang menimpa Linda.

**********************************************************************

Kedua-duanya membisu. Walaupun tak berselera, tapi ditelannya juga
sandwich yang Zaza sediakan itu. Pagi ini dia akan mula bekerja
setelah dua minggu tidak ke office. Ada betulnya kata Zaza. Walau
aper jua yang terjadi hidup perlu diteruskan. Biar waktu yang merawat
segalanya. Sedang masing2 asyik melayan perasaan sendiri sambil tekak
menjamu sarapan pagi itu, telefon milik Zaza menjerit minta diangkat.
'Hello..ye...ye saya. Ada...kenapa?? Apa??!! Baiklah...saya bawa
dier kesana sekarang... Terima kasih..' Zaza memandang Linda penuh
makna.
'Kau off handphone kau ker?' Tanya Zaza. Linda cuma memandangnya
dengan penuh tanda tanya.
'Kau kena ikut aku pagi ni...' Sambung Zaza lagi.
'Tapi...baru pagi ni aku nak menjenguk ke office...' Ucap Linda.
Ada nada yang dier tak setuju untuk mengikut Zaza.
'Tapi tempat yang aku nak bawak kau ni lebih penting dari office
kau Linda' ucap Zaza. Serius. Dan tanpa berlengah Zaza mengheret
Linda pergi. Putra miliknya dipandu laju.
'Kita nak kemana ni??' Tanya Linda inginkan kepastian. Namun
Zaza terus membisu. Sebenarnya dier sedang mengawal emosi dan
berperang dengan diri sendiri bagaimana hendak menghadapi situasi
yang bakal ditempuhi oleh Linda nanti. Dier bimbang Linda tidak dapat
mengawal dirinya menghadapi saat itu. Linda terus tertanya-tanya.
Dari jalan yang dilalui, seperti ingin menuju kerumah......??
'Zaza...' Dan seraya itu Zaza memberhentikan keretanya
diperkarangan rumah Tuan Hamdan. Dan kelihatan ramai orang lelaki
bersongkok dan berkupiah di perkarangan rumah. Semua memerhatikannya
dan Zaza yang masih didalam perut kereta. Linda memandang tajam
kearah Zaza. Kolam mata Zaza mula menakung air jernih.
'Sabar Linda....' Zaza sudah mula memujuk Linda. Dier takut
benar Linda tidak boleh menghadapi kenyataan itu. Dan kini air jernih
itu mula memenuhi ruang kolam Linda pula.
Dengan perlahan Linda melangkah keluar. Dengan langkah yang berat
dier memasuki rumah besar itu. Dan lebih ramai lagi lelaki2 dan
wanita2 memenuhi ruang tamu rumah itu. Yang lelaki semuanya memakai
kupiah atau pun bersongkok. Dan yang perempuan pula memakai selendang
dan ader juga yang bertudung litup. Semuanya asing bagi Linda. Dengan
berat dier mandaki anak tangga satu persatu menuju ketingkat atas,
kebili Tuan Hamdan. Dan saat itu kedengaran orang membaca Yassin.
Dada Linda berombak kencang. Semua yang ada memandangnya. Sekujur
tubuh terbaring kaku dan bertutup kain batik lepas diatas katil milik
Tuan Hamdan. Dengan perlahan Linda menghampiri dan melabuhkan
punggunya disisi sebujur tubuh kaku itu. Dan dengan tangan yang
menggeletar dier meyelak kain batik lepas itu. Tersualah muka Tuan
Hamdan yang sudah kaku tidak bernyawa. Saat itu air mata Linda
mengalir deras. Dadanya semakin kencang berombak. Dan seraya itu
Linda meraung. Dia menangis semahu-mahunya. Dipeluknya erat jasad
Tuan Hamdan yang terbujur kaku itu. Hadirin yang datang hanya melihat
dengan wajah pilu.
'Linda.....sabar Linda...' Pujuk Zaza yang sudah pun berada
dibelakangnya. Zaza juga tidak dapat mengawal air matanya dari terus
mengalir.
'Abah.....jangan tinggalkan Linda abah....ampunkan
Linda....ampunkan Linda' suara Linda dalam esak tangis yang memilukan
setiap telinga yang mendengar. Seolah-olah seorang anak derhaka
meminta ampun dari bapanya.
'Linda...sabar Linda, bawak mengucap...' Pujuk Zaza lagi apabila
dilihatnya Linda sudah tidak terkawal.
'Abah....' Dan seraya itu pandangan Linda gelap dan dier rebah
disitu...

**********************************************************************

Pandangannya kabur saat dier membuka matanya. Terasa mukanya basah
akibat direnjas dengan air.
'Ha...dier dah sedar pun...' Suara salah seorang hadirin yang
membantu Zaza menguruskan Linda yang pengsang di birai katil.
'Linda....kau ok tak??' Soal Zaza. Linda terasa kepalanya sakit.
'Zaza...maner abah aku??' Tanya Linda...dier terasa ingin
menangis kembali.
'Linda...kau kena kawal emosi kau Linda. Setiap yang hidup pasti
kan pergi jua Linda..' Pujuk Zaza lagi. Linda tunduk sayu.
'Maner abah aku??' Tanya Linda lagi.
'Dier dah ader kat bawah. Kalau kau nak beri penghormatan
terakhir, baik kau pergi sekarang.....sebelum jenazah dibawa ke
masjid untuk disembahyangkan' beritahu Zaza. Linda mengangguk lemah
dan dipapah Zaza menuruni tangga. Setibanya dibawah, semua org
menanti Linda untuk memberi penghormatan terakhir. Jenazah yang sudah
dimandikan, dan siap dikapankan itu hanya mendedahkan mukanya sahaja
untuk mereka yang berkenaan memberi penghormatan yang terakhir. Linda
cuba mengawal emosinya. Di tatap wajah Tuan Hamdan yang bersih itu.
Berseri-seri sungguh rupa jenazah setelah dimandikan. Dan dengan
lembut Linda mengucup dahi lelaki itu. Dier juga menjaga agar air
matanya agar tidak terkena jenazah, takut menyukarkan jenazah ketika
dialam barzakh. Selesai saja Linda memberikan penghormatan terakhir,
Linda tak dapat mengawal emosinya lagi. Dier menangis semahunya.
Dipeluknya Zaza dengan erat. Dan pandangannya kabur lagi.....

*bersambung....*

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my