Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Ikhwah dan Akhawat sekalian, Di sini ana ingin menceritakan sedikit tentang
pengalaman ana pada 8 November 2002 ketika ana menerima satu
panggilan telefon dari seorang sahabat yang memberitakan adiknya berada didalam
keadaan Nazak setelah meminum sejenis racun rumpai akibat daripada terlalu
tertekan dengan masalah 'cinta'.. itu yang diberitakan kepada ana .Selepas solat
Jumaat, ana terus bergegas ke Hospital Besar Pulau Pinang dan terus menziarahi
beliau. Maha Suci Allah, Tuhan yang berhak melakukan apa sahaja pada hambanya...
keadaannya semakin kritikal, menjerit dengan sekuat hati menahan kesakitan yang
amat sangat akibat daripada tindak balas racun yang diminumnya, kami yang
berada disisinya tidak terdaya berbuat apa-apa., hanya mampu mengalirkan air
mata dan berdoa melihat keadaannya...yang semakin hampir dengan saat
kematiannya... Doktor yang merawatnya hanya mampu menenangkan ibu dan bapanya
kerana keadaan yang 'sudah terlewat' baginya....
Saat cemas itu dilalui dengan azab yang teramat pedih bagi kami yang melihat
keadannya..bagaikan dilapah hidup-hidup keadaannya semakin kelihatan
mengazabkan... tiba-tiba... dia memuntahkan seberapa ketulan-ketulan yang amat
kecil yang kehitaman sambil menjerit ..." Mak....sakit Mak....sakit !..."
Subhanallah.... Hati yang sukar menangis ini tiba-tiba menjadi sebak dan tanpa
ana sedari air mata ini terus mencurah keluar..... Pedihnya Allahyarham
menghadapi Sakratulmaut.....Setelah beberapa minit meraung kesakitan ... Tibalah
I'zrail membawa utusan dari Tuhan Yang memiliki segala kekuasaan... Allahyarham
menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan penuh kepedihan dan azab yang tidak
mampu ana ungkapkan.... begitulah keadaan menghadapi Sakratulmaut terhadap
seorang remaja yang baru mencecah umur 16 tahun...
Tiba-tiba... dalam beberapa minit selepas Roh keluar dari jasadnya.... Jenazah
yang asalnya seorang yang berkulit cerah terus berubah warnanya kepada
kehitaman... seluruh anggota jasadnya hitam seperti terbakar... kuku,lidah, dan
gigi juga tidak terlepas dari kehitaman tersebut... Sekali lagi peristiwa yang
amat menginsafkan diri... Tanpa melengahkan masa, jenazah disapukan minyak pada
anggota sendinya bagi memudahkan persiapan urusan terakhir ... setelah selesai
minyak disapu, jenazah terus dibungkuskan dengan kain selimut yang dipakainya
ketika dlm keadaan nazak dan tidak dibenarkan sesiapapun membukanya selepas
itu, ini bagi mengelakkan kea'iban pada jenazah.... setelah berita sampai pada
keluarga dan sahabat jenazah, maka ramailah yang bergegas ke hospital untuk
memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham kerana jenazahnya akan dibawa
balik terus ke sebuah daerah di negeri Perak, tempat kampung halaman
ibunya... Dan Allahyarham selamat dikebumikan di sana pada pukul 11.30 pagi
.sayangnya, ana tak berkesempatan ke sana...
Ikhwah dan Akhawat sekalian, demikianlah pengalaman yang amat menginsafkan ana
sepanjang hidup ana.... Mudah-mudahan ia menjadi pengajaran pada diri ana dan
juga antum sekalian... Ingatlah... Kehidupan dan kesenangan dunia hanyalah
menipu bagi mereka yang tiada ' iman ' dihati mereka... sedangkan Allah, amat
menyayangi hambanya dan PASTI tidak akan menzalimi hambanya............. "
Wallahua'lam...."
" Ya Allah, Ampunkanlah Allahyarham... Terimalah kehadirannya... curahkanlah
kasih sayangmu kepadanya serta juga kepada kami... Tempatkanlah Allahyarham
ditempat kalangan hamba-hambamu yang bertaubat.... Amin... Ya .. Rabbal
A'lamin........"
Diskusi