Tanda Tanda Kematian

Oleh sal
2003-01-03 16:13:58

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang
Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak
sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu
dari
hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau
seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja
disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati
daging
tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
yang
sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka
getaran
ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda
ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap
begitu
sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur
dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut
akan
mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,
antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan
terjadi
malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika
ini
terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi
kuasanya
untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.



Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba
ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah
kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan
ini
akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika
ini
juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur
akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di
sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput
kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan
mematikan pula.








PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga
kita
adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan
diberi
kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat
membuat
persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT
mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang
kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi
pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati
seseorang
manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari
kita
sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah
SWT
semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa
semuga
kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa
dan
kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah
dan
silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM


Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my