Dan daripada Maimuun bin Mahroon bahawasanya seorang lelaki daripada Bani 'Abdullah bin 'Umar r.a. telah datang kepada 'Abdullah bin 'Umar r.a. lalu meminta pakaian (meminta sehelai izaar) daripadanya. Kata lelaki itu: Sesungguhnya izaarku (pakaian ku) telah menjadi robek.
Maka jawab 'Abdullah bin 'Umar r.a.: "IRQO' IZAAROKA!!" [Tambal/tampung olehmu akan pakaianmu!!].
Kemudian 'Abdullah bin 'Umar r.a. pun memakaikan dia akan pakaian itu.
Maka lelaki/pemuda itu pun merasa tidak suka akan tindakan/suruhan 'Abdullah bin 'Umar r.a. itu.
Maka berkatalah 'Abdullah bin 'Umar r.a. kepada lelaki/pemuda itu:
"WAIHAKA! ITTAQILLAAH! WA LAA TAKUNANNA MINAL-QOUMI AL-LADZIINA YAJ'ALUUNAMAA ROZAQOHUMULLAHU 'AZZA WA JALLA FII BUTUUNIHIM WA 'ALAA ZUHUURIHIM!!!"
[Mafhumnya: AHH! BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH! DAN JANGANLAH KAMU MENJADI TERMASUK DI DALAM GOLONGAN QOUM/KAUM YANG MENJADIKAN APA-APA YANG DIREZEKIKAN OLEH ALLAH 'AZZA WA JALLA KEPADA MEREKA KE DALAM PERUT-PERUT MEREKA SENDIRI DAN DI ATAS BELAKANG MEREKA SENDIRI!!!]
Begitulah kira-kira terjemahan kasar daripada SIFAH AS-SOFWAH, susunan Al-Imam Al-'Aalim Jamaaluddin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 1, halaman 574 & 575.
Antara kesimpulan/i'tibar/ulasan adalah:
- [1] Tidak dapat dinafikan bahawa 'Abdullah bin 'Umar (atau Ibnu 'Umar) r.a. adalah seorang sahabat Rasulullah SAW dan tindakannya itu (contohnya/kenyataannya) tidaklah boleh dipertikaikan, kerana setiap sahabat adalah contoh untuk kita semua.
- [2] Nyata sekali bahawa sifat memakai pakaian bertambal adalah tersangat mulia. Sifat ini juga ada pada ayah Ibnu 'Umar r.a. (iaitu Sayyidina 'Umar Al-Khattab r.a., banyak sekali riwayat mengenai ini). Nampaknya Ibnu 'Umar r.a. telah mewarisi sifat ayahnya itu (walaupun keterangan di atas menunjukkan bahawa Ibnu 'Umar r.a. menyuruh lelaki itu memakai pakaian bertambal, sudah tentulah juga sifat ini ada pada diri beliau sendiri r.a.).
- [3] Mari ulangi kenyataan/suruhan Ibnu 'Umar r.a. itu iaitu:
[[AHH! BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH! DAN JANGANLAH KAMU MENJADI TERMASUK DI DALAM GOLONGAN QOUM/KAUM YANG MENJADIKAN APA-APA YANG DIREZEKIKAN OLEH ALLAH 'AZZA WA JALLA KEPADA MEREKA KE DALAM PERUT-PERUT MEREKA SENDIRI DAN DI ATAS BELAKANG MEREKA SENDIRI!!!]]
Dari keterangan itu fahamlah kita bahawa:
- (a) Termasuk taqwa adalah takut untuk bermewah-mewah (bersalin-salin/bertukar-tukar) dengan pakaian sehingga sebagai natijah daripada itu maka ditambalnya pakaian yang dah ada (tetapi koyak), tidak digantinya dengan pakaian yang baru jika tidak benar-benar perlu. [Mungkin ada yang berkata bahawa taqwa bukan pada pakaian tetapi pada hati.] Ya, taqwa memang pada hati, tetapi intisari dan kesan daripada kewujudan taqwa yang ada di dalam hati itulah yang akan menjelma pada pakaian dan sudut-sudut zahir yang lain. Sesungguhnya batin dan zahir itu adalah berkaitan, yang satu menguatkan yang lain. Sesungguhnya pada amnya yang zahir itu adalah gambaran kekuatan batin.
- (b) Rezeki yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita itu sebenarnya bukanlah untuk diri kita sendiri semata-mata... Lantaran itulah sahabat-sahabat yang kaya pun mereka tidak menggunakan harta kekayaan itu untuk kegunaan sendiri saja... malah ditaburkannya di jalan Allah SWT dengan sebanyak-banyaknya dan selimpah-limpahnya. Sebaliknya kita hari ini (ana sendirilah), sebahagian besar daripada rezeki/harta yang Allah SWT berikan kepada kita banyak kita gunakan (atau simpan) untuk diri sendiri, entah zero point zero zero zero zero zero zero zero... sekian... per sen digunakan atau disalurkan pada jalan Allah SWT. Itulah hakikatnya. Dan lantaran itu, semoga LARANGAN IBNU 'UMAR R.A. di atas supaya kita tidak termasuk ke dalam GOLONGAN YANG MENGGUNAKAN REZEKI/HARTA YANG ALLAH SWT BERIKAN KEPADA KITA UNTUK MEMENUHI PERUT-PERUT KITA DAN BELAKANG-BELAKANG KITA sahaja!!!
Wallahu A'lam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar.... Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Al-faqir ilallah.
MUFRODAAT:
- [1] ISTAKSAA: meminta pakaian Ex: 'Ali istaksaa Ahmad ('Ali meminta pakaian kepada Ahmad).
- [2] TAKHORROQO: telah menjadi robek/koyak, INKHOROQO, TAMAZZAQO.
- [3] ROQO'A: telah menambal.
