Istilah Istilah Yang Digunakan Dalam Ilmu Musthalah Hadith

Oleh BobMaharani
2002-11-16 05:29:29

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Di antara istilah-istilah yang digunakan itu ialah:

1)Sanad;iaitu jalan yang menyampaikan kepada hadith.

2)Isnad;iaitu menyebut hadith itu kepeda orang yang mengatakannya.Sanad dan Isnad hampir sama ertinya.Keduanya adalah penting untuk menentukan nilaian hadith.Abdullah Bin Mubarak berkata:"Isnad adalah dari urusan agama,dan kalaulah tidak kerana isnad nescaya berkatalah orang yang mahu apa yang ia mahu berkata."

3)Musannid;iaitu orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.

4)Musnad;iaitu kitab yang dikumpulkan hadith di dalamnya,yang diriwayatkan dari seorang sahabat atau lebih.

5)Matan;iaitu hadith nabi saw yang di akhir sanad.

6)Riwayat;iaitu memindahkan hadith dari seorang kepada seorang yang lain,dan orang yang memindahkan di sebut rawi.

7)Istikhraj dan Ikhraj;iaitu mengambil sesuatu hadith dari sesuatu kitab,dan mencari sanad yang lain dari sanad penyusun kitab itu,atau menerangkan bahawa hadith itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab yang lain;umpamanya dikatakan:mengeluarkan hadith itu oleh Imam Bukhari maksudnya ada disebut di dalam Bukhari dan ia memindahkannya kedalam kitabnya.

8)Muhaddith;iaitu orang yang banyak menghafaz hadith serta mengetahui sifat-sifat orang yang meriwayatkan tentang adil dan kecacatannya.

9)Hafiz;iaitu orang yang menghafaz sebanyak 100,000 hadith dengan isnadnya.

10)Hujjah;iaitu orang yang menghafaz sebanyak 300,000 hadith dengan isnadnya.

11)Hakim;iaitu orang yang meliputi ilmunya dengan urusannya hadith.
hidup adalah pencarian..

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my