4/7 : Al Quran Sebagai Sumber Inspirasi Dalam

Oleh Zana.
2002-09-14 03:49:37

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
... sambungan Episod 3/7:Al-Quran Sebagai Sumber Inspirasi dalam...........

HARI AKHIRAT

Hari Akhirat seperti ketuhanan, ialah sesuatu yang tidak dapat diuji kesahihannya dan tidak dapat digambarkan keadaannya, jika kita bergantung pada pemikiran sahaja. Allah yang Maha Mengasihani telah menurunkan al-Qur’an dan kitab-kitab suci sebelumnya, untuk menerangkan bahawa manusia akan mati dan akan dibangkitkan semula. Semua itu adalah benar dan pembalasan juga adalah benar. Firman Allah (terjemahan), “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti)oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh) sehingga kamu masuk kubur, jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak … . (Ingatlah) demi
sesungguhnya! Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Selepas itu – demi sesungguhnya! Kamu wahai orang yang derhaka) akan melihatnya denganpenglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke
dalamnya)! Selain daripada itu, sesungguhnya kamu akan
ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!” (al-Qur’an surah al Takathur 102:1-8).

“Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun), “Apa yang sudah terjadi pada bumi?” Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya, bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur
masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan amal-amal mereka). Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya
(dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Al-Qur’an Surah al-Zalzalah 99:1-9).

“Apabila langit terbelah; dan apabila bintang-bintang gugur bertabur; dan apabila lautan pecah bercampur-baur dan apabila kubur-kubur dibongkarkan,setelah semuanya itu berlaku), mengetahuilah
tiap-tiap diri akan apa yang telah dikerjakannya dan ditinggalkannya. (Al-Qur’an Surah al-Infitar 82: 1-5).

KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN

Islam menganjurkan satu sistem sosial yang dinamakan syariat (undang-undang Islam). Syariah bertujuan memandu manusia Muslim menyusun kehidupan supaya terjamin:

1. Agama

2. Nyawa

3. Akal

4. Zuriat, dan

5. Harta

PERKAHWINAN DAN HIDUP BERKELUARGA

Firman Allah (terjemahan), “ … Kami telah mengutuskan Rasul-rasul sebelum kamu dan kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan … .” (Al-Qur’an
Surah al-Ra’d 13:38).

“Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan)daripada kalangan kamu, dan orang yang salih daripada hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan. Jika mereka
miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya, kerana Allah (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya),lagi maha mengetahui. Dan orang
yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya … .”
(Al-Qur’an Surah al-Nur 24:33-34).

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada
jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran)bagi orang-orang yang berfikir.” (Al-Qur’an Surah al-Rum 30:21).

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa
keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah)
sebahagian daripada harta mereka … .” (Al-Qur’an Surah al-Nisa’ 4:34)

“Hendaklah orang-orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang
mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan(sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya ….” (Al-Qur’an surah al-Talaq 65:7).

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami; perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan
jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu)bertakwa.” (Al-Qur’an Surah al-Furqan 25:74).

Bersambung.....
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my