Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang sentiasa berpuasa dengan puasa tertentu maka bolehlah dia berpuasa.
(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).
--------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulan Hadis:
1- Larangan dari berpuasa sehari sebelum tiba bulan Ramadan di mana ia dikenali dengan hari syak.
2- Larangan dari berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan kecuali orang yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, lalu hari Isnin dan Khamis tersebut secara kebetulan terletak satu hari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan.
3- Tidak termasuk di dalam larangan ini orang yang perlu mengqada puasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan.
'the truth is out there'
Diskusi