Ber-taronnum bermakna berdendang. Dengan apa kita berdendang? Petikan berikut memberikan jawabannya.
Pada suatu hari, Abuu Ya'quub Az-Zayyaat rahimahullah telah bertanya kepada sebahagian para muridnya:
A TAHFAZU AL-QURAN? [Mafhuumnya: Adakah anda menghafaz Al-Quran?]
Maka menjawab muridnya: LAA [Mafhuumnya: Tidak]
Lalu menjawablah Abuu Ya'quub Az-Zayyaat rahimahullah (mafhuumnya kira-kira): Betapa kamu perlu ditolong! BILLAAHI, seorang murid/pelajar yang tidak menghafaz Al-Quran adalah seperti limau utrunjah yang tidak ada bau baginya. Maka dengan apakah dia bisa ber-taronnum (mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan atau faedah ukhrawi yang banyak lagi melimpah)? Maka dengan apakah dia bisa ber-taronnum (berdendang)? Maka dengan apakah dia bisa bermunajat (berbicara/berbisik-bisik/berbual-bual) dengan Tuhannya?
Begitulah kira-kira terjemahan kasar dari Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy rahimahullah, mujallad 2, halaman 416.
Antara kesimpulan/i'tibar/ulasan/pengajaran yang dapat diambil dari keterangan di atas adalah:
- [1] Menghafaz Al-Quran adalah suatu usaha yang sangat penting bagi setiap murid/pelajar (malah bagi setiap mu'min). Kerana mereka yang tidak menghafaz Al-Quran adalah seumpama buah limau utrunjah yang tidak ada bau baginya! Makin banyak hafazan Al-Quran pada seseorang itu, maka ibarat limau utrunjah yang semakin berbausemerbak harum!
- [2] Mereka yang menghafaz Al-Quran adalah orang-orang yang sangat bertuah. Kerana dengan hafazan Al-Quran yang ada pada mereka itu, mereka dapat peluang yang teramat besar dalam ber-taronnum, ber-munajat dengan Allah SWT.
- [3] Kembali kepada point BER-TARONNUM (BERDENDANG)... Hari ini dendangan/taronnum lagu-lagu Bollywood menempati hati anak-anak muda kita (malah hati orang-orang dewasa kita dan orang-orang tua juga, termasuk hati kita juga)... Hari ini lagu-lagu rock/barat menempati hati kita dan hati mereka... Dan macam-macam lagu lagi telah benar-benar mendiami hati kita/mereka...
- [4] Taronnum/dendangan Al-Quran tidak lagi menguasai hati dan fikiran serta keruhanian kita/mereka... Hati kita/mereka tidak lagi tertambat dengan taronnum/dendangan Al-Quran (mungkin kerana hati kita terlalu gelap berlumuran dosa dan hubbud-dunya)! Untuk itu, hati kita perlu menjalani rawatan yang sangat intensif supaya kita terus subur terhibur (merasai ketenangan dan kenikmatan yang hakiki) dengan keindahan taronnum/dendangan Al-Quran...!!!
- [5] Bagi yang mempunyai anak, perlulah juga merancang agar ada di antara anak-anak mereka yang menjadi hafiz-hafiz Al-Quran. Apa yang terjadi, biasanya: Jika seseorang itu mempunyai 4 orang anak, maka dia akan merancang (misalnya) supaya anak pertama menjadi seorang jurutera, anak kedua menjadi seorang doktor, anak ketiga menjadi seorang peguam dan anak keempat menjadi seorang akauntan... Jarang yang merancang supaya (sekurang-kurangnya) seorang daripada mereka menjadi hafiz Al-Quran. Inilah kesilapan kita. Kita juga perlu membantu (secara fizikal dan moral/zahir dan batin) akan institusi-institusi hafazan Al-Quran dengan bantuan yang berterusan dan secara bersungguh-sungguh... Kalau kita (sebagai Muslimin) tidak membantu institusi-institusi tersebut, maka siapakah lagi yang akan membantunya? Sebenarnya kitalah yang sama-sama bersalah kerana kecuaian dan kealpaan kita dalam menghidupsuburkan agama kita dari setiap sudut.
Wallahu A'lam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar... Wassalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Al-faqiiru ilallah.
Mufrodaat:
- [1] TARONNUMA: berdendang / menyanyi.
- [2] TARNIIMAH, UNSYUUDAH: dendangan, nyanyian.
- [3] TARONNUM: suara, nyanyian, dendangan, RONAM, RONMAH.
