Azam 10 Hari Sebelum Aidilfitri

Oleh loud
2002-11-19 00:39:06

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Iktikaf:

Iktikaf ialah diam di dalam masjid dengan cara yang tertentu dan akan dijelaskan selepas ini. Hukum iktikaf adalah sunat pada setiap waktu lebih-lebih lagi setelah tanggal 20 Ramadan sehingga akhirnya.

Daripada Aisyah r.a:

Rasulullah s.a.w melakukan iktikaf tanggal sepuluh akhir bulan Ramadan sehingga baginda meninggal dunia. (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Rukun iktikaf:

1. Niat, kalau iktikaf yang dinazarkan wajib berniat fardu agar berbeza dengan yang sunat.

2. Duduk atau berhenti di dalam masjid.

Firman Allah s.w.t:

وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ

Yang bermaksud: Janganlah kamu bergaul dengan isteri kamu sedang kamu beriktikaf (berhenti) di dalam masjid. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 187.)

3. Orang yang beriktikaf disyaratkan:


Orang Islam.


Berakal.


Suci dari hadas besar.

Perkara-perkara yang membatalkan iktikaf terdiri dari dua perkara:

1. Bersetubuh.

2. Keluar dari masjid dengan tidak ada uzur (halangan).

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my