Risalah (soal-jawab) berikut, antara lain menjelaskan pertanyaan di atas.
PERTANYAAN 155:
Orang yang mengambil wang riba, bolehkah dia menjadi imam solat atau khatib pada Solat Jum'at? Bagaimana hukumnya?
JAWABAN 155:
Riba adalah termasuk dalam akbarul-kabair. Dosa yang paling besar adalah menyekutukan Allah SWT, kemudian membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan jalan haq, kemudian berzina, dan seterusnya riba. Riba ini tidak halal dalam syariat mana pun, sebagaimana mafhum firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa'/4:161 (mafhumnya):
DAN MENGAMBIL MEREKA AKAN RIBA, PADA HAL TELAH DICEGAH MEREKA ITU DARIPADANYA.
Orang yang makan riba dengan sengaja dan yang memberi makan riba, penulis riba, dan saksi riba, dilaknat Allah SWT sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud (mafhumnya):
BAHWA NABI SAW MENGUTUK ORANG YANG MAKAN RIBA, YANG MEMBERI RIBA, DUA SAKSI RIBA DAN PENULIS RIBA. (Riwayat Al-Khomsah).
Dan diriwayatkan dari Abdullah bin Handzalah, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW (mafhumnya):
SATU DIRHAM RIBA YANG DIMAKAN OLEH SESEORANG LAKI-LAKI PADAHAL DIKETAHUINYA ADALAH LEBIH BERAT DARI PADA TIGA PULUH ENAM KALI BERZINA. (HR. Ahmad).
Para pendengar yang budiman, khususnya saudara penanya yaitu saudara Mohd Thahir Thaifien. Dengan keterangan-keterangan tersebut dapatlah diketahui bahawa orang yang mengambil wang riba adalah MELAKUKAN DOSA BESAR DAN MENJADI FASIQ.
Hukum mengikut dalam sembahyang kepada orang yang fasiq adalah makruh. Bahkan ada qaul yang tidak membenarkan perikutan kepada orang yang fasiq dan ahli bid'ah. Keterangannya sebagaimana tersebut dalam kitab Fathul Mu'in, pada hamsy I'anatutthalibin juz ke II, halaman 47 sebagai berikut (mafhumnya):
DAN DIMAKRUHKAN MENGIKUT DENGAN ORANG FASIQ, DAN AHLI BID'AH SEPERTI KAUM RAFIDLI, YAITU ORANG YANG MENGATAKAN BAHAWA SAYYIDINA ALI KW. DIPERINTAH OLEH NABI MENJADI KHALIFAH, DAN BAHAWA DIA LEBIH UTAMA MENJABAT KHALIFAH PERTAMA DARIPADA LAINNYA.
Para pendengar yang budiman, khususnya saudara penanya, yaitu yang terhormat Mohd Thahir Thaifien. Demikianlah jawaban kami atas masalah anda, semoga anda telah dapat memahaminya. Wallahu A'lam.
Begitulah petikan dari Taudhihul-Adillah, oleh Syeikh K.H.M. Syafi'i Al-Hadzmi, seorang 'aalim yang sangat kuat berpegang dengan madzhab Syafi'i. Beliau adalah yang membawakan syiar Islam dalam Radio Cenderawasih, Indonesia. Soal jawab beliau boleh didapati dalam buku tersebut keluaran Victory Agencie, P.O.Box No. 12359, 50776 Kuala Lumpur / 18, Jalan Kovil Hilir, 51100 Kuala Lumpur.
Daripada keterangan As-Syeikh tersebut jelas sekali akan kedudukan imam yang fasiq atau menjadi ma'muum kepada imam yang fasiq.
Timbul persoalan...
Mengikut pengalaman saya yang cetek ini, banyak surau-surau di taman perumahan yang pernah saya diami, tidak kurang imam-imamnya dilantik daripada mereka yang terlibat dengan wang riba (khasnya dalam pembelian rumah dan kenderaan secara konvensional) (malah ramai yang berebut-rebut nak jadi imam walhal diri sendiri terjebak dengan amalan riba, tidak ada rasa takut atau segan silu lagi). Dan perkara ini pada umumnya dianggap remeh oleh masyarakat sekeliling. Walhal mengikut keterangan syariat di atas, berimamkan orang yang fasiq adalah makruh (di sisi madzhab Syafi'i), malah ada qaul yang mengatakan tidak sah solat kita.
Berhubung dengan perkara yang tersangat penting ini, adakah kita akan terus menganggap perkara ini sebagai remeh? Walhal melibatkan kedudukan solat kita di sisi Allah SWT? Atau apakah masyarakat sekarang (yakni kita semua) telah terperangkap? Atau bagaimana? Atau sememangnya kita ini adalah para fasiqiin (orang-orang fasiq) sehingga terlalu penuh terjebak dalam kancah kefasiqan maka terlupa (atau sengaja melupakan) untuk cuba benar-benar memahami akan perkara ini dengan saksama? Atau bagaimana? Apa kata para netters yang budiman lagi bijaksana?
Semoga mutu dan kehalusan dalam solat kita terus meningkat hari demi hari... Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar... Wallahu A'lam. Wassalaamu'alaikum wrb., Alfaqiiru ilalloh.
