Mari kita terus melihat sifat-sifat yang terpuji yang ada pada bintang-bintang kita dahulu.
Musa bin Ja'far bin Muhammad bin 'Ali (atau dikenali sebagai Ibnu Al-Husain bin 'Ali Abul-Hasan Al-Haasyimiyy a.s.) dipanggil sebagai al-'abdu as-soolihu (hamba yang soleh) lantaran kehebatan 'ibaadah, ijtihaad, dan qiyaamnya pada waktu malam. Beliau adalah seorang yang mulia, sabar, dan murah hati (kaana kariiman haliiman). Apabila telah sampai kepada beliau berita bahawa seorang lelaki telah menyakiti beliau, maka beliau pun menghantar (mengutus) suatu harta (maal) kepada lelaki itu!
Begitulah kira-kira terjemahan kasar daripada SIFAH AS-SOFWAH, susunan Al-Imam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 2, halaman 184.
Begitulah tingginya budi dan keruhanian Ibnu Al-Husain bin 'Ali Abul-Hasan Al-Haasyimiyy a.s.
Masih wujudkah lagi seorang Muslim yang sedemikian rupa keruhaniannya di atas muka bumi ini hari ini?
[Apa kata kita cuba sekali (kalau setiap kali lagi bagus) mengamalkan sifat terpuji di atas? Bila ada orang menyakiti kita (mengumpat kita misalnya), kita hantar kepadanya (atau wakilkan saja pada orang lain) sejumlah wang (RM10.00, RM20.00, RM50.00, RM100.00, ... dsbnya)? Apa kata antum yang bijaksana?]
Memang benarlah kata orang 'alim bahawa contoh kita sebenarnya adalah orang-orang yang telah mati, bukan orang-orang yang masih hidup.
Wallahu A'lam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibaar... Wassalaamu'alaikum wrb, Al-faqiiru ilallooh.
Mufrodaat:
- [1] AADZAA FULAANAN: dia telah menyakiti si-fulan, menyusahkannya.
- [2] ADZAA, ADZAAH: bahaya, sesuatu yang menyakitkan.
