: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
Assalamualaikum wrmth.
Sebagaimana kita ketahui bahawa manusia dijadikan olih Allaw swt adala untuk berbakti kepadaNya dan untuk menyatakan dirinya sendiri pada zt, sifat asma' dan apaalnya.
FirmanNya dalam surah Az-Azariaat ayat 56 bermaksud;
"Tidakku jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk berbakti kepadaku"
Dan untuk mencurahkan bakti kepada Allah swt, maka manusia haruslah mengenali Allah seperti sabda Rasulullah saw bermaksud;
"Bermula awal agama itu adalah dengan mengenal Allah"
Olih itu, utk mengetahui makrifat Allah, maka diberinya ilmu kepada manusia melalui akal dan iman dgn satu harapan supaya manusia mengetahui akan hakikat sebenar tujuan zahirnya ke dunia ini. Sesungguhnya semua ilmu yang pada manusia adalah ilmu Allah swt semata-mata, sedangkan manusia pada hakikatnya adalah kosong tidak bermaya.
FirmanNya lagi di dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud;
"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Thanmu dan penyembuh bagi penyakit di dalam dada dan petunjuk serta bagi orang2 yang beriman"
Manusia sebenarnya tidak berhak ke atas sesuatu, hanya Allah swt saja yang empunya. Bagaimanakah manusia itu bolih mengaku itu hak aku dan ii hak aku sedangkan dirinya sendiri pun bukan hak dia, tetapi hak Allah swt semata-mata.
Ada pun, ilmu Allah swt itu terbahagi kepada 3 sukatan iaitu:
Ilmu Qalam, Ilmu Ghaib dan Ilmu Syahadah
"Bacalah bahawa Tuhan engkau itu bersifat Al-Akram(barang minta barang bolih, barang minta barang jadi) yang mengajar kamu dengan qalam dan Tuhanmu mengajar manusia daripada tidak mengerti menjadi faham ke atas sesuatu"
Surah Al-Hasyr ayat 22 pula menerangkan;
"Dan sesungguhnya Allah swt itu memiliki ilmu ghaib dan syahadah"
Ilmu Qalam adalah ilmu yang dipelajari olih manusia dengan manusia biasa dan tidak mampu membicarakan tentang apa yang difahami kepada orang lain. Ia hanya dipelajari secara formal dan informal dari manusia zahir...di sekolah, niversiti dll. Ia merupakan ilmu perhubungan antara manusia dgn manusia zahir dan gagal menerangkan sesuatu yang diluar kemampuan pemikiran manusia zahir. Contohnya, bagaimana kita mahu menerangkan warna merah pada sibuta sehingga orang itu bolih memahami keadaan warna merah.
Ini menunjukkan tahap pencapaian pengetahuan ilmu qalam cuma setakat itu sahaja..seperti manusia yang mengkaji atom, tetapi tidak mengerti apa dia atom sebenarnya.
Biasanya ilmu qalam banyak menggunakan logik yang bolih diterima olih pemikiran manusia dan perantaraannya ialah manusia zahir di samping kajian yang dibuat olih manusia menerusi ilmu yang diilhamkan olih Allah swt kepadanya menerusi kadar bahasa yang ada.
Maka, diujudkan dua bidang ilmu lagi iaitu ghaib dan syahadah. InsyaAllah, jika ada kelapangan masa akan cuba diterangkan serba ringkas mengenai kedua2 ilmu itu nanti...assalamualaikum wrmth.
Ilmu penyuluh hidup Sent to myMasjid eGroups: 12/23/2002 1:25:49 PM Sent to MelayuCyber eGroups: 12/23/2002 1:25:49 PM Sent to Utusan_rasul eGroups: 12/23/2002 1:25:49 PM