Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
2002-11-19 15:30:44

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit r.a katanya:
Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w kemudian mendirikan sembahyang. Anas r.a bertanya: Berapa lamakah tempoh di antara azan dan sahur?. Zaid bin Thabit r.a menjawab: Sekadar membaca lima puluh ayat al-Quran.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Menerangkan bahawa tempoh masa di antara sahur dan fajar adalah terlalu hampir iaitu menyamai kadar bacaan 50 ayat al-Quran yang tidak terlalu panjang.
2- Petanda yang menunjukkan bahawa tempoh masa ditentukan dengan ukuran amalan ibadat di mana waktu tersebut merupakan waktu untuk beribadat dan membaca al-Quran malah para sahabat menggunakan waktu mereka (waktu sahur mereka) semata-mata untuk beribadat.
3- Melewatkan sahur sehingga hampir dengan waktu Subuh merupakan belas kasihan Nabi s.a.w di mana tindakan demikian lebih menyenangkan hati orang yang berpuasa serta dapat membantunya untuk menyempurnakan puasanya.
'the truth is out there'

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my