Risalah Fikir (298) Menghidupkan Malam, Waktu Sahur Dan Waktu Di Antara Zohor Dan Asar

Dan daripada Naafi', beliau menceritakan tentang Ibnu 'Umar r.a., bahawasanya Ibnu 'Umar r.a. adalah menghidupkan malam dengan bersolat. Sambil menghidupkan malam itu, Ibnu 'Umar bertanya kepadaku: "Wahai Naafi', adakah kita telah berada dalam waktu sahur?"

Aku (iaitu Naafi') menjawab: "Tidak" (iaitu belum masuk waktu sahur).

(Bila Ibnu 'Umar r.a. mendengar jawapanku itu), maka beliau r.a. pun terus meneruskan bersolat.

Kemudian beliau r.a. bertanya lagi: "Wahai Naafi', adakah kita telah berada dalam waktu sahur?"

Maka aku pun menjawab: "Ya".

(Setelah beliau r.a. mendengar jawapanku itu), maka beliau pun terus duduk dan beristighfar serta berdo'a sehinggalah masuk waktu Subuh.

Dan daripada Naafi' (beliau menceritakan tentang) Ibnu 'Umar r.a. bahawa Ibnu 'Umar r.a. adalah beliau r.a. menghidupkan (ber'amal pada) waktu di antara Zohor dan 'Asar.

Begitulah kira-kira terjemahan kasar daripada Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 1, halaman 577.

Begitulah rentak kehidupan orang yang dekat dengan Allah swt.

Kembali kepada rentak kehidupan kita pula (terutama diri ana sendirilah): pada waktu malam cukup lena tidur, pada waktu sahur lagi-lagilah lenanya tidur, dan pada waktu di antara Zohor dan 'Asar penuh kelalaian demi kelalaian.

Walhal diri semakin menuju ke qubur...!!! Tetapi peningkatan persiapan tidak berlaku, malah terus menurun!

Wallahu A'lam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar. Wassalaamu'alaikum wrb. Al-Faqiiru ilallah.

Mufrodaat:

  • [1] 'IYAAD: repetition, reiteration, recurrence
  • [2] 'IYAADAH: visit (with a patient), doctor's call (on a patient)
  • [3] 'IYAADAAT: clinic, office (of a physician), consultation room (of a physician)
  • [4] 'IYAADAH KHOORIJIYYAH: policlinic, outpatient clinic.

Dan drp Naafi' roh.a., katanya (menceritakan tentang) Ibnu 'Umar r.a.,bahawasanya Ibnu 'Umar r.a. adalah MENGHIDUPKAN MALAM DENGAN BERSOLAT. (Sambilmenghidupkan malam itu) Ibnu 'Umar bertanya kepadaku : Wahai Naafi', Adakah kitatelah berada dalam waktu sahur ?

Aku (ya'nii Naafi') menjawab : Tidak (ya'nii belum masuk waktu sahur/saharlagi).

(Bila Ibnu 'Umar r.a. mendengar jawapanku itu), maka beliau r.a. pun teruskembali MENERUSKAN BERSOLAT.

Kemudian beliau r.a. bertanya lagi : Wahai Naafi', adakah kita telah beradadalam waktu sahur ?

Maka daku pun menjawab : Ya .

(Setelah beliau r.a. mendengar jawapanku itu), maka beliau pun terus DUDUKDAN BERISTIGHFAAR DAN BERDO'A SEHINGGALAH MASUK WAKTU SUBUH.

Dan drp Naafi' (menceritakan tentang) Ibnu 'Umar r.a. bahawa Ibnu 'Umar r.a.adalah beliau r.a. MENGHIDUPKAN (BER'AMAL PADA) WAKTU DI ANTARA ZOHOR DAN 'ASAR.

Begitulah kira2 terjemahan kasar drp SIFAH AS- SOFWAH, susunan Al- Imaam Al-'AalimJamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 1, halaman 577.

Begitulah rentak kehidupan orang yang dekat dengan Allooh swt......

Kembali kpd rentak kehidupan kita pula (terutama diri ana sendirilah) : padawaktu malam cukup lena tidur, pada waktu sahur lagi- lagilah lenanya tidur, danpada waktu di antara zohor dan 'asar penuh kelalaian demi kelalaian.....

Walhal diri semakin menuju ke qubur ...!!! Tetapi peningkatan persiapan tidakberlaku, malah terus menurun.....!

Walloohu A'lam. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar. Wassalaamu'alaikum wrb.Alfaqiiru ilallooh.

MUFRODAAT :

[1] 'IYAAD : repetition, reiteration, recurrence [2] 'IYAADAH : visit (with apatient), doctor's call (on a patient)

[3] 'IYAADAAT : clinic, office (of a physician), consultation room (of aphysician)

[4] 'IYAADAH KHOORIJIYYAH : policlinic, outpatient clinic.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my