Risalah Fikir (102) Drp Enam Kepada Enam: 6 Prinsip Melawan Arus

Mari kita terus mencahayakan hati kita dengan menghayati nasihat para salihin.

Telah menerangkan setengah hukama (rahimahullah): Apabila manusia (orang ramai) menyibukkan diri mereka dengan enam perkara, maka hendaklah antum (kalian) menyibukkan diri antum dengan enam perkara yang lain:

  • [Yang pertama] Apabila manusia menyibukkan diri mereka dengan memperbanyakkan amal (kathratul a'maal), maka hendaklah antum menyibukkan diri antum dengan memperelokkan amal (memperbaiki amal / husnul a'maal).
  • [Yang kedua] Apabila manusia menyibukkan diri mereka dengan perkara-perkara al-fadhool (perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan-kelebihan / fadilat-fadilat / virtues / merits), maka hendaklah antum menyibukkan diri antum dengan menyempurnakan perkara-perkara yang fardhu atau al-faroodh (itmaamul faroodh).
  • [Yang ketiga] Apabila manusia menyibukkan diri mereka dengan mengislahkan al-'alaaniyah (Mengislahkan perkara-perkara dzohiriyyah / islaahul 'alaaniyah), maka hendaklah antum menyibukkan diri antum dengan mengislahkan as-sirr (Mengislahkan perkara-perkara batiniyyah atau sirr / islaahussirr).
  • [Yang keempat] Apabila manusia menyibukkan diri mereka dengan keaiban-keaiban orang lain ('uyuubun naas), maka hendaklah antum menyibukkan diri antum dengan keaiban-keaiban diri antum sendiri ('uyuub an fusikum).
  • [Yang kelima] Apabila manusia menyibukkan diri mereka dengan meng'imarahkan dunia (Mema'murkan dunia / 'imaaratud dunya), maka hendaklah antum menyibukkan diri antum dengan meng'imarahkan akhirat (Mema'murkan akhirat / 'imaaratul aakhirah).
  • [Yang keenam] Apabila manusia atau orang ramai menyibukkan diri mereka dengan mencari atau menuntut keredhaan atau kesukaan makhluk-makhluk (Talabu ridhol makhluqin), maka hendaklah antum menyibukkan diri antum dengan mencari atau menuntut keredhaan atau kesukaan Allah Ta'ala (Talabu ridhol Allah Ta'ala).

Begitulah mutiara daripada para hukama (rahimahullah). Enam prinsip yang perlu dijadikan pegangan hidup.

Jadi amat perlulah bagi kita untuk mengamati satu persatu akan nasihat dan pesanan mereka di atas. Cuba kita tinjau semula pesanan yang kelima di atas, iaitu apabila manusia berpusu-pusu mengejar dunia, maka hendaklah kita pula berpusu-pusu mengejar akhirat! Apabila manusia atau orang ramai begitu tersangat minat dan cenderung kepada perkara-perkara atau urusan-urusan dunia, maka hendaklah kita pula begitu tersangat minat dan cenderung kepada perkara-perkara atau urusan-urusan akhirat!

Apabila manusia atau orang ramai sibuk berebut-rebut dan berbangga-bangga pula dalam meng'imarahkan dunia mereka, maka hendaklah kita pula sibuk berebut-rebut dalam meng'imarahkan akhirat kita! Nampaknya jelas sekali bahawa kita kenalah melawan arus majoriti manusia. Kalau ramai orang ke hulu, kenalah kita ke hilir; begitu pun sebaliknya. Ini bererti kalau orang ramai ke hulu, dan kita pun ke hulu juga, tunggulah kebinasaan diri sendiri!

Wallahu A'lam.

Semoga sama-sama kita mengambil i'tibar.

Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Al-Faqiru ilallah.

Mari kita terus mencahayakan hati kita dengan menghayati nasihat parasolihiin.....................

Telah menerangkan setengah Hukamaa` rah.a.....(mafhumnya)....:
Apabila manusia (orang ramai) menyibukkan diri mereka dengan enam perkara, maka hendaklahantum (kalian) menyibukkan diri antum dengan enam perkara yang lain :

[Yg pertama]
Apabila manusia menyibukkan diri mereka dengan MEMPERBANYAKKAN 'AMAL (KATHRATUL A'MAAL),maka
hendaklah antum menyibukkan diri antum dengan MEMPERELOKKAN 'AMAL (MEMPERBAIKKAN 'AMAL /HUSNUL A'MAAL).

[Yg kedua]
Apabila manusia menyibukkan diri mereka dengan PERKARA-PERKARA AL-FADHOOIL(PERKARA-PERKARA YG
BERKAITAN DGN KELEBIHAN-KELEBIHAN/ FADHIILAT-FADHIILAT/VIRTUES/MERITS), maka hendaklahantum menyibukkan diri antum dengan MENYEMPURNAKAN PERKARA-PERKARA YG FARDHU ATAUAL-FAROOIDH (ITMAAMUL FAROOIDH).

[Yg ketiga]
Apabila manusia menyibukkan diri mereka dengan MENGISLAHKAN AL-'ALAANIYAH (MENGISLAHKANPERKARA-
PERKARA DZOHIRIYYAH / ISLAAHUL 'ALAANIYAH), maka hendaklah antum menyibukkan diri antumdengan MENGISLAHKAN AS-SIRR (MENGISLAHKAN PERKARA-PERKARA BATINIYYAH ATAU SIRR /ISLAAHUSSIRR).

[Yg keempat]
Apabila manusia menyibukkan diri mereka dengan KE'AIBAN-KE'AIBAN ORANG LAIN('UYUUBUNNAAS), maka hendaklah
antum menyibukkan diri antum dengan KE'AIBAN-KE'AIBAN DIRI ANTUM SENDIRI ('UYUUBUANFUSIKUM).

[Yg kelima]
Apabila manusia menyibukkan diri mereka dengan MENG'IMARAHKAN DUNIA (MEMA'MURKAN DUNIA /
'IMAAROTUDDUNYAA), maka hendaklah antum menyibukkan diri antum dengan MENG'IMARAHKANAKHIRAT (MEMA'MURKAN AKHIRAT / 'IMAAROTUL AAKHIRAH).

[Yg keenam] Apabila manusia atau orang ramai menyibukkan diri mereka dengan MENCARI ATAUMENUNTUT KEREDHAAN ATAU KESUKAAN MAKHLUQ-MAKHLUQ (TOLABU RIDHOL MAKHLUUQIIN), makahendaklah antum menyibukkan diri antum dengan MENCARI ATAU MENUNTUT KEREDHAAN ATAUKESUKAAN ALLAH TA'AALAA (TOLABU RIDHOLLAAHI TA'AALAA).

Begitulah mutiara daripada para Hukamaa` rah.a.
Begitulah Enam Prinsip yg perlu dijadikan pegangan hidup............
Jadi amat perlulah bagi kita untuk mengamati satu persatu akan nasihat dan pesanan merekadi atas. Cuba kita tinjau semula pesanan yang kelima di atas i.e. apabila  manusiaberpusu-pusu mengejar DUNIA, maka hendaklah kita pula
berpusu-pusu mengejar AKHIRAT !! Apabila manusia atau orang ramai begitu tersangat minatdan cenderung kepada perkara-perkara atau urusan-urusan DUNIA, maka hendaklah kita pulabegitu tersangat minat dan cenderung kepada perkara-perkara atau urusan-urusan AKHIRAT !!!

Apabila manusia atau orang ramai sibuk BEREBUT-REBUT DANBERBANGGA-BANGGA PULA DALAM MENG'IMARAHKAN DUNIA
MEREKA, maka hendaklah kita pula sibuk BEREBUT-REBUT DALAM MENG'IMARAHKAN AKHIRAT KITA!!!! Nampaknya jelas sekali bahawa kita kenalah MELAWAN ARUS majoriti manusia atau orangramai......... kalau ramai orang ke hulu kenalah
kita kehilir begitu pun sebaliknya. Ini berma'na kalau orang ramai ke hulu, dan kita punke hulu juga, tunggulah kebinasaan diri
sendiri....................!


Wallaahu a'lam.
Semoga sama-sama kita mengambil i'tibaar.

Wassalaamu'alaikum wrb.,
Al-faqiiru ilallaah.

MASUKA.....
KATHIIRUN (plural: KATHIIRUUN, KITHAAR) : banyak, melimpah, dsbnya
[i.e. much, many, numerous, abundant, plentiful, copious; frequent; a
large portion, a great deal, a great many, a lot.
AL-KATHIIRU MIN : the most part of, most of.
KATHIIRAN : seringkali, frequently, often.
AL-KATHIIRU MIN, AL-KATHIIRUUNA MIN : the majority of, most of;
plenty of, a great many, a lot of.
KATHIIRUN 'ALAA: too much for.
FII KATHIIRIN MINAL AUQOOT dan FII AHYAANIN KATHIIRAH : pada
kebanyakan waktu/masa, frequently, often.
AKTHARIYYAH : majority.
MIKTHAAR : very talkative, garrulous.
TAKTHIIR : increase, augmentation, mutiplication, propagation, ample
provision, abundant supply.
IKTHAAR increase, augmentation, multiplication, propagation, ample
provision, abundant supply ; raising, increase (esp. of the yield).
TAKAATHUR : growth, multiplication, propagation, proliferation.
MUKTHIR : rich, well-to-do.
MUTAKAATHIR : numerous, extensive.
KATHRAH : large quantity, great number, multitude, abundance,
copiousness, numerousness, frequency, multiplicity, plurality;
majority, major portion.
BI KATHRAH : plentifully, abundantly.
KATHRATUL A'MAAL : (banyaknya/memperbanyakkan amal).
AL-FADHOOIL (katanama mufradnya/singular: FADHIILAH): virtues,
merits, (kelebihan-kelebihan).
AL-FAROOIDH (katanama mufradnya: FARIIDHOH) : perkara-perkara yang
fardhu.
ITMAAM : penyempurnaan/menyempurnakan.
ISLAAH : pengislahan/pembaikian/membaiki/memperbaiki/mengislahkan.
Al-'ALAANIYAH: sifat-sifat atau perkara-perkara yg
dzohiriyyah/luaran.
ISLAAHUL 'ALAANIYAH : mengislahkan perkara-perkara (sifat-sifat) yang
dzohiriyyah.
AS-SIRR : sir, perkara-perkara (sifat-sifat) batiniyyah/dalaman.
ISLAAHUSSIRR : mengislahkan perkara-perkara atau sifat-sifat
batiniyyah/dalaman.
'UYUUB (mufradnya: 'AIB/'AIBUN) : keaiban, fault, defect,shortcoming.
'AIBUN JISMIYYUN : physical defect.
'AIBUN 'ALAIKA ! .... You ought to be ashamed !, shame on you !
'IMAARAH : peng'imarahan/meng'imarahkan/mema'murkan.
'IMAAROTUL AAKHIRAH: mema'murkan akhirat.
'IMAAROTUDDUNYAA : mema'murkan dunia.
MAKHLUUQIIN : makhluq-makhluq
TOLAB : mencari, menuntut, (penuntutan/tuntutan).
TOOLIB : penuntut lelaki, pelajar lelaki, male student.
TOOLIBAH : pelajar wanita, female student.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my