'Urwah r.a. adalah cucu kepada Sayyidinaa Abu Bakar r.a. Bondanya adalah Asmaa` r.a. dan ayahandanya adalah Az-Zubair bin Al-'Awaam r.a. Beliau telah wafat dalam tahun 94H. Telah menerangkan 'Urwah bin Az-Zubair bin Al-Awaam r.a.:
IDZAA RO-AITA AR-ROJULA YA'MALU AL-HASANATA FA'LAM ANNA LAHAA 'INDAHU AKHOWAAT. WA IDZAA RO-AITAHU YA'MALU AS-SAYYI-A-TA FA'LAM ANNA LAHAA 'INDAHU AKHOWAAT. FA INNA AL-HASANATA TADULLU 'ALAA UKHTIHAA, WA INNA AS-SAYYI-A-TATADULLU 'ALAA UKHTIHAA.
[Mafhuumnya kira-kira: APABILA ENGKAU TELAH MELIHAT SEORANG LELAKI MENGERJAKAN HASANAH (KEBAIKAN), MAKA KETAHUILAH BAHAWA BAGI HASANAH ITU DISISINYA ADA SAUDARI-SAUDARI. DAN APABILA ENGKAU TELAH MELIHATNYA MENGERJAKAN SAYYI-AH (KEJAHATAN), MAKA KETAHUILAH BAHAWA BAGI SAYYI-AH ITU DISISINYA ADA SAUDARI-SAUDARI. MAKA SESUNGGUHNYA HASANAH ITU MENUNJUKKAN KEPADA (KE ATAS) SAUDARINYA, DAN SAYYI-AH ITU (JUGA) MENUNJUKKAN KEPADA (KE ATAS) SAUDARINYA].
Begitulah kira-kira terjemahan kasar daripada SIFAH AS-SOFWAH, susunan Al-Imaam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy r.h., mujallad 2, halaman 85. Lantaran itu, bila kita telah membuat suatu dosa (dan tidak bertaubat), maka dengan mudah kita akan melakukan dosa yang lain lagi, dan dengan lebih mudah untuk melakukan dosa yang seterusnya. Begitu pun bila kita telah melakukan suatu hasanah, maka dengan mudah kita boleh melakukan hasanah yang lainnya, dan begitulah seterusnya. Semuanya berkait-kaitan. Dosa yang kedua itu merupakan saudari kepada dosa yang pertama tadi, begitu pun hasanah yang kedua itu merupakan saudari kepada hasanah yang sebelumnya.
Lantaran itu, setiap dosa (sayyi-ah) walau kecil mana sekali pun, tidaklah boleh dipandang remeh kerana ianya akan beranak dan terus beranak. Begitu juga dengan hasanah, walau kecil mana sekali pun, janganlah kita meremeh-remehkan-nya, kerana akan lahir anak demi anak, atau saudari/a demi saudari/a. Dan itulah sebabnya kita tidak diberi taufiq untuk bangun bertahajjud di tengah malam... Dan itulah sebabnya kita tidak diberi taufiq untuk beramar ma'ruuf dan bernahi mungkar... Dan itulah sebabnya kita tidak bisa menikmati tilawah Al-Qur'an demi tilawah... Dan seterusnya... Kalau begitu, apakah tindakan segera kita sekarang??!! Atau kita (termasuk ana lah) tidak merasa apa-apa walaupun sudah menerima (mendengar) kenyataan yang serupa di atas beratus-ratus (malah beribu-ribu) kali?? Apa kata antum yang bijaksana?
Wallahu A'lam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibaar....
Wassalaamu'alaikum wrb., Al-faqiiru ilallah.
MUFRODAAT: [1] UKHTUN: saudari (saudara perempuan), kakak, adik perempuan. kj: AKHOWAAT. [2] AKHUN, AKH-KHUN, AKHUU: saudara (saudara lelaki), abang, adik lelaki. kj: IKHWAAN, IKHWAH.
