Cari Keampunan Di Malam Nisfu Syaaban

Oleh iLa~shuhaiLa
2002-10-14 14:19:03

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51


Nisfu Syaaban (pertengahan bulan Syaaban) pada tahun ini adalah bersamaan 22 Oktober. Apa pentingnya Nisfu Syaaban?
Kerana ada hadis yang menyebut bahawa Allah S.W.T. berkenan mengampunkan sesiapa saja di kalangan hamba-hambaNya yang memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban (malam sebelumnya). Lantaran itu malam berkenaan digelar Lailatul Bara'ah iaitu Malam Keampunan.

Berikut adalah kelebihan malam Nisfu Syaaban menurut hadis :
(*) Sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al-Quran dan sebagainya, maka Allah S.W.T. akan membukankan untuknya 300 pintu rahmat dis amping doanya tidak akan ditolak.
(*) Sesiapa yang memohon keampunan dari Allah S.W.T. akan diampuniNya, kecuali mereka yang menyengutukan Allah S.W.T. dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba', penderhaka ibubapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan silaturrahim.
(*) Sesiapa yang memohon rezeki dari Allah S.W.T. akan dikurniakan rezeki.
(*) Sesiapa yang ditimpa bala, maka Allah S.W.T. akan melepaskannya.
(*) Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Pada malam itu dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah." (Ad-Dukhan : 4)

Selain kelebihan Nisfu Syaaban , bulan Syaaban itu sendiri dinyatakan dalam hadis sebagai bulan yang di dalamnya terdapat banyak kebajikan.
Antaranya disebut dalam kitab-kitab :
(*) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah S.W.T. dengan 700 kali ganda.
(*) Allah S.W.T. akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambaNya.
(*) Sesiapa yang berpuasa tiga hari di awal, pertengahan dan akhir bulan Syaaban akan dituliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika meninggal dunia pada tahun itu, maka ia akan mendapat pahala mati syahid.

Wallahu'alam bissawab...


Sumber : ANIS/OKT'2002

...agung di dunia memang harta jadi sandaran, keagungan di akhirat amal jualah yang menentukan... <<...Jaga Diri N Hiasi Peribadi...>>
Sent to myMasjid eGroups: 10/14/2002 2:18:46 PM
Sent to MelayuCyber eGroups: 10/14/2002 2:18:46 PM
Sent to Utusan_rasul eGroups: 10/14/2002 2:18:46 PM

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my