Telah menerangkan 'Abdullah bin 'Abdul 'Aziiz Al-'Umariyy (dikenali sebagai Abuu Abdirrahmaan) rohimahullah. Beliau termasuk dalam kalangan ahli Madinah, dan beliau wafat pada tahun 184H ketika berusia 66 tahun:
MAN TAROKA AL-AMRO BI AL-MA'RUUFI WA AN-NAHYA 'ANI AL-MUNKARI MIN MAKHOOFATIAL-MAKHLUUQIINA NUZI'AT MINHU HAIBATULLAH TA'AALAA FALAU AMARO BA'DHO WALADIHIAU BA'DHO MAWAALIIHI LASTAKHOFFA BIHI.
[Mafhuumnya kira-kira: SESIAPA YANG TELAH MENINGGALKAN 'AMALAN AMAR MA'RUUF (IAITU MEMERINTAH ATAU MENYURUH ORANG LAIN BERBUAT BAIK/MA'RUUF) DAN 'AMALAN NAHI MUNKAR (IAITU MENCEGAH ATAU MELARANG ORANG LAIN DARI BERBUAT PERKARA-PERKARA MUNGKAR) LANTARAN TAKUT KEPADA PARA MAKHLUUQIIN (LANTARAN TAKUT KEPADA MANUSIA DAN SEBAGAINYA), MAKA DICABUTKAN DARIPADANYA AKAN KEHEBATAN ALLAH TA'AALAA (HAIBATULLAH). MAKA SEANDAINYA DIA TELAH MELAKUKAN 'AMALAN AMAR MA'RUUF TERHADAP SEBAHAGIAN DARI ANAKNYA SAHAJA ATAU SEBAHAGIAN DARI MAWAAL-NYA (SAHABAT-SAHABATNYA/TEMAN-TEMANNYA/SEKUTU-SEKUTUNYA/TETANGGA-TETANGGANYA/PENGIKUT-PENGIKUTNYA/TAMU-TAMUNYA/ANAK-ANAKNYA/MAJIKAN-MAJIKANNYA/ORANG-ORANG YANG MENYINTAINYA/ORANG-ORANG YANG MEMBERIKAN NI'MAT KEBAIKAN KEPADANYA/BUDAK-BUDAK SAHAYANYA) SAHAJA, MAKA PASTILAH INI BERMA'NA BAHAWA DIA TELAH MEREMEHKAN AKAN 'AMALAN AMAR MA'RUUF ITU SENDIRI].
Begitulah kira-kira terjemahan kasar dari SIFAH AS-SOFWAH, susunan Al-Imam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy rohimahullah, mujallad 2, halaman 181.
Antara pengajaran/i'tibar/ulasan yang dapat diambil dari keterangan beliau rohimahullah itu adalah:
- 'Amalan amar ma'ruuf dan nahi mungkar adalah suatu 'amalan yang tersangat asas dan penting dalam agama kita. 'Amalan ini perlu dilakukan oleh setiap orang semampu mungkin. Bila kita meninggalkan 'amalan ini kerana takut kepada makhluk, maka akan dicabutkan kehebatan Allah SWT dari hati kita (na'uzubillah min dzalik!). Kalau kehebatan Allah SWT telah tercabut dari hati kita, maka apakah yang akan terjadi kepada kita? Antum jawablah sendiri....
- Apabila kita menjalankan 'amalan amar ma'ruuf tidak secara menyeluruh, cuma terhadap sebahagian dari anak dan MAWAAL kita, maka pastilah kita masih lagi termasuk dalam KELOMPOK YANG MEREMEHKAN AKAN 'AMALAN AMAR MA'RUUF itu sendiri!!! Maka apakah kita sanggup untuk berada dalam kelompok tersebut? Tentu tidak sanggup.... Dan bagaimanakah pula nak dikelompokkan orang-orang yang langsung tidak menjalankan akan 'amalan ini (atau membenci 'amalan ini / atau menghalang 'amalan ini)? Antum jawab sendirilah...... Untuk itu, penglibatan kita dalam 'amalan yang sangat mulia ini perlu dipersuburkan dan diperluaskan lagi...... Semoga kita tidak termasuk ke dalam golongan para mustakhiffiin (orang yang memandang ringan/meremehkan) akan 'amalan amar ma'ruuf itu...
Apa kata antum yang budiman?
Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar... Wallahu A'lam. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Al-faqiiru ilallah.
MUFRODAAT:
- [1] ISTAKHOFFA BIHI: meremehkan, memandang ringan.
- [2] ISTIKHFAAF: hal menganggap ringan/remeh.
- [3] MUSTAKHIFF: orang yang memandang ringan, orang yang meremehkan.
