Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
Luangkanlah masa sejenak untuk memikirkan jawapan kepada soalan-soalan ini...
Sebagai persediaan menyambut Ramadhan yang mulia…
Adakah anda bersembahyang terawih sepanjang Ramadhan ini?
Sudahkah anda bersedekah walaupun sedikit?
Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan solat rawatib?
Adakah anda melakukan solat sunat dhuha dan sunat witir?
Adakah anda telah bertaubat diatas dosa2 yang lalu?
Adakah anda sudah mendoakan kedua ibubapa anda?
Adakah anda membaca ayat-ayat al-Qur'an setiap hari atau membaca hadis?
Adakah anda selawat atas rasul pada hari ini?
Adakah anda menjalankan dakwah kepada orang lain?
Adakah anda menziarahi saudara lain kerana Allah?
Adakah anda menyeru kepada kebaikan dan mencegah yang mungkar?
Sejauh manakah anda telah merasakan ketaqwaan kepada Allah?
Adakah anda membaca buku-buka agama Islam?
Adakah anda merasakan kewajipan anda lebih banyak dari masa yang ada?
Adakah anda mengambil iktibar dari pengalaman hari ini?
Adakah anda bergaul dengan orang-orang soleh dalam mengingati Allah?
Adakah anda menitis airmata mengingati Allah pada waktu yang sunyi?
Adakah anda bercita-cita untuk mati dan berjihad pada jalan Allah?
Adakah anda berfikir tentang hari akhirat dan bagaimana kedudukan anda? Syurga atau neraka?
Adakah anda berfikir tentang mati walau sesaat?
Adakah anda membenci dan menyayangi orang lain kerana Allah?
Adakah anda memungkiri janji?
Adakah anda berbohong?
Adakah anda mempersendakan Allah dan hukumNya?
Adakah anda pernah terjerumus kedalam maksiat?
Adakah anda terfikir untuk melakukan maksiat?
Adakah anda menzalimi orang lain?
Adakah anda menceroboh hak orang lain?
Adakah anda mengumpat orang lain?
Adakah anda membantu orang lain kerana Allah?
Adakah anda memaafkan orang lain kerana Allah?
Adakah anda dapat menahan sabar dan marah di dalam menghadapi kesulitan serta merasa penuh harap kepada Allah?
Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari?
HISABLAH DIRI SEBELUM KITA DIHISAB ALLAH DI AKHIRAT NANTI…
SELAMAT BERPUASA..SEMOGA SEGALA AMALAN DITERIMA ALLAH..
….Syaaban kian pergi…Ramadhan menjenguk lagi….Ahlan wasahlan ya Ramadhan…Selimuti kami dengan keberkatan…
Diskusi