Terus bersama TM....
SUUROH ADH-DHUHAA : Barangsiapa membacanya di dalam tidur (dalam mimpi) ataumembaca sesuatu darinya atau dibacakan ke atasnya (di dalam mimpi), maka telahberkata Naafi' roh.a. dan Ibnu Kathiir roh.a. bahawa dia (si yg bermimpi itu)memperolehi kebaikan.
Dan ada qiil : Adalah ia seorang yg muta'attif ke atas orang2 yg lemah (paradho'fah) dan seorang yg rohiim terhadap para masaakiin (orang2 miskin).
Dan ada qiil : Dia mencapai keamanan selepas ketakutan dan berita gembiraselepas keputus-asaan, dan harapan selepas keputus-harapan, dan kiranya adalahia seorang yg faqiir maka ia perolehi istighnaa`, DAN BOLEH JADI JUGA AJALNYASUDAH HAMPIR TIBA !!!
Begitulah terjemahan kasar drp TA'TIIRUL-ANAAMI FII TA'BIIRIL- MANAAMI,susunan Al-Imaam `Abdul- Ghoniyy bin Ismaa'iil bin Ahmad bin Ibroohiim An-NaabulusiyyAd-Dimasyqiyy Al-Hanafiyy (bermadzhab Hanafi) An- Naqsyabandiyy Al-Qoodiriyyroh.a., halaman 232.
Antara kalimah2 yg menusuk ke hati kita drp ta'biran2 diatas adalah "DANBOLEH JADI JUGA AJALNYA SUDAH HAMPIR TIBA !!!".
Untuk itu kalau kita bermimpi sedemikian rupa, berhati2lah..... Dansebenarnya persiapan untuk mati bukanlah bermusim tetapi setiap sa'at. Tapikerana kelalaian (dan kerasnya hati kita), kita sering lupa akan mati, walau pundepan kita ada mayat yg sedang dimandikan atau diusungkan.... Walau pun diqubur,hati kita tetap lalai drp ingat mati... Aduhai....
Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Walloohu A'lam. Wassalaamu'alaikumwrb. Alfaqiiru ilallooh
MUFRODAAT :
[1] TA'ATTOFA 'ALAIHI : menaruh iba, kasihan. [2] MUTA'ATTIF : seorang ygmenaruh iba (seorang yg mempunyai kasihan belas).
[3] DHO'IIF : yg lemah, org yg lemah , kj : DHI'AAF, DHU'AFAA`, DHO'FAH,