Berikut adalah sepucuk surat ringkas yang dihantar oleh seorang abang (digantikan dengan Abang L untuk tatapan umum) yang sedang belajar dalam bidang syari'at di salah sebuah negara di Timur Tengah sana kepada adiknya (digantikan dengan Adik A untuk tatapan umum) yang sedang belajar menghafaz Al-Quran di sebuah madrasah/ma'hadtahfiz Al-Quran di Kelantan. Moga-moga surat ini juga memberikan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang membacanya (jika berkaitan).
====================================================================
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Apa khabar semua di Malaysia? Abang L kat sini sihat seperti biasa. Abang L nak jawab soalan Adik A: Abang L baru hafaz 6 juzu'. Sekarang ni Abang L agak sibuk dengan ilmu fiqh. Insya-Allah, jika ada peluang, Abang L akan hafaz lebih banyak lagi.
Adik A, belajarlah betul-betul. Adik A sekarang berada di atas jalan seorang ulama'. Menghafaz Quran waktu muda adalah sangat penting. Dan Abang L nak pesan kepada semua adik-adik, kata-kata Imam Waki' (salah seorang tok guru Imam Syafei): "ISTA'IINUU 'ALAL-HIFZ BI-TARKI AL-MA'SIYYAH" ["Mintalah pertolongan kepada Allah dalam menghafal dengan meninggalkan maksiat"].
Dan satu ketika, ada orang yang sangat terkejut dengan kehebatan hafalan Imam Bukhori dan dia pun memberitahu tok guru kepada Imam Bukhori bahawa kemungkinan Imam Bukhori ada mengambil ubat untuk menguatkan hafalan. Kemudian, tok guru itu memerhatikan Bukhori dan berkata: "MA ROAITU SYAIAN ANFA' LIL-HIFZI MINNIHMATIR-ROJUL WA MUDAWAMATIN-NAZOR." "Aku tidak melihat sesuatu yang lebih bermanfaat untuk menghafaz lebih dari minat seseorang terhadap ilmu yang dia pelajari dan sentiasa mengulangi pelajarannya."
Diriwayatkan bahawa Imam Ahmad rahimahullah membaca kitab Ar-Risalah (Imam Syafei) sebanyak 500 kali.
Diriwayatkan bahawa Imam Nawawi telah membaca kitab Al-Wajiz (Imam Ghazali) sebanyak 400 kali.
Diceritakan bahawa ada ulama' yang mengulangi satu hukum Qiyas yang telah dipelajarinya sebanyak 600 kali.
Kesimpulannya, tiga perkara paling membantu dalam hafalan:
Insya-Allah, semoga kita dapat amalkan apa yang kita tahu.
Ok lah, Abang L rasa setakat ini dulu. Abang L minta didoakan dari jauh. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah. Wassalam.
====================================================================
Begitulah secebis nasihat seorang abang kepada adiknya yang sedang belajar "menghafaz Al-Quran". Ya, nampaknya meninggalkan maksiat adalah satu asas yang tersangat penting bagi para hafiz (atau lebih tepat lagi bagi bakal-bakal hafiz) dalam membantu dari segi hafazan.
Semoga nasihat ini dimanfaatkan bersama. Wallahu A'lam. Wassalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alfaqiiru ilallah.
