Hudud

Oleh 13822
2002-09-29 15:03:53

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Hukuman hudud hendaklah dilaksanakan oleh Imam (Ketua Negara) atau wakilnya, iaitu hakim - tidak boleh dilaksanakan oleh orang awam, kerana hukuman hudud itu adalah hak allah yang disyariatkan untuk menjaga kepentingan umat manusia.
2) Hukuman hudud hendaklah dilaksanakan di khalayak ramai secara terang-terang - tidak boleh dilaksanakan dengan bersembunyi, iaitu dengan disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. Firman Allah swt:-

Dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. - Surah an-nur 4

3) Hukuman hudud wajib diserahkan kepada Imam(Ketua Negara) atau orang yangbertindak sebagai wakilnya, iaitu hakim atau qadhi, kerana hukuman hudud itu perlu kepada ijtihad.

4) Hukuman hudud yang tidak dilaksanakan oleh Ketua Negara atau wakilnya adalah dibimbangkan hukuman hudud itu tidak dijalankan dengan sempurna atau melebihi daripada yang sepatutnya yang boleh menyebabkan hukuman hudud itu tidak mengikut sebagimana yang dikehendaki oleh syara'.

5) Kehadiran Imam (ketua Negara) tidak menjadi syarat dalam melaksanakan hukuman hudud, keranan Rasulullah saw pada lazimnay tidak hadir ketika hukuman hudud itu dijalankan.

6) Untuk menjalankan hukuman hudud perlu dengan izin Imam (ketuaNegara), kerana hukuman hudud yang dijalankan di zaman Rasulullah saw adalah dengan izin baginda, dan dizaman Khulafa' Ar-Risyidin pula adalah dengan izin mereka itu.

7) hakim yang hendak menjatuhkan hukuman hudud ke atas orang-orang yang melakukan perzinaan disunatkan meminta penjelasan daripada mereka itu sebelum hakim tadi menjatuhkan hukuman hudud itu, kerana boleh jadi ia baru zina mata sahaja, atau baru zina hidung dengan mencium, atau baru zina tangan dengan memegang sahaja.

8)Tindakan hakim sebagaimana tersebut adalah merujuk hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra bersabit kes Ma''iz bin Malek yang mengaku di hadapan Nabi saw bahawa ia berzina, lalu baginda bersabda:-

Barangkali engkau baru mencium atau baru memegang sahaja atau barangkali engkau baru melihat. Ma''iz menjawab: Tidak Ya Rasulullah. Lalu Rasulullah saw bertanya: Adakah engkau sudah muhsan? Ma''iz menjawab: Ya aku sudah muhsan. Maka Rasulullah saw memerintahkan sahabatnya merejam Ma''?z. - Riwayat Bukhari Subulus Salam 4/6.

9) Dalam kes zina, apabila orang yang didakwa berzina itu menarik balik pengakuannya sebelum hukuman hudud itu dijatuhkan ke atasnya disebabkan tidak ada bukti-bukti yang kukuh untuk mensabitkan kesalahan zina ke atas orang yang didakwa berzina tadi, maka hukuman hudud itu tidak boleh dikenakan ke atasnya dan gugurlah hukuman hudud itu.

10) Mereka yang telah mengaku berzina yang mungkin pengakuannya itu dalam keadaan fikiran yang tidak sihat, atau kerana terlupa menarik balik pengakuannya tadi, disunatkan bagi hakim menyindirkan-nyindir lebih dahulu dan menyelidiki lebih lanjut pengakuan mereka itu sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw bersabit kes ma'iz bin malek untuk menjaga jiwa manusia supaya terhindar dari hukuman hudud.



Sent to myMasjid eGroups: 9/29/2002 3:03:40 PM
Sent to MelayuCyber eGroups: 9/29/2002 3:03:40 PM
Sent to Utusan_rasul eGroups: 9/29/2002 3:03:40 PM

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my