Risalah Fikir (152) Ihdinassirootol Mustaqiim

Ka'ab Al-Ahbaar (juga dikenali sebagai Abuu Ishaaq) rahimahullah adalah dahulunya seorang Yahudi, kemudian beliau telah memeluk Islam. Beliau telah datang ke Madinah dan kemudian keluar ke Syam serta tinggal di Hims. Beliau rahimahullah telah mengambil sanad daripada 'Umar bin Al-Khattab rahimahullah, Suhaib rahimahullah, dan 'Aisyah rahimahullah. Beliau telah wafat di Hims dalam tahun 32H semasa khilafah 'Uthman rahimahullah.

Berikut ini adalah antara permata yang ditinggalkan untuk kita:

'Abdullah bin Buroidah rahimahullah telah berkata: Telah berkata Ka'ab Al-Ahbaar rahimahullah:

Maa karuma 'abdun 'alallaahi 'azza wa jalla illaa zaadal balaau 'alaihi syiddah, wa maaa'too rojulun zakaatan fanaqosot min maalihi, wa laa habasahaa zaadat fii maalihi, wa laasaroqo saariqun illaa husiba lahuu min rizqihi.

[Pengertiannya kira-kira: Tidaklah Menjadi Mulia Seorang Hamba Di Sisi Allah 'Azza Wa Jalla Melainkan Bertambahlah Balaa' (Ujian) Keatasnya Secara Bersangatan, Dan Tidaklah Memberi Seorang Lelaki Akan Zakat Lalu Berkuranglah Hartanya (Maksudnya Zakat Seseorang Itu Tidak Akan Menyebabkan Berkurang Hartanya), Dan Tidaklah Menahan Ia Akan Zakat Lalu Bertambahlah Hartanya (Maksudnya Bukanlah Dengan Sebab Tidak Keluar Zakat Itu Hartanya Menjadi Bertambah), Dan Tidaklah Mencuri Seorang Pencuri Melainkan Diberikan "Kredit" Baginya Daripada Rezeqinya].

Begitulah terjemahan kasar daripada kitab Sifah As-Sofwah, oleh Al-Imam Al-'Aalim Jamaaluddin Abil Faroj Ibnu Al-Jauzi rahimahullah, jilid 4, halaman 203 dan 204, Daarul Ma'rifah, Beirut, Lubnan.

Antara kesimpulan yang dapat diambil adalah kenyataan bahawa:

Kemuliaan seseorang hamba di sisi Allah SWT adalah berkadar dengan kebersangatan balaa'/ujian yang dihadapi atau dialaminya. Semakin besar balaa' yang dihadapinya dengan penuh kesabaran, maka semakin bertambah mulialah dia di sisi Allah SWT.

Bila kita menyebut balaa'/ujian tentulah luas maknanya. Salah satu daripadanya adalah kefaqiran. Dan antara lain, menerusi ujian kefaqiran inilah maka para Nabi alayhissalam mendapat kemuliaan dan kasih sayang daripada Allah SWT. Berthabit dengan ini, disalinkan semula penerangan 'Abdullah Ibnu 'Umar rahimahullah dari RF 66, seperti berikut:

'Abdullah Ibnu 'Umar rahimahullah telah meriwayatkan daripada Nabi sallallahu alaihi wasallam bahawa Baginda sallallahu alaihi wasallam telah bersabda....(mafhumnya kira-kira)...:

Sesungguhnya makhluk yang paling dicintai oleh Allah SWT ialah al-fuqara` (orang-orang yang faqir) kerana makhluk yang paling dicintai oleh Allah SWT itu adalah al-anbiyaa' (para nabi), Maka Allah SWT menguji mereka dengan kefaqiran.

Sehubungan dengan ini, kita diwajibkan berdoa:

IHDINASSIROOTOL MUSTAQIIM. (Al-Faatihah, ayat 6).

[Pengertiannya: Hidayahkanlah kami akan jalan yang mustaqiim].

Secara ringkas (seperti sama-sama telah kita maklumi), jalan yang mustaqiim ini adalah jalan atau cara hidup yang telah dilalui oleh golongan PARA NABIYYIIN/NABI (Al-ANBIYAA'), PARA SIDDIQIIN, PARA SYUHDAA', PARA SOOLIHHIIN DAN PARA MALAAIKAT. [Sila lihat TANWIIRUL MIQBAAS MIN TAFSIIR IBNI 'ABBAAS rahimahullah atau lain-lain].

Nah di sinilah perhitungan kita... Nah di sinilah perlu kita perbetulkan mindset kita... bahawa menerusi kesabaran yang tinggi dan mantap dalam menghadapi kefaqiran/al-faqr (seperti yang telah dijelaskan oleh 'Abdullah Ibnu 'Umar rahimahullah di atas) dan menerusi ASY-SYIDDAH (kesengsaraan, kesukaran, kesusahan, kesempitan dan keperitan hidup) kerana agama Allah SWT itulah maka para Nabi/Nabiyyiin (alayhissalam) telah diangkat/dipilih menjadi hamba Allah SWT yang paling dicintai. Dan hakikat ini tentulah terkandung dalam doa IHDINASSIROOTOL MUSTAQIIM. Dan melalui jalan yang sama (atau paling kurang mirip-mirip sama) kita kena tempohi...

Adakah kita bersedia untuk melalui jalan itu?

Untuk itu, apakah kita akan meneruskan usaha-usaha pengumpulan harta duniawi kita? Atau melipatgandakan rantaian agenda duniawi kita? Atau masih lagi dibuai alun untuk mendapatkan kemasyhuran dan gah duniawi? Atau bagaimana...!?
Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar.

Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Al-faqir ilallah.

Masuka...


Ka'ab Al-Ahbaar (juga dikenali sebagai Abuu Ishaaq) rah.a. adalah dahulunya seorangYahuudiyy kemudian beliau telah memeluki Islam. Beliau telah datang ke Madiinah dankemudian keluar ke Syaam dan tinggal di Hims. Beliau rah.a. telah mengambil isnaaddaripada 'Umar bin Al-Khottoob r.a. dan Suhaib r.a. dan 'Aaisyah r.a. Beliau telah wafatdi Hims dalam tahun 32H semasa khilaafah 'Uthmaan r.a.

Berikut ini adalah antara permata yang ditinggalkan untuk kita ........

'Abdullaah bin Buroidah rah.a. telah berkata: Telah berkata Ka'ab Al-Ahbaar rah.a. ...:

Maa karuma 'abdun 'alallaahi 'azza wa jalla illaa zaadal balaau 'alaihi syiddah, wa maaa'too rojulun zakaatan fanaqosot min maalihi, wa laa habasahaa zaadat fii maalihi, wa laasaroqo saariqun illaa husiba lahuu min rizqihi.

[Pengertiannya kira2 : Tidaklah Menjadi Mulia Seorang Hamba Di Sisi Allaah 'Azza WaJalla Melainkan Bertambahlah Balaa` (Ujian) Keatasnya Secara Bersangatan, Dan TidaklahMemberi Seorang Lelaki Akan Zakaat Lalu Berkuranglah Hartanya (Maksudnya Zakaat SeseorangItu Tidak Akan Menyebabkan Berkurang Hartanya), Dan Tidaklah Menahan Ia Akan Zakaat LaluBertambahlah Hartanya (Maksudnya Bukanlah Dgn Sebab Tidak Keluar Zakaat Itu HartanyaMenjadi Bertambah), Dan Tidaklah Mencuri Seorang Pencuri Melainkan Diberikan"Kredit" Baginya Daripada Rezeqinya].

Begitulah terjemahan kasar drp kitab Sifah As- Sofwah, oleh Al-Imaam Al-'Aalim JamaaluddinAbil Faroj Ibnu Al-Jauzi rah.a., jilid 4, halaman 203 dan 204, Daarul Ma'rifah, Beiruut,Lubnaan.

Antara kesimpulan yang dapat diambil adalah kenyataan bahawa

Kemuliaan seseorang hamba di sisi allaah swt itu adalah berkadar dengan kebersangatanbalaa`/ujian yang dihadapi atau dialaminya. Semakin besar balaa` yang dihadapinya dgnpenuh kesabaran, maka semakin bertambah mulialah dia di sisi allaah swt.

Bila kita menyebut balaa`/ujian tentulah luas ma'nanya. Salah satu daripadanya adalahkefaqiran. Dan, antara lain, menerusi ujian kefaqiran inilah maka para Nabi a.s. mendapatkemulian dan kasih sayang daripada Allaah swt. Berthabit dengan ini, disalinkan semulapenerangan 'Abdullaah Ibnu 'Umar r.a. drp RF 66, seperti
berikut :

'Abdullaah Ibnu 'Umar r.a. telah meriwayatkan drp Nabi saw bahawa Baginda saw telahbersabda....(mafhumnya kira2)...:

Sesungguhnya makhluq yang paling dicintai oleh allaah swt ialah al-fuqoroo` (orang2yang faqiir) kerana makhluq yang paling dicintai oleh allaah swt itu adalah al-anbiyaa`a.s. (para nabi a.s.), Maka allaah swt menguji mereka dengan kefaqiran.

Sehubungan dengan ini, kita diwajibkan berdoa :

IHDINASSIROOTOL MUSTAQIIM . (Al-Faatihah, ayat 6).

[Pengertiannya : Hidayahkanlah akan kami akan jalan yang mustaqiim].

Secara ringkas (seperti sama2 telah kita ma'lumi), jalan yang mustaqiim ini adalah jalanatau cara
hidup yang telah dilalui oleh golongan PARA NABIYYIIN/NABI (Al-ANBIYAA`), PARA SIDDIQIIN,
PARA SYUHDAA`, PARA SOOLIHHIIN DAN PARA MALAAIKAT. [sila lihat TANWIIRUL MIQBAAS MIN
TAFSIIR IBNI 'ABBAAS r.a. atau lain2].

Nah di sinilah perhitungan kita...... Nah di sinilah perlu kita perbetulkan mindsetkita.....bahawa menerusi kesabaran yang tinggi dan mantap dalam menghadapikefaqiran/al-faqr (seperti yang telah dijelaskan oleh 'Abdullaah Ibnu
'Umar r.a. di atas) dan menerusi ASY-SYIDDAH (kesengsaraan, kesukaran, kesusahan,kesempitan dan keperitan hidup) kerana agama Allaah swt itulah maka para Nabi/Nabiyyiina.s. telah diangkat/dipilih menjadi hamba Allaah swt yang paling dicintai. Dan haqiqat initentulah terkandung dalam doa IHDINASSIROOTOL MUSTAQIIM. Dan melalui jalan yang samalah(atau paling kurang mirip-mirip samalah) kita kena tempohi.......

Adakah kita bersedia untuk melalui jalan itu ?

Untuk itu, apakah kita akan meneruskan usha2 pengumpulan harta duniawi kita ? Ataumelipatgandakan rantaian agenda duniawi kita ? Atau masih lagi dibuaialun untukmendapatkan kemasyhuran dan gah duniawi ? Atau bagaimana ....!?

Semoga kita sama2 mengambil i'tibar.

Wassalaamu'alaikum wrb.,
Al-faqiiru ilallaah.

Masuka...
[1] SYIDDAH : kekuatan, kebersangatan, QUWWAH. kj: SYADAAID.
[2] SYIDDAH : kekerasan, kebegisan, SUNF.
[3] SYIDDAH : kekerasan, SOLAABAH.
[4] SYIDDAH, SYIDDATUL ARDHI : hal kerasnya tanah.
[5] SYIDDAH : bencana, malapetaka, BALIYYAH.
[6] SYIDDAH : kesempitan, kesukaran, kesengsaraan, kesusahan, DHIIQ.
[7] WAKTUSSYIDDAH : waktu kesengsaraan, waktu kesukaran.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my