Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
2003-01-19 02:28:52

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya (oleh Abu Zar al-Ghifari): Apakah amalan yang paling utama? Baginda menjawab:
Beriman kepada Allah dan RasulNya. Beliau bertanya: Kemudian apa?. Baginda menjawab: Berjihad (berjuang) pada jalan Allah. Beliau bertanya lagi. Kemudian apa? Baginda menjawab: Ibadat Haji yang mabrur (ibadat Haji yang tidak dikotori dengan maksiat).

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan beriman kepada Allah dan RasulNya serta kelebihan berjihad pada jalan Allah di mana kedua-dua perkara tersebut adalah di antara amalan-amalan yang paling banyak pahalanya di sisi Allah dengan syarat ia dilakukan dengan ikhlas.
2- Penjelasan tentang kelebihan mengerjakan ibadat Haji di mana ia adalah di antara amalan yang sanpaling banyak pahalanya di sisi Allah dengan syarat ia dikerjakan dengan ikhlas serta jauh dari apa sahaja maksiat, riak dan ingin dipuji.
'the truth is out there'

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my