Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
Pada suatu masa dahulu,ada seorg permpuan yg tidak berhenti2 tawaf mengelilingi Kaabah. Jalannya tunduk dan perlahan,wajahnya kelihatan sgt tenang,manakala mulutnya sentiasa memuji-muji Allah.
Ada srg pemuda yg memerhati keadaan wanita itu.Dia merasa amat kagum kerana dia sendiripun brs letih utk tawaf tidak berhenti2.Dia pun menghampiri wanita itu dan bertanya; “Maafkan aku puan,krn ingin bertanya sesuatu.Apa sebabnya puan tidak berhenti2 bertawaf? Dan wajah puan sungguh tenang sekali.”
Kerana pemuda itu bertanya berkali2,wanita itu pun menjawab.”Sebenarnya aku ialah seorang yg amat malang.Aku dulu mempunyai suami dan 4 org anak. Tetapi semuanya sudah tiada, dijemput Allah kembali kepada-Nya. Ia berlaku pada suatu Hari Raya Korban, suamiku telah menyembelih kambing dan perbuatannya itu diperhatikan oleh anakku Faisal yg belum begitu cerdik.”
“Suatu hari, ketika berman-main dgn adiknya, anakku telah membaringkan adiknya dan disembelihnya sebagaimana ayahnya menyembelih kambing. Memancut-mancut darah adiknya yg menjerit kesakitan. Dia jadi takut, lalu lari sekuat-kuat hati ke padang pasir dan meninggalkan adiknya yg hampir mati itu. Suamiku, dlm keadaan kelam-kabut itu mengejar Faisal untuk menyelamatkannya. Sampai sekarang, kedua-dua mrk tidak pulang2. Aku yakin mrk sudah mati di pdg pasir yg kering kontang itu.”
“Suatu hari, krn perasaan begitu sedih sekali, aku membiarkan anak kecilku merangkak-rangkak bermain sendiri. Rupa-rupanya dia merangkak ke dapur dan mencapai bekas air panas yg menggelegak. Tertumpahlah air itu ke badannya. Menjerit melolonglah ank kecil itu sehingga dia meninggal dunia. Aku hampir-hampir gila.”
“ Rupa-rupanya ujian aku belum habis lagi. Anak perempuan sulung aku pulang menziarahi adiknya yg sudah meninggal dunia. Kerana terlalu sedih dan terperanjat melihat keadaannya, dia jatuh pengsan dan mati.”
“Alangkah sedihnya. Hati aku begitu hancur, fikiranku sudah tidak menentu. Hidup tadak ada erti lagi buatku. Antara keinginan untuk mati dan hidup, aku bawa hatiku ke sini, mengadu kepada Allah akan beban yg sgt berat aku rasakan.
Alhamdulillah, skrg aku tenang. Aku sudah boleh menerima kenyataan dan memahami maksud tujuan ALLAH memberi aku ujian yg sebegitu rupa. Sekarang, hidup aku semata-mata untuk ALLAH dan melakukan seberapa byk kebaikan.”
“Saudara, ujian hidup ini pelbagai bentuknya dan tak dapat kita elakkan. Kalau tiada iman, manusia pasti karam dan tenggelam serta mati lemas di dlmnya.”
Wanita itu kemudian pergi meneruskan ibadahnya,meninggalkan lelaki itu menyapu air mata kesedihan.
*Bagaimana Mencari Iman, Ustazah Nadia Ismail*
citer katun itu bes,tak caya,pi lah nengok.tapi,sesungguhnyer pecaye itu lebih baik...
Diskusi