: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
... sambungan Episod 1/7:Al-Quran Sebagai Sumber Inspirasi dalam...........
SEDIKIT TENTANG AL-QUR’AN
Ayat-ayat al- Qur’an telah diwahyukan kepada Nabi
Muhammad s.a.w secara beransur-ansur dalam kumpulan
atau beberapa rangkaian beberapa ayat dalam tempoh 23
tahun. Setiap kali Nabi Muhammad s.a.w menerima
ayat-ayat tersebut, Baginda akan menyampaikannya
kepada para sahabat. Sesetengah sahabat merakamkan
ayat tersebut dengan menulisnya pada pelepah-pelepah
tamar, belulang, kepingan batu yang nipis dan
bahan-bahan lain. Kebanyakan sahabat lebih menekankan
kepada penghafalan ayat tersebut. Oleh yang demikian,
semasa nabi Muhammad s.a.w masih hidup dan selepas
baginda wafat, terdapat ramai sahabat yang
dikategorikan sebagai qurra (mereka yang hafaz 30
juzuk al- Qur’an dan menghayati al- Qur’an).
Pengumpulan ayat-ayat al- Qur’an, telah dibuat pada
zaman pemerintahan khalifah yang pertama, iaitu Abu
Bakar al-Siddiq, berikutan dengan kematian ahli qurra
yang agak ramai dalam peperangan Yamamah. Tugas
pengumpulan ini telah diamanahkan kepada Zaid ibn
Thabit. Setelah menyempurnakan tugas mengumpul dan
menulis dengan begitu teliti, Zaid telah menyerahkan
salinan al- Qur’an kepada Abu Bakar. Salinan tersebut
disimpan oleh Abu Bakar hingga beliau wafat. Kemudian,
salinan itu disimpan oleh Umar al-Khattab, Khalifah
yang kedua. Apa bila beliau wafat, salinan tersebut
disimpan oleh Hafsah anak Umar yang juga merupakan
isteri Rasulullah s.a.w.
Semasa Uthman ibn Affan (khalifah ketiga) memerintah,
masalah sebutan yang berbeza bagi tulisan yang sama
telah timbul. Beliau meminta Hafsah menghantar salinan
yang ada padanya, sebagai panduan untuk mengeluarkan
salinan al- Qur’an yang diseragamkan sebutannya.
Beliau juga mengarahkan, supaya sebutan dibuat dalam
dialek Quraisy (dialek percakapan Rasulullah s.a.w).
Bentuk al- Qur’an yang dihasilkan ini dinamakan Rasam
‘Uthmani dan inilah bentuk yang ada dan digunakan
hingga hari ini.
Susunan kandungan al- Qur’an tidak dibuat mengikut
kronologi. Beberapa ayat yang digabungkan untuk
menjadikan satu surah. Terdapat 114 surah di dalam al-
Qur’an. Susunan ayat dalam sesuatu surah, dan susunan
surah dalam al- Qur’an telah ditentukan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. surah yang paling pendek iaitu surah
al-Kauthar, dan surah yang paling panjang iaitu surah
al-Baqarah yang mengandungi 286 ayat. Ayat-ayat yang
terdapat di dalam sesuatu surah, tidak semestinya
wahyu yang diturunkan pada waktu atau tempat yang
sama. Biasanya setiap surah dikategorikan sebagai,
sama ada surah Makkiah (yang diturunkan di Makkah)
atau surah Madaniyah (yang diturunkan di Madinah).
Selain membahagikan ayat kepada beberapa surah, al-
Qur’an juga dibahagikan kepada 30 juz. Pembahagian
kepada 30 juz adalah hasil usaha al-Hajjaj.
Pembahagian kepada tujuh manazil juga dilakukan.
Pembahagian kepada juz dan manazil adalah untuk
memudahkan mereka, yang hendak menghabiskan pembacaan
al- Qur’an dalam tempoh sebulan atau seminggu.
Bersambung.......
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."