Risalah Fikir (131) Lailatul Qadr (2)

Beberapa hari lagi akan masuk sepuluh akhir Ramadan. Mari kita terus menghayati Lailatul Qadr.

Berikut adalah terjemahan kasar daripada kitab yang sama seperti RF (130) yang lalu. Halaman 385.

Dan telah berkata Sufyan Ath-Thawri rahimahullah (mafhumnya): Berdoa pada Lailatul Qadr itu lebih dicintai olehku daripada bersolat. Katanya lagi (mafhumnya): Dan apabila ia membaca (Al-Qur'an) dan berdoa dengan bersungguh-sungguh, cenderung dan tawajjuh kepada Allah SWT dalam doa dan permintaan, moga-moga dimuwafaqat (dipersetujui). Dan murodnya (yang dikehendaki):

Bahawa memperbanyakkan doa adalah lebih afdhal daripada bersolat yang tidak banyak doa di dalamnya. Dan kiranya ia membaca (Al-Qur'an) dan juga berdoa maka ini adalah lebih aula dan lebih baik (ahsan).

Dan ketahuilah bahawasanya al-qiyam (berdiri/bersolat) dan al-qiraah (membaca Al-Qur'an) mestilah dalam keadaan bertadabbur, berdoa, bertafakkur, dan bertartil sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Kerana Baginda SAW adalah beliau bertahajjud pada malam-malam Ramadan dan membaca (qiraah) secara murottal (membaca secara tartil, pelan-pelan dan memperhatikan serta memperindahkan tajwidnya) dan mutarossil (secara perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa serta penuh tertib). Dan inilah yang merupakan afdhalul a'maal ('amal yang paling afdhal) dan 'amal yang paling sempurna (akmal) pada malam-malam sepuluh yang akhir dalam bulan Ramadan, dan juga pada waktu-waktu yang lain.

Telah berkata Asy-Sha'bi rahimahullah (mafhumnya):

Lailatul Qadr itu, siangnya samalah seperti malamnya.

Dan telah berkata Al-Imam Asy-Shafi'i rahimahullah (mafhumnya): Adalah mustahabb (disukai) bahawa seseorang itu bersungguh-sungguh dalam beramal pada siang hari Lailatul Qadr sebagaimana dia bersungguh-sungguh beramal pada malam harinya. Dan berdasarkan inilah maka adalah dituntut/dikehendaki supaya sungguh-sungguh beramal (istihbab al-ijtihad) pada keseluruhan masa sepuluh terakhir Ramadan, siangnya dan malamnya!

Begitulah yang telah dijelaskan oleh Ibn Rajab rahimahullah.

Dan telah berkata Ibnul Munzir rahimahullah (mafhumnya):

[MAN QOOMA LAILATAL QODRI KUFFIRAT 'ANHU KABAAIRUZZUNUUBI WA SOGHOOIRUHAA] Barangsiapa qiyam/berdiri (dalam 'ibadah/solat) pada malam Al-Qadr, maka dihapuskan/dikifaratkan daripadanya akan dosa-dosa besarnya (kaba'ir az-zunub) dan juga dosa-dosa kecilnya (saghair az-zunub).

Begitulah terjemahan kasarnya.

ALLAHUMMA WAFFIQNAA LI SABIILITTOO'AH, WA THABBITNAA 'ALAT TIBA' ISSUNATI WAL JAMAA'AH, WA LAA TAJ'ALNAA MIMMAN 'AROFAL HAQQO WA ADHOO'AH!

[Mafhumnya kira-kira: YA ALLAH TAUFIQKANLAH KAMI PADA JALAN TA'AT, DAN TATHBITKANLAH (TEGUHKANLAH) KAMI DI ATAS ITTIBA' (IKUT) AS-SUNNAH DAN AL-JAMAA'AH, DAN JANGANLAH ENGKAU JADIKAN KAMI TERMASUK GOLONGAN YANG MENGENAL AKAN AL-HAQ TETAPI MENYIA-NYIAKANNYA!].

Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar. Wassalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Al-faqiiru ilallah. 16 Ramadan 1420H.

Beberapa hari lagi akan masuk sepuluh akhir Romadhoon.....Mari kita terus menghayati Lailatulqodr......

Berikut adalah terjemahan kasar drp kitab yg sama seperti RF (130) yg lalu. Halaman 385.

Dan telah berkata Sufyaan Ath-Thauriyy rah.a..(mafhumnya)...:Berdo'a pada lailatulqodr itu lebih dicintai olehku drp bersolat.Katanya lagi...(mafhumnya)..: Dan apabila adalah ia membaca (Al-Quraan) dan berdo'a dan bersungguh2 cenderung dan tawajjuh kepada Allaah swt di dalam do'a dan permintaan/permohonan , moga2 dimuwafaqot (dipersetujui).Dan muroodnya (yg dikehendaki) :

Bahawa memperbanyakkan do'a adalah lebih afdhol drp bersolat yang tidak banyak do'a di dalamnya. Dan kiranya ia membaca (Al-Quraan) dan juga berdo'a maka ini adalah lebih aulaa dan lebih baik (ahsan).

Dan ketahuilah bahawasanya al-qiyaam (berdiri/bersolat) dan al-qiraaah (membaca Al-Quraan) mestilah dalam keadaan bertadabbur dan berdo'a dan bertafakkur dan bertartiil sebagaimana yg telah dilakukan oleh Rasuulullaah saw. Kerana Baginda saw adalah ia bertahajjud pada malam-malam Romadhoon dan membaca (qiraaah) dengan secara murottalah (membaca secara tartiil , pelan2 dan memperhatikan dan memperindahkan serta merapikan tajwidnya) dan mutarossil (secara perlahan2 dan tidak tergesa-gesa serta penuh tertib). Dan inilah yg merupakan afdholul a'maal ('amal yg paling afdhol) dan 'amal yg paling sempurna (akmal) pada malam2 sepuluh yg akhir (dlm bulan Romadhoon), dan juga pada waktu2 yg lain.

Telah berkata Asy-Sya'biyy rah.a. ...(mafhumnya)....:

Lailatulqodri nahaaruhaa kalailihaa (Malam Al-Qodr itu, siangnya samalah seperti malamnya).

Dan telah berkata Al-Imaam Asy-Syaafi'iyy rah.a....(mafhumnya)....:Adalah mustahabb (disukai) bahawa seseorang itu bersungguh2 dlm ber'amal pada siang hari lailatulqodr sebagaimana dia bersungguh2ber'amal pada malam harinya. Dan berdasarkan inilah maka adalahdituntut/dikehendaki supaya sungguh2 ber'amal (istihbaabul ijtihaad) pada keseluruhan masa sepuluh terakhir Romadhoon, siangnya dan malamnya !!!

Begitulah yang telah dijelaskan oleh Ibnu Rojab rah.a.

Dan telah berkata Ibnul Munzir rah.a.....(mafhumnya)...:

[MAN QOOMA LAILATALQODRI KUFFIRAT 'ANHU KABAAIRUZZUNUUBI WA SOGHOOIRUHAA] Barangsiapa qiyaam/berdiri (dalam 'ibaadah/solat)pada malam Al-Qodr, maka dihapuskan/dikifaratkan drpnya akan dosa2besarnya (kabaairuzzunuub) dan juga dosa2 kecilnya (soghooiruzzunuub).

Begitulah terjemahan kasarnya.

ALLAAHUMMA WAFFIQNAA LI SABIILITTOO'AH, WA THABBITNAA'ALATTIBAA'ISSUNATI WAL JAMAA'AH, WA LAA TAJ'ALNAA MIMMAN 'AROFAL HAQQO WA ADHOO'AH !!!

[Mafhumnya kira2...: YA ALLAAH TAUFIQKANLAH KAMI PADA JALAN TOO'AT, DANTATHBITKANLAH (TEGUHKANLAH) KAMI DI ATAS ITTIBAA' (IKUT) AS-SUNNAH DAN AL-JAMAA'AH, DAN JANGANLAH ENGKAU JADIKAN KAMITERMASUK GOLONGAN YANG MENGENAL AKAN AL-HAQ TETAPI MENYIA-NYIAKANNYA !!].

Semoga kita sama-sama mengambil i'tibaar.Wassalaamu'alaikum wrb.,Al-faqiiru ilallaah.16 ROMADHOON 1420H.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my