Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
2002-12-16 11:51:33

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya kebenaran (samada ucapan atau perbuatan) akan menunjukkan (membawa) kepada kebaikan dan kebaikan pula akan menunjukkan (membawa) ke syurga. Seseorang akan selalu bersifat benar sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Sesungguhnya pembohongan akan membawa kepada kejahatan dan kejahatan pula akan membawa ke neraka. Seseorang akan selalu berbohong sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai seorang pembohong.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1. Galakan supaya bersifat benar kerana kebenaran merupakan punca segala kebaikan.
2. Larangan dari bersifat bohong kerana pembohongan merupakan punca segala keburukan.
3. Pahala dan dosa akan dihitung mengikut perbuatan yang dilakukan.
4. Bersifat benar akan dimasukkan ke dalam syurga dan berbohong akan dimasukkan ke dalam neraka.
'the truth is out there'

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my