Risalah Fikir (284) Dipukul Orang Ramai Kerana Beramar Ma'ruuf Sehingga Jatuh Pingsan

Mari berkenalan dengan Kurz bin Wabroh rahimahullah...

Berasal dari Kufah, tinggal di Jurjaan. Muhammad bin Fudhoil bin Ghazwaan rahimahullah, daripada ayahnya, telah berkata (mafhuumnya): "Daku telah masuk ke rumah Kurz bin Wabroh rahimahullah, terdapat di sisi musollanya sebuah hufairoh/hafiiroh yang mana sesungguhnya beliau telah mengisikannya dengan tibn (jerami), dan beliau telah membentangkan sehelai pakaian/kisaa' di atas jerami itu (di mana beliau menggunakannya) untuk tuulul-qiyaam (berdiri solat lama dan panjang), dan adalah beliau rahimahullah membaca Al-Qur'an dalam sehari semalam sebanyak tiga kali (khotam/tamat).

Telah memberitahu Muhammad bin Fudhoil rahimahullah, dari ayahnya, atau dari dirinya sendiri, katanya (mafhuumnya): "Adalah Kurz rahimahullah telah keluar, lalu beliau rahimahullah menjalankan amar ma'ruuf, maka orang ramai pun terus memukul-mukul akan beliau rahimahullah sehingga beliau rahimahullah jatuh pingsan ('aqiibat dari pukulan itu)!!!"

Begitulah kira-kiranya terjemahan kasar dari Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy rahimahullah, mujallad 3, halaman 120.

Begitulah kegigihan yang ada pada tokoh kita itu....

Bayangkan.... tiga kali tamat Al-Qur'an dalam sehari semalam!!!

Kalau seminggu bermakna kira-kira 21 kali tamat!

Kalau sebulan (katakan 30 hari), bermakna kira-kira 90 kali tamat!

Kalau setahun (katakan 365 hari), bermakna kira-kira 1095 kali tamat!

Kalau 10 tahun? 20 tahun? 30 tahun?!!

SUBHAANALLAH!!! ALHAMDULILLAH!! ALLAHU AKBAR!!

Begitulah keadaannya bilamana limpahan taufiq dari Allah SWT telah datang kepada seseorang. Bagaimana pula dengan kekerapan kita dalam membaca dan mengkhatamkan Al-Qur'an? Setahun sekali? Setahun dua kali? Atau bagaimana....? Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar....

Dan di tengah-tengah kegigihan membaca Al-Qur'an itu, disusuli pula dengan kegigihan dalam menjalankan amar ma'ruuf.....!! Sehingga dipukul-pukul oleh orang ramai dan jatuh pingsan! Sehubungan dengan kegigihan Kurz bin Wabroh rahimahullah ini, saya teringatkan penjelasan Uwais Al-Qoronii rahimahullah. Iaitu:

Tegas Uwais Al-Qoronii rahimahullah: "Sesungguhnya maut itu dan zikrul maut (ingat mati) itu telah tidak membiarkan seseorang mu'min itu berada dalam keadaan gembira atau suka ria (farohan). Dan sesungguhnya hak Allah SWT pada harta Muslim itu telah tidak membiarkan baginya daripada hartanya itu sebagai perak dan tidak juga sebagai emas. Dan sesungguhnya amalan amar ma'ruuf (menyuruh berbuat baik) dan nahi mungkar (mencegah kemungkaran) itu telah tidak membiarkan bagi mu'min itu seorang kawan pun. Kita menyuruh mereka berbuat baik/ma'ruuf lalu mereka pula merasa gembira (kiranya) bencana menimpa tubuh badan dan kehormatan (a'roodh) kita. Kalau begitulah sifat mereka, tentulah mereka dapati bahawa mereka menjadi pembantu-pembantu (a'waan) daripada golongan faasiqiin (orang-orang faasiq), sehingga demi Allah sesungguhnya mereka telah melemparkan/mengenakan terhadapku dengan pelbagai bencana/kerumitan/kesukaran ('azooim), dan demi Allah aku tidak akan meninggalkan amalan untuk bangun/bangkit kerana Allah SWT di tengah-tengah mereka dengan haq-Nya."

Begitulah petikannya/salinannya. Jelas sekali bila seseorang itu mula bangkit untuk menjalankan amar ma'ruuf (dan nahi mungkar) di tengah-tengah masyarakat/ummat, maka bermulalah rintangan demi rintangan yang bakal dihadapi! Pendek kata kalau tak sanggup menghadapi segala ujian/rintangan itu, bermakna tak dapatlah kita nak tegakkan kebenaran...... Dan hanya kepada Allah SWT kita mohonkan taufiq agar kita semua dan zuriat-zuriat kita dipilih oleh Allah SWT sebagai termasuk mereka yang gigih dalam beramar ma'ruuf (dan bernahi mungkar)!!!

ALLAHUMA, IJ'AL-NAA MINAS-SOOLIHIINAL-MUSLIHIIN!! YA ALLAH, JADIKANLAH KAMI SEBAGAI TERMASUK GOLONGAN SOOLIHIIN LAGI MUSLIHIIN!!

Wallahu A'lam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar... Wassalaamu'alaikum wrb., Alfaqiiru ilallah.

Mari berkenalan dgn KURZ BIN WABROH roh.a.......

Berasal dari Kufah. Tinggal di Jurjaan. Muhammad bin Fudhoil bin Ghazwaanroh.a., daripada ayahnya, telah berkata (mafhuumnya) : Daku telah masuk (pergi)ke rumah Kurz bin Wabroh roh.a., terdapat disisi musollaa-nya sebuah hufairoh/hafiirohyg mana sesungguhnya beliau telah mengisikannya dengan tibn (jerami), dan beliautelah membentangkan sehelai pakaian/kisaa` di atas jerami itu (dimana beliaumenggunakannya) untuk tuulul-qiyaam (berdiri solat lama2 dan panjang2), DANADALAH BELIAU ROH.A. MEMBACA AL-QURAAN DALAM SEHARI SEMALAM SEBANYAK TIGA KALI (KHOTAM/TAMAT).

Telah memberitahu Muhammad bin Fudhoil roh.a., drp ayahnya, atau drp dirinyasendiri, katanya (mafhuumnya) : ADALAH KURZ ROH.A. TELAH KELUAR, (LALU) BELIAUROH.A. MENJALANKAN AMAR MA'RUUF, MAKA ORANG- RAMAI PUN TERUS MEMUKUL-MUKUL AKANBELIAU ROH.A. SEHINGGAKAN BELIAU ROH.A. JATUH PINGSAN ('AQIIBAT DRP PUKULAN ITU)!!!

Begitulah kira2nya terjemahan kasar drp Sifah As-Sofwah, susunan Al- ImaamAl-'Aalim Jamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 3, halaman120.

Begitulah kegigihan2 yg ada pada tokoh kita itu....

Bayangkan.... 3 kali tamat Al-Quraan dalam sehari semalam !!!

Kalau seminggu berma'na kira2 21 kali tamat !

Kalau sebulan (katakan 30 hari),berma'na kira2 90 kali tamat !

Kalau setahun (katakan 365 hari),berma'na kira2 1095 kali tamat !

Kalau 10 tahun ? 20 tahun ? 30 tahun ? !!

SUBHAANALLOOH !!! ALHAMDULILLAAH !! ALLOOHU AKBAR !! Begitulah keadaannyabilamana limpahan taufiiq drp Allooh swt telah datang kepada seseorang.Bagaimana pula dgn kekerapan kita dalam membaca dan mengkhotamkan Al- Quraan ?Setahun sekali ? Setahun 2 kali ? Atau bagaimana ....? Semoga kita sama2mengambil i'tibaar....

Dan ditengah2 kegigihan membaca Al-Quraan itu,disusuli pula dgn kegigihanDALAM MENJALANKAN AMAR MA'RUUF .....!! Sehingga dipukul2 oleh orangramai danjatuh pingsan ! Sehubungan dengan kegigihan Kurz bin Wabroh roh.a. ini, sayateringatkan penjelasan Uwais Al-QORONIIY roh.a. (dalam RF 159 yg lalu dandisalinkan semula dibawah ini sebahagiannya). Iaitu :

Terang Uwais Al-Qoroniyy roh.a. (mafhuumnya)

".....SESUNGGUHNYA MAUT ITU DAN ZIKRUL MAUT (INGAT MATI) ITU TELAH TIDAKMEBIARKAN SESEORANG MU`MIN ITU BERADA DALAM KEADAAN GEMBIRA ATAU SUKA RIA (FAROHAN).DAN SESUNGGUHNYA HAQ ALLAAH SWT PADA HARTA MUSLIM ITU TELAH TIDAK MEMBIARKANBAGINYA DARIPADA HARTANYA ITU SEBAGAI PERAK DAN TIDAK JUGA SEBAGAI EMAS. DANSESUNGGUHNYA 'AMALAN AMAR MA'RUUF (MENYURUH BERBUAT BAIK) DAN NAHI MUNGKAR (MENCEGAHKEMUNGKARAN) ITU TELAH TIDAK MEMBIARKAN BAGI MU`MIN ITU SEORANG KAWAN PUN, KITAMENYURUH MEREKA BERBUAT BAIK/MA'RUUF LALU MEREKA PULA MERASA GEMBIRA (KIRANYA)BENCANA2 MENIMPA TUBUH BADAN DAN KEHORMATAN (A'ROODH) KITA, (KALAU BEGITULAHSIFAT MEREKA) TENTULAH MEREKA DAPATI BAHAWA MEREKA MENJADI PEMBANTU2 (A'WAAN)DARIPADA GOLONGAN FAASIQIIN (ORANG2 FAASIQ), SEHINGGA DEMI ALLAAH SESUNGGUHNYAMEREKA TELAH MELEMPARKAN/MENGENAKAN TERHADAPKU DENGAN BERBAGAI2 BENCANA/KERUMITAN/KESUKARAN ('AZOOIM), DAN DEMI ALLAAH AKU TIDAK AKAN MENINGGALKAN 'AMALAN UNTUKBANGUN/BANGKIT KERANA ALLAAH SWT DI TENGAH2 MEREKA DENGAN DENGAN HAQNYA ".

Begitulah petikannya/salinannya. Jelas sekali bila seseorang itu mulaibangkit untuk menjalankan amar ma'ruuf (dan nahi mungkar) ditengah2 masyarakat/ummat,maka bermulalah rintangan demi rintangan yg bakal dihadapi ! Pendekata kalau taksanggup menghadapi segala ujian/rintangan itu, berma'na tak dapatlah kita naktegakkan kebenaran ...... Dan hanya kepada Allooh swt kita mohonkan taufiiq agarkita semua dan zuriat2 kita dipilih oleh Allooh swt sebagai termasuk mereka yggigih dalam beramar ma'ruuf (dan bernahi mungkar) !!!

ALLOOHUMA, IJ'AL-NAA MINAS-SOOLIHIINAL-MUSLIHIIN !! YA ALLOOH, JADIKANLAHKAMI SEBAGAI TERMASUK GOLONGAN SOOLIHIIN LAGI MUSLIHIIN !!

Wallooohu A'lam. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Wassalaamu'alaikumwrb., Alfaqiiru ilallooh.

MUFRODAAT :

[1] TIBN/TIBNUN : jerami, (tunggal/satu : TIBNAH).

[2] TABIN,FATIN : yg 'arif, pandai.

[3] TUBBAAN : cawat, celana/seluar pendek, SAROOWIIL SOGHIIROH.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my