DRP AHLI RUMAH ITU MENGKHOTAMKAN AL-QURAN
Dan daripada Thaabit roh.a., katanya: Adalah Anas bin Maalik r.a. bilamana beliau r.a. hampir hendak mengkhotamkan Al-Quran pada waktu malam, maka beliau (sengaja) meninggalkan satu surah (atau beberapa surah mengikut riwayat yang lain) sehingga beliau khatamkannya di sisi keluarganya (dalam lain riwayat sehinggakan beliau khatamkannya di waktu pagi di sisi keluarganya).
Dan daripadanya juga: Adalah Anas bin Maalik r.a. bilamana beliau (ingin) mengkhotamkan Al-Quran, maka beliau pun mengumpulkan anaknya (anak-anaknya) dan ahli rumahnya, lalu beliau r.a. pun berdoa untuk mereka.
[Anas bin Maalik r.a. adalah seorang Sahabat kepada Rasulullah saw. Beliau adalah Sahabat yang terakhir sekali yang wafat di Basrah. Mengikut Ahli As-Sair, Anas r.a. telah wafat di Basrah dalam tahun 92H, ada qoul yang mengatakan tahun 93H, ada qoul 91H, dan usianya ketika itu adalah 99 tahun. Dan daripada Hamiid/Humaid bahawasanya umur Anas r.a. adalah 99 tahun, dan beliau wafat dalam tahun 91H. Kataku (penyusun Sifah As-Sofwah): Dan sesungguhnya ada qiil bahawa beliau r.a. wafat ketika berusia 103 tahun. Dan ada qiil (bahawa umurnya) adalah 90 tahun. Muhammad bin Siiriin roh.a. telah memandikan mayatnya r.a.]
Begitulah kira-kira terjemahan kasar daripada SIFAH AS-SOFWAH, susunan Al-Imam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 1, halaman 712, 713 & 714.
Antara pengajaran/i'tibaar/ulasan/dsbnya:
- [1] Setiap orang (setiap ahli rumah) memanglah membaca Al-Quran... ada yang sejuzu' sehari, ada yang setengah juzu' sehari,... ada yang tiga 'ain sehari, ada yang dua 'ain sehari, ada yang se'ain sehari... dsbnya. Jadi bila salah seorang daripada ahli rumah itu khatam Al-Quran, maka ada baiknya kita mengamalkan amalan Sahabat Baginda saw di atas (iaitu Sayyidinaa Anas bin Maalik r.a.). Iaitu kita kumpulkan semua keluarga untuk didoakan. Kerana salah satu daripada masa yang dimakbulkan doa adalah ketika tamatnya membaca Al-Quran. Kemudian pembacaan baru perlu diteruskan oleh individu yang telah tamat itu. Begitulah seterusnya.
- [2] Bagaimana pula dengan institusi/madrasah/pondok/pesantren/ma'had tahfiz/dsbnya yang mempunyai ramai pelajar-pelajar (yang tinggal di asrama) dan sudah tentulah hampir setiap hari dan ketika ada saja orang yang menamatkan Al-Quran itu? Bagipandangan saya ada baiknya jika si yang menamatkan bacaan Al-Quran itu mengumpulkan/mengajak beberapa orang kawannya yang berada di sisinya untuk mengadakan majlis doa itu, misalnya teman-teman sebiliknya dan teman-teman sebelahnya dsbnya. Dan alternatif yang lain, tentulah berdoa sendiri-sendiri setiap kali tamat pembacaan Al-Quran itu. Apa kata antum yang bijaksana pulak?
Wallahu A'lam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibaar... Al-faqiru ilallah. Wassalaamu'alaikum wrb.
MUFRODAAT:
- [1] 'IYAAL: ahli-ahli rumah (khasnya keluarganya yang wajib nafkah mereka itu atasnya).
