: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
Ulama menyatakan bahawa mimpi itu ada 3 jenis:
1-Mimpi melalui malaikat yg ditugaskan utk kerja tersebut.Mimpi demikian adalah benar.
2-Mimpi melalui pengaruh syaitan.
3-Mimpi melalui fikiran dan perasaan takut sendiri.
Hadis ada juga menyatakan 3jenis mimpi yg telah diriwayatkan di dalam Abu Daud:
i)Mimpi baik yg mendapat berita baik daripada Allah swt.
ii)Mimpi buruk yg dikuasai syaitan semata2 utk menakut dan membinasakan org yg bermimpi.
iii)Mimpi yg terjadi hasil daripada fikiran yg sering dihantui dan khayalan sendiri.
Ulama2 yg ahli dlm ta'bir mimpi menyatakan bahawa malaikat yg telah dilantik khas utk tugas mimpi itu bernama 'Siddiqun'.
Abdullah Ibn Mas'ud ra meriwayatkan Rasulullah saw bersabda bahawa:"Dia yg melihatku di dalam mimpi,sebenarnya melihatku kerana syaitan tidak dapat menyerupai mukanya dgn wajahku."
Walaupun begitu ,jika seseorang melihat Rasulullah saw yg tidak sepatutnya,yg bertentangan dgn maruahnya misalnya bertentangan dgn sifat2 mulianya,maka itu adalah disebabkan kelemahan org yg bermimpi,bukannya ada apa2 kekurangan dan kecacatan bagi pihak peribadi Rasulullah saw.
Allah swt telah menyelamatkan Rasulullah saw semasa hayatnya daripada pengaruh syaitan,begitu juga selepas kewafatannya baginda diselamatkan daripada pengaruh syaitan,di mana dia tidak mempunyai kuasa menukar dirinya menyerupai wajah dan bentuk Rasulullah saw.
hidup adalah pencarian.. Sent to myMasjid eGroups: 9/14/2002 3:49:03 AM Sent to MelayuCyber eGroups: 9/14/2002 3:49:03 AM Sent to Utusan_rasul eGroups: 9/14/2002 3:49:03 AM