Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan palsu (bohong) malah dia terus melakukannya, Allah tidak mempunyai apa-apa kepentingan di dalam tindakannya meninggalkan makanan dan minuman (tidak ada gunanya dia meninggalkan makanan dan minuman kerana Allah tidak menerima puasanya).
(Hadis riwayat Imam Bukhari).
--------------------------------------------------------------------------------
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Mengingatkan orang yang mencampurkan puasanya dengan pembohongan iaitu kata-kata dan perbuatan yang batil (tidak benar) di mana pahala puasanya akan sia-sia atau berkurang.
2- Maksud berpuasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi perlu disusuli dengan melatih diri dan menewaskan nafsu syahwat.
3- Orang Islam hendaklah mencari sebab supaya puasanya terselamat dari tidak diterima oleh Allah dan berkurangnya pahala puasa.
'the truth is out there'
Diskusi