Dan daripada Thaabit Al-Banaani rohimahullah, daripada Anas r.a., katanya (mafhuumnya): Tatkala 'Aaisyah r.a. sedang berada di rumahnya, tiba-tiba beliau telah mendengar suatu suara (kebisingan/keriuhan) yang sedang bergerak (yang datangnya) daripada Al-Madinah. Lalu bertanyalah 'Aaisyah r.a.: (Suara/keriuhan) apakah ini?
Mereka menjawab (mafhuumnya): (Itu adalah suara/keriuhan) Qoofilah kepunyaan 'Abdurrohmaan bin 'Auf yang telah datang dari Syam, dan adalah qoofilah beliau r.a. itu terdiri daripada 700 ekor unta (rohimahullah).
Lalu 'Aaisyah r.a. menerangkan (mafhuumnya): Adapun daku sesungguhnya telah mendengar Rasulullah saw bersabda (mafhuumnya): "Sesungguhnya aku telah melihat 'Abdurrohmaan bin 'Auf memasuki syurga secara habwan" [maqsuudnya: DAKU TELAH MELIHAT 'ABDURROHMAAN BIN 'AUF MEMASUKI SYURGA SECARA HABWAN (MERANGKAK/MERAYAP)].
Maka sampailah berita ini (iaitu hadis Baginda saw di atas) kepada beliau r.a.. Maka beliau r.a. pun terus pergi kepada 'Aaisyah r.a. untuk menanyakan tentang berita tersebut. Maka 'Aaisyah r.a. pun langsung menyampaikan perkhabaran tersebut kepada beliau r.a..
Lalu beriqrarlah 'Abdurrohmaan bin 'Auf r.a. kepada 'Aaisyah (mafhuumnya): "Maka sesungguhnya aku menjadikan dikau sebagai saksi bahawasanya segala unta-unta itu berserta kesemua barang dagangan yang dibawanya termasuk semua aqtaabnya (bonggol-bonggolnya dan belakang-belakangnya/punggung-punggungnya) dan termasuk semua ahlaas-nya (pelana-pelana) adalah (untuk) fii sabiilillah 'Azza wa Jalla."
Dan daripadanya juga, katanya (mafhuumnya): Tatkala 'Aaisyah r.a. sedang berada di rumahnya, beliau r.a. telah mendengar suatu suara (keriuhan/kebisingan) di Al-Madinah. Lalu beliau r.a. bertanya: (Suara/keriuhan) Apakah ini?
Mereka menjawab: (Itulah) Qoofilah milik 'Abdurrohmaan bin 'Auf r.a. yang telah datang dari Syam yang mana dibawanya segala sesuatu. Katanya (perawi di atas): Dan adalah qoofilah itu terdiri daripada 700 ekor unta. Katanya (perawi di atas): Maka telah bergoncanglah Al-Madinah lantaran suara (keriuhan/kebisingan) unta-unta itu [maqsuudnya: Telah gegak gempitalah Al-Madinah lantaran keriuhan dari puing-puing/qoofilah itu].
Lalu 'Aaisyah r.a. menjelaskan (mafhuumnya): Daku telah mendengar Rasulullah saw bersabda (mafhuumnya): "Sesungguhnya daku telah melihat 'Abdurrohmaan bin 'Auf memasuki syurga dalam keadaan habwan" (merangkak-merayap).
Lalu perkhabaran itu (iaitu sabda Baginda saw) sampailah kepada 'Abdurrohmaan bin 'Auf r.a., lalu berkatalah ia:
"Sekiranya aku mampu, nescaya aku mahu masuk syurga dalam keadaan berdiri!"
Lalu 'Abdurrohmaan bin 'Auf r.a. pun menjadikan semua hartanya itu (segala qoofilah serta barang-barang yang dibawa/barang-barang dagangan) termasuklah aqtaabnya (segala bonggol-bonggol dan belakang-belakang unta) fii sabiilillah 'Azza wa Jalla.
[Diriwayatkan oleh Al-Imaam Ahmad di dalam Al-Musnad 6/115].
Begitulah kira-kira terjemahan kasar daripada SIFAH AS-SOFWAH, susunan Al-Imaam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy rohimahullah, mujallad 1, halaman 352.
Sebenarnya terlalu banyak kesimpulan dan i'tibar yang dapat diambil daripada keterangan di atas.....
Apa kata antum serta para netters yang bijaksana?
[1] Orang yang mempunyai harta yang banyak lagi halal dan dibelanjakan pula di jalan Allah SWT kesemuanya (seperti 'Abdurrohmaan bin 'Auf r.a.) pun terpaksa masuk ke syurga dalam keadaan habwan (merangkak-merayap). Bagaimana pula jika seseorang itu mempunyai harta yang banyak (yang bercampur dengan yang halal dan yang syubhat, atau bercampur juga dengan yang haram) dan tidak dibelanjakan kesemuanya (atau sebahagian besarnya) di jalan Allah SWT?
[2] Semoga Allah SWT sentiasa membimbing kita kepada kefahaman yang sahih dalam agama kita. Semoga kita tidak terbawa-bawa dengan arus kebendaan/keduniaan yang melimpah-ruah di sekeliling kita yang datang dari setiap penjuru dan arah (lebih-lebih lagilah kalau tidak mengira langsung tentang halal dan haramnya, atau syubhatnya dsb).
Apa kata antum serta para netters yang bijaksana?
Wallahu A'lam. Wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarakatuh.
Mufrodat:
- [1] ROOHILAH: unta yang patut dibawa mengembara.
- [2] HABWAN: merangkak-rangkak, merayap.
