Takzirah Di Pintu 2003

Oleh pacik-badai
2003-01-19 02:28:42

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
ANTARA SIFAT-SIFAT TERPUJI

1. Taubat ertinya meninggalkan segala perbuatan
tercela yang telah
dikerjakannya dengan niat kerana membesarkan Allah
s.w.t. Orang yang bertaubat mestilah memenuhi
syarat-syarat berikut :
a) Meninggalkan maksiat dengan kesedaran.
b) Menyesal dengan perbuatan yang telah dikerjakan.
c) Berazam tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

2. Khauf ertinya takutkan Allah s.w.t, takutkan
kemurkaanNya dengan memelihara diri dari melakukan
perkara-perkara yang ditegah.

3. Zuhud ertinya bersih atau suci hati dari
berkehendakkan lebih dari
keperluannya serta tidak bergantung kepada makhluk
lain. Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang
dimilikinya adalah sebagai amanah dari Allah.

4. Sabar ertinya tabah atau cekal menghadapi sesuatu
ujian yang
mendukacitakan.

5. Syukur ertinya menyedari bahawa semua nikmat yang
diperolehinya baik yang lahir mahupun batin semuanya
adalah dari Allah dan merasa gembira dengan nikmat itu
serta bertanggungjawab kepada Allah.

6. Ikhlas ertinya mengerjakan amal ibadat dengan penuh
ketaatan serta semua perbuatan yang dilakukan
semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukan kerana
tujuan lain.

7. Tawakal ertinya berserah diri kepada Allah dalam
melakukan sesuatu rancangan.

8. Mahabbah ertinya kasihkan Allah dan hatinya
sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat
kepadaNya serta bersungguh-sungguh menjaga diri dan
jauhkan dari melakukan maksiat.

AHTARA SIFAT-SIFAT TECELA

1. Syarhul Thaa'am ertinya gemar kepada makan atau
makan terlalu banyak.

2. Syarhul Kafam ertinya gemar kepada bercakap yang
sia-sia, percakapan yang tidak berfaedah kepada dunia
dan akhiratnya.

3. Gha'dhab ertinya bersifat pemarah dan cepat
melenting walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang
kecil.

4. Hasad ertinya dengki akan nikmat yang ada pada
orang lain serta suka jika orang itu susah.

Moga ada manfaat


~DeRiTa Itu InDah~

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my