Risalah Fikir (297) Amalan Ber-tabarruk Menerusi Seseorang Yang Dekat Dengan Allah Swt Memang Ada Diamalkan Oleh Bintang-bintang Kita Dahulu

Mari mengenali Yuusuf bin 'Umar bin Masruur rahimahullah.

Beliau lebih dikenali dengan panggilan Abuu Al-Fath Al-Qowwaas rahimahullah. Telah berkata Al-Azhariyy rahimahullah (mafhuumnya): Adalah Abuu Al-Fath Al-Qowwaas rahimahullah termasuk golongan al-abdaal dan adalah beliau seorang yang diterima do'anya (oleh Allah SWT).

Dan telah berkata Abuu Al-Hasan Ad-Daaruqutniyy rahimahullah: "KUNNA NATABARRUKU BI ABII AL-FATH AL-QOWWAASS WA HUA SOBIYYUN!" [Mafhuumnya: Adalah kami bertabarruk (meminta berkat) pada Abuu Al-Fath Al-Qowwaas, sedang beliau adalah seorang kanak-kanak!]

Dan telah menerangkan Abuu Zarr Al-Harowiyy rahimahullah (mafhuumnya): Adalah aku telah berada di sisi Abuu Al-Fath Al-Qowwaas rahimahullah, dan sesungguhnya ada kalanya beliau telah mengeluarkan sebahagian daripada kitab-kitabnya lalu beliau mendapati padanya telah dikerip (dimakan) oleh tikus. Maka beliau pun berdoa kepada Allah SWT terhadap tikus yang telah mengerip akan sebahagian kitabnya itu, lalu jatuhlah tikus itu dari atap rumahnya. Dan tikus itu tak henti-henti dalam keadaan bergerak sehinggalah sampai mati.

Telah mendengar (menerima ilmu) Yuusuf bin 'Umar (yakni Abuu Al-Fath Al-Qowwaas) rahimahullah daripada Al-Baghowiyy rahimahullah, dan Abuu Bakar bin Abii Daawuud rahimahullah, dan Yahyaa bin Soo'iid rahimahullah, dan ramai lagi.

Beliau rahimahullah telah wafat pada hari Jumaat dalam bulan Rabii'ul Aakhir, tahun 385H dan dikebumikan di Maqbaroh Ahmad rahimahullah.

Begitulah kira-kira terjemahan kasar daripada Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy rahimahullah, mujallad 2, halaman 471.

Antara i'tibar/pengajaran/ulasan:

  • 'Amalan ber-tabarruk (meminta berkat) pada mereka yang dekat dengan Allah SWT memang ada sumbernya, lantaran itulah bintang-bintang kita dahulu telah mengamalkannya.

  • Golongan al-abdaal memang wujud. Itulah yang telah dijelaskan oleh Al-Azhariyy rahimahullah. Bolehkah kita mengenali golongan al-abdaal masa kini? Apa kata antum?

wAllahu A'lam.

Semuanya semoga kita sama-sama mengambil i'tibar. Wassalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alfaqiiru ila Allah.

Mufrodaat:

  • [1] QORODHO, YAQRIDHU, QORDHON: mengerip, menggigit, memakan, QORRODHO, YUQORRIDHU, TAQRIIDHON. Contoh: "QORODHO AL-FA`RU ATH-THAUBA" (telah mengerip/memakan tikus itu akan pakaian itu).

  • [2] TABARROKA (TABAAROKA) BI HI: meminta berkat padanya, bertabarruk padanya.

Mari mengenali Yuusuf bin 'Umar bin Masruur roh.a........

Beliau lebih dikenali dgn panggilan Abuu Al-Fath Al-Qowwaas roh.a. Telahberkata Al-Azhariyy roh.a. (mafhuumnya) : Adalah Abuu Al-Fath Al-Qowwaas roh.a.termasuk golongan al-abdaal dan adalah ia seorang yang diterima do'anya (olehAllooh swt).

Dan telah berkata Abuu Al-Hasan Ad-Daaruqutniyy roh.a. : KUNNA NATABARRUKU BIABII AL-FATH AL-QOWWAASS WA HUA SOBIYYUN !. [Mafhuumnya : ADALAH KAMIBERTABARRUK (MEMINTA BERKAT) PADA ABUU AL- FATH AL- QOWWAAS SEDANGKAN BELIAUADALAH SEORANG KANAK-KANAK !]

Dan telah menerangkan Abuu Zarr Al-Harowiyy roh.a. (mafhuumnya) : Adalah akutelah berada di sisi Abuu Al-Fath Al-Qowwaas roh.a. dan sesungguhnya adakalanyabeliau telah mengeluarkan sebahagian drp kitab2nya lalu beliau mendapati padanyatelah dikerip (dimakan) oleh tikus. Maka beliau pun berdo'a kepada Allooh swtterhadap tikus yang telah mengerip akan sebahagian kitabnya itu lalu jatuhlahtukus itu drp atap rumahnya itu. Dan tikus itu tak henti-henti dalam keadaanbergerak2 sehinggalah sampai mati.

Telah mendengar (menerima 'ilmu) Yuusuf bin 'Umar (ya'nii Abuu Al- Fath Al-Qowwaasroh.a.) daripada Al-Baghowiyy roh.a. dan Abuu Bakar bin Abii Daawuud roh.a. danYahyaa bin Soo'iid roh.a. dan ramai lagi.

Beliau roh.a. telah wafat pada hari Jumu'at dalam bulan Robii'ul Aakhir tahun385H dan dikebumikan di Maqbaroh Ahmad roh.a.

Begitulah kira2 terjemahan kasar drp SIFAH AS- SOFWAH, susunan Al- Imaam Al-'AalimJamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 2, halaman 471.

Antara i'tibaar/pengajaran/ulasan/dsbnya :

[1] 'Amalan ber-tabarruk (meminta berkat) pada mereka yang dekat denganAllooh swt memang ada sumbernya, lantaran itulah bintang- bintang kita dahulutelah meng'amalkannya.

[2] Golongan al-abdaal memang wujud. Itulah yang telah dijelaskan oleh Al-Azhariyyroh.a. di atas. Boleh tak agaknya kita mengenali golongan al- abdaal masa kini ?Apa kata antum ?

Walloohu A'lam. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar.... Wassalaamu'alaikumwrb Alfaqiiru ilallooh.

MUFRODAAT :

[1] QORODHO, YAQRIDHU, QORDHON : mengerip, menggigit, memakan,QORRODHO,YUQORRIDHU,TAQRIIDHON. Ex : QORODHO AL-FA`RU ATH-THAUBA (telah mengerip/memakantikus itu akan pakaian itu).

[2] TABARROKA (TABAAROKA) BI HI : meminta berkat padanya, ber- tabarrukpadanya.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my