Risalah Fikir (250) Maka Bagaimanakah Tidak Di-istijaabahkan

(TIDAK DIMAQBUULKAN) AKAN DO'A ORANG YANG SEBEGINI FI'ILNYA?

Lagi kisah Sariyy Saqtiyy rahimahullah. Kali ini kisah beliau dengan kurralouz-nya...

Telah berkata Allaan: Dan apakah yang perlu dirasakan ta'ajjub (selain) daripada ini, (iaitu kisah dimana) telah membeli Sariyy Saqtiyy rahimahullah akan kurralouz dengan harga 60 Diinaar dan beliau telah mencatat dalam buku daftar perniagaan akan keuntungan 3 Diinaar. (Tiba-tiba) melambung naiklah harga pasaran kurralouz itu menjadi 90 Diinaar.

Maka datanglah dallaal (orang tengah / orang perantara) kepada Sariyy dan berkata: Aku mahukan louz / kurralouz itu.

Maka berkatalah Sariyy rahimahullah: Ambillah akan ia.
Tanya dallaal: Berapa harganya?
Jawab Sariyy rahimahullah: Hanya dengan 63 Diinaar.
Telah berkata dallaal itu: Sesungguhnya louz / kurralouz itu telah naik harganya di pasaran menjadi 90 Diinaar.

Maka berkata Sariyy rahimahullah: Sesungguhnya aku telah buat `aqad antara aku dengan Allah SWT iaitu bahawa aku tidak akan membubarkannya, aku tidak akan menjualnya melainkan dengan harga 63 Diinaar!

Maka berkatalah dallaal itu: Sesungguhnya aku telah pun buat `aqad di antara aku dengan Allah SWT iaitu bahawa aku tidak akan menipu atau mengkhianati seorang Muslim, aku tidak akan mengambil (membeli) daripada engkau kecuali dengan harga 90 Diinaar!

Maka dallaal itu pun tidak jadi membeli dan Sariyy rahimahullah itu pun tidak jadi menjual.

FA KAIFA LAA YUSTAJAABU DU'AA-U MAN HAADZAA FI'LUHU? [pengertiannya: MAKA BAGAIMANAKAH TIDAK DI-ISTIJAABAHKAN (TIDAK DIMAQBUULKAN) AKAN DO'A ORANG YANG SEBEGINI FI'ILNYA?]

Begitulah terjemahan kasar daripada Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imaam Al-`Aalim Jamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy rahimahullah, mujallad 2, halaman 372.

Pertanyaan:

  • (a) Masih wujudkah lagi peniaga (businessman) hari ini yang bersifat seperti Sariyy Saqtiyy rahimahullah? Beliau tidak mahu menjual kurralouz-nya yang naik melambung harga pasarannya kepada 90 Diinaar. Beliau masih mahu menjual dengan harga 63 Diinaar (iaitu dengan keuntungan cuma 3 Diinaar sahaja!).
  • (b) Pun masih wujudkah lagi businessman hari ini yang bersifat seperti dallaal di atas? Beliau rahimahullah tidak mahu membeli kurralouz Sariyy rahimahullah dengan harga 63 Diinaar, tapi tetap mahu membelinya dengan harga 90 Diinaar.
  • (c) Agaknya itulah yang dikatakan bahawa di hari akhirat nanti, peniaga-peniaga yang benar-benar jujur akan berada satu darjah di bawah darjah para Anbiyaa` a.s.?

Kalau itulah sebagai salah satu daripada kriteria atau syarat-syarat untuk mana-mana sesuatu do'a itu dimaqbulkan, maka tidak hairanlah mengapa pada amnya kita hari ini (atau umat hari ini) berada dalam ketandusan dalam mendapatkan istijaabah dalam do'a-do'a...

Rupa-rupanya senjata kita tumpul (kalaulah do'a itu dikira sebagai senjata orang-orang beriman)...!

Rupa-rupanya otak kita tumpul-berkarat (kalaulah do'a itu dikira sebagai otak ibadah)...! Tidak hairanlah mengapa para Muslimin ditindas di mana-mana... Tidak hairanlah mengapa orang-orang kafir menguasai ke atas orang-orang Muslimin...

Wallahu A'lam.
Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar...
Wassalamu'alaikum wrb,
Alfaqiiru ilallah.

(TIDAK DIMAQBUULKAN) AKAN DO'A ORANG YANG SEBEGINI FI'ILNYA ?

Lagi kisah Sariyy Saqtiyy roh.a. Kali ini kisah beliau dengankurralouz-nya….

Telah berkata `Allaan : Dan apakah yang perlu dirasakanta'ajjub (selain) daripada ini, (iaitu kisah dimana) telahmembeli Sariyy Saqtiyy roh.a. akan kurralouz dengan harga 60 Diinaardan beliau telah mencatat dalam buku daftar perniagaan akankeuntungan 3 Diinaar. (Tiba2) melambung naiklah harga pasarankurralouz itu menjadi 90 Diinaar.

Maka datanglah dallaal (orang tengah / orang perantara) kepada Sariyydan berkata : Aku mahukan louz / kurralouz itu.

Maka berkatalah Sariyy roh.a . : Ambillah akan ia.
Tanya dallaal : Berapa harganya ?
Jawab Sariyy roh.a.: Hanya dgn 63 Diinaar.
Telah berkata dallaal itu : Sesungguhnya louz / kurralouz itu telahnaik harganya di pasaran menjadi 90 Diinaar.

Maka berkata Sariyy roh.a. : Sesungguhnya aku telah buat `aqaddi antara aku dgn Allooh swt iaitu bahawa aku tidak akanmembubarkannya, aku tidak akan menjualnya melainkan dgn harga 63Diinaar !

Maka berkatalah dallaal itu : Sesungguhnya aku telah pun buat`aqad di antara aku dgn Allooh swt iaitu bahawa aku tidak akanmenipu atau mengkhianati seorang muslim, aku tidak akan mengambil(membeli) drp engkau kecuali dengan harga 90 Diinaar !

Maka dallaal itu pun tidak jadi membeli dan Sariyy roh.a. itu puntidak jadi menjual.

FA KAIFA LAA YUSTAJAABU DU'AA-U MAN HAADZAA FI'LUHU ?[pengertiannya :MAKA BAGAIMANAKAH TIDAK DI-ISTIJAABAHKAN (TIDAKDIMAQBUULKAN) AKAN DO'A ORANG YANG SEBEGINI FI'ILNYA ?]

Begitulah terjemahan kasar drp Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imaam Al-`Aalim Jamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad2, halaman 372.

Pertanyaan :

(a) Masih wujudkah lagi peniaga (businessman) hari ini yg bersifat seperti Sariyy Saqtiyy roh.a. itu ? Beliau tidak mahu menjual kurralouz-nya yg naik melambung harga pasarannya kpd 90 Diinaar. Beliau masih mahu menjual dgn harga 63 Diinaar (iaitudengan keuntungan cuma 3 Diinaar sahaja !).

(b) Pun masih wujudkah lagi businessman hari ini yg bersifat seperti dallaal diatas ? Beliau roh.a. tidak mahu membeli kurralouz Sariyy roh.a. dgn harga 63 Diinaar, tapi tetap mahu membelinya dgn harga 90 Diinaar.

(c) Agaknya itulah yg dikatakan bahawa di hari akhirot nanti, peniaga2 yg benar2 jujur akan berada satu darjah di bawah darjahpara Anbiyaa` a.s. ?

Kalau itulah sebagai salah satu drp kriteria atau syarat2 untuk manasesuatu do'a itu dimaqbulkan, maka tidak hairanlah mengapapada `amnya kita hari ini (atau ummat hari ini) berada dalamketandusan dalam mendapatkan istijaabah dalam do'a-do'a…..

Rupa2nya senjata kita tumpul (kalaulah do'a itu dikira sebagaisenjata orang2 beriman)…!

Rupa2nya otak kita tumpul-berkarat (kalaulah do'a itu dikirasebagai otak `ibaadah)….!
Tidak hairanlah mengapa para muslimiin di tindas di mana2……Tidak hairanlah mengapa orang2 kafir menguasai ke atas orang2muslimiin……

Walloohu A'lam.
Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar…
Wassalaamu'alaikum wrb,
Alfaqiiru ilallooh.

MUFRODAAT:

[1] KURRALOUZ, KURRU : takaran yg berbeda pada penentuannya.

[2] MIKYAAL, KURR : takaran.

[3] DALLAAL : orang perantara, orang tengah, SIMSAAR.

[4] DALLAAL, AL-LADZII YABII'U BIL-MUZAAD:juru lelong.

[5] ISTIJAABAH : penerimaan atau pengabulan (akan suatu do'amithalnya), hearing, answering (of a prayer); granting, fulfillment(of a request).

[6] GHISYSY : tipudaya, penipuan, KHIDAA'.

[7] GHISYSY : khianat, KHIYAANAH.

[8] GHISYSY : dendam, benci, HIQD.

[9] AL-GHISYSY : yg keruh, AL-KADIR.

[10] GHISYSY: muramnya wajah, `UBUUSUL-WAJHI.

[11] AL-GHUSYSY, AL-GHOOSYSY : yg menipu.

[12] GHOSYSYAASY, KHODDAA' ; penipu

Edited by : Norizan Daud

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my