Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
2003-01-07 13:45:24

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, daripada nabi s.a.w, baginda bersabda: Allah s.w.t berfirman:
Aku telah sediakan untuk hamba-hambaKu yang soleh, sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak pernah terlintas di hati manusia. Bukti kebenaran perkara tersebut terdapat di dalam ayat al-Quran: (فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ). Yang bermaksud: Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu pelbagai nikmat yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka lakukan.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Membangkitkan keinginan terhadap syurga dan kenikmatannya.
2- Kenikmatan syurga tidak dapat digambarkan oleh manusia.
3- Syurga dan kenikmatannya adalah ganjaran untuk hamba Allah yang soleh dan mentaati perintah Allah.
'the truth is out there'

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my