Risalah Fikir (308) Najaabatul Walad

Buat mereka yang baru kahwin, buat mereka yang sedang berbulan madu, malah untuk sesiapa sahaja yang berkaitan, berikut adalah petikan/saduran daripada kitab Sairus-Saalikiin (halaman 51):

Barangsiapa mahukan Najaabatul-Walad (kemuliaan/kepandaian/kebaikan/keelokan pada anaknya), maka hendaklah ia mendirikan di dalam hatinya pada ketika berjimaa` (persetubuhan) itu akan rupa orang yang dihendakinya daripada Akaabirul-'Ulamaa` (para 'ulama` yang besar) dan orang yang Sholeh serta orang yang baik rupanya dan orang yang baik perangainya. Dan jikalau berkehendak ia bahawa menghukumnya akan yang demikian itu, maka menjimaa` ia akan isterinya pada hal melihat ia akan orang yang 'Aalim itu, umpama daripada belakang dinding, dan fikirkan/renungkan (Ta-amul) akan keelokannya itu. Dan menyebutkan pula ia akan keelokannya itu kepada isterinya, dan menyelesaikan keduanya di dalam melihat kepada keelokan itu (keelokan si 'Aalim tadi). Maka bahawasanya jikalau jatuh bagi perempuan itu bunting (yakni hamil atau mengandung) daripada jimaa' itu, nescaya memberi bekas di dalam bunting itu barang yang dirupakannya di dalam hatinya itu dengan kudrat Allah SWT dan keluar anak itu dengan tidak dapat tidak seperti yang demikian itu.

Begitulah kira-kira kenyataannya. Wah... wah... wah... Nampaknya rancak juga keterangan di atas. Jadi masing-masing perlulah mencari si 'Aalim mana yang nak dicurahkan sifatnya itu kepada bakal anaknya nanti dengan izin Allah SWT. Imam Al-Ghazali roh.a.? Imam Asy-Syafi'i roh.a.? Imam An-Nawawi roh.a.? Dan seterusnya?

Bagaimana pun, bagi yang baru kahwin atau yang sedang berbulan madu, masihkah lagi mempunyai kesempatan untuk ta-amal (memikirkan/merenungkan) akan kecantikan (jamaal) dan keelokan si 'Aalim pilihan hati itu? Atau pun langsung tidak ada pilihan mana-mana si 'Aalim di hati? Atau bagaimana?

Wallahu A'lam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar...

Wassalamu'alaikum wrb, Al-Faqiiru ilallah.

Mufrodaat:

  • [1] Najaabah: kemuliaan, kepandaian.
  • [2] Najaabatul-Walad: kemuliaan/kepandaian anak (yakni anak yang mulia/pandai).
  • [3] Ta-amala, yata-amalu, ta-amul: memikirkan, merenungkan.
  • [4] Amal, imlah: harapan kj: AA-MAAL.

Buat mereka yg baru kahwin.... Buat mereka yg sedang berbulan madu..... Malahbuat sesiapa saja yang berkaitan.... Berikut adalah petikan/saduran drp kitabSairus-Saalikiin (halaman 51) :

BARANGSIAPA MAHUKAN NAJAABATUL-WALAD (KEMULYAAN / KEPANDAIAN / KEBAIKAN /KEELOKAN PADA ANAKNYA), MAKA HENDAKLAH IA MENDIRIKAN DI DALAM HATINYA PADAKETIKA BERJIMAA` (PERSETUBUHAN) ITU AKAN RUPA ORANG YANG DIKEHENDAKINYA DARIPADAAKAABIRUL-'ULAMAA` (PARA 'ULAMAA` YANG BESAR2) DAN ORANG YANG SOOLIH2 DAN ORANGYG BAIK RUPANYA DAN ORANG YG BAIK PERANGAINYA, DAN JIKALAU BERKEHENDAK IA BAHAWAMENGHUKUMKAN AKAN YG DEMIKIAN ITU MAKA MENJIMAA` IA AKAN ISTERINYA PADA HALMELIHAT IA AKAN ORANG YG 'AALIM ITU , UMPAMANYA DARIPADA BELAKANG DINDING, DANFIKIRKAN/RENUNGKAN (TA-AMMUL) AKAN KEELOKANNYA ITU, DAN MENYEBUTKAN PULA IA AKANKEELOKANNYA ITU KEPADA ISTERINYA ITU, DAN MENSELESAIKAN KEDUANYA DI DALAMMELIHAT KEPADA KEELOKANNYA ITU (KEEELOKAN SI 'AALIM TADI) , MAKA BAHAWASANYAJIKALAU JATUH BAGI PEREMPUAN ITU BUNTING (YA'NII HAAMIL ATAU MENGANDUNG)DARIPADA JIMAA' ITU NESCAYA MEMBERI BEKAS DI DALAM BUNTING ITU BARANGYANGDIRUPAKANNYA DI DALAM HATINYA ITU DENGAN QUDROT ALLOOH SWT DAN KELUAR ANAK ITUDENGAN TIDAK DAPAT TIDAK SEPERTI YG DEMIKIAN ITU.

Begitulah kira2 kenyataannya. Wah....wah...wah... Nampaknya rancak jugaketerangan di atas. Jadi masing2 perlulah mencari si 'aalim mana yg nakdicurahkan sifatnya itu kepada bakal anak nya nanti dengan idzin Allooh swt..... Imam Al-Ghozaali roh.a. ? Imam Asy-Syaafi'ii roh.a., Imam An-Nawawi roh.a.?...dsbnya ??

Bagaimana pun, bagi yang baru kahwin atau yg sedang berbulan madu......masihkah lagi mempunyai kesempatan untuk ta-ammul (memikirkan/merenungkan) akankecantikan (jamaal) dan keelokan si 'aalim pilihan hati itu ??? Atau punlangsung tidak ada pilihan mana2 si 'aalim di hati ??? Atau bagaimana ?

Walloohu A'lam. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar...

Wassalaamu'alaikum wrb Al-faqiiru ilallooh.

MUFRODAAT :

[1] NAJAABAH : kemulyaan, kepandaian.
[2] NAJAABATUL-WALAD : kemulyaan/kepandaian anak (ya'nii anak yg mulya/pandai).
[3] TA-AMMALA, YATA-AMMALU, TA-AMMUL : memikirkan, merenungkan.
[4] AMAL, IMLAH : harapan kj : AA-MAAL.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my