Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
Rasa kasih dan sayang pada negara tanah kelahiran dan tanah tempat kita membesar dan seterusnya tempat untuk kita taburkan jasa merupakan suatu perasaan mulia yang perlu ada pada setiap diri kita. Rasulullah s.a.w sendiri walau pun terpaksa berhijrah ke Madinah Munawwarah atas arahan wahyu Allah namun perasaan cintakan negara asal baginda iaitu Mekah tetap tersemat dalam hati.Perasaan cintakan negara tidak hanya cukup sekadar diucapkan dibibir tetapi mesti disertakan dengan pelbagai pengorbanan setakat kemampuan yang ada serta mestilah selari dengan garisan yang telah ditetapkan oleh syarak. Ramai yang mampu berkata bahawa dia pejuang negara sedangkan segala tingkah lakunya banyak membayangkan bahawa dia adalah pengkhianat negara. Perasaan cintakan negara tidak boleh melebihi kecintaan kita kepada Allah dan rasulNya sebaliknya ianya mestilah sentiasa mengikut perintah yang telah ditetapkan melalui al-Quran dan hadis nabi. Segala perjuangan walau pun atas dakwaan untuk negara jika ia lari daripada landasan syarak maka dengan sendirinya ia bukan lagi dianggap betul dan hak.
Pemimpin yang jahil sentiasa melaungkan bahawa segala projek mega yang dibuat bertujuan untuk kemakmuran negara sedangkan mereka menyembunyikan fakta yang sebenar iaitu untuk mengaut keuntungan daripada projek yang dibina sehingga amanah rakyat diketepikan malah negara dibebani dengan hutang belum termasuk faedah yang begitu tinggi sejajar dengan tingginya bangunan serta masalah sosial yang semakin besar selari dengan besarnya bangunan yang dibina. Jurang antara si kaya dan si miskin semakin jelas sama jelas dengan perbezaan antara menara yang tinggi dengan rumah setinggan yang berdiri.Pemimpin yang berdusta sentiasa mengutarakan tentang kemajuan material yang dibina sedangkan mereka menutup mata melihat masih ramai rakyat yang menderita di mana keringat dan wang mereka dikikis bermula daripada dia lahir sehingga dia sakit tua kerana hospital mula diswastakan atas alasan mahu memperbaiki mutu perkhidmatan. Tiada lagi erti kebajikan dalam kehidupan di mana semuanya ditimbangkan berdasarkan siapa yang berwang maka dia mampu hidup senang dan siapa yang papa maka dia akan dibiar hidup menderita.Negara hanya dipenuhi dengan pemimpin tamak haloba yang hanya tahu memaksa rakyat tunduk kepada mereka setiap masa walau pun pemimpin jelas melawan Allah dan rasulNya. Rakyat yang dilahirkan oleh pemimpin ini tidak lebih daripada sampah masyarakat yang menambah masalah negara bukannya membina jatidiri yang tinggi dalam diri rakyat sehingga negara mampu berbangga kerana adanya pejuang yang ikhlas berjuang kerana Allah dalam mengawal keamanan dan keharmonian negara.
Pemimpin yang sebenarnya berjuang untuk menjaga kestabilan dan keamanan negara ialah mereka yang sentiasa mengikut apa yang disuruh oleh Allah dan rasulNya serta menjauhi segala tegahan keduanya dalam memakmurkan negara bukannya pemimpin yang hanya hebat berbicara bahawa dia pejuang bangsa sedangkan merekalah yang melakukan kerosakan dalam negara dengan pelbagai keganasan sehingga undang-undang yang diciptanya sendiri turut dilanggarnya tanpa rasa bersalah. Pemimpin negara yang adil ialah mereka yang sentiasa mengakui kesilapan serta berusaha membetulkannya bukannya pemimpin yang hanya tahu mengguna media yang dikuasai dalam mengajak rakyat untuk membenarkan suatu yang salah dan batil serta menyalahkan suatu yang hak dan betul. Pemimpin yang berjuang untuk negara sentiasa meletakkan hkum yang tertinggi adalah hukum Allah bukannya perundangan ciptaan manusia. Kegagalan sistem ciptaan manusia telah menghancurkan pembinaan sakhsiah dalam diri rakyat jelata kerana pemimpin itu sendiri telah dirosakkan oleh syaitan penggoda sehingga mereka menganggap bahawa hukum Allah sudah ketinggalan zaman dan tidak bersesuaian dilaksanakan dalam sebuah masyarakat majmuk.Mereka secara terang-terangan meletakkan Allah bersifat sebagaimana makhluk iaitu lemah kerana tidak bijak mencipta undang-undang yang bersesuaian dengan setiap zaman dan bodoh kerana menjadikan masyakat negara ini majmuk sehingga sukar mahu melaksanakan hukuman Islam.Adakah pemimpin semacam ini layak memerintah negara dan layak untuk melaungkan bahawa mereka adalah pejuang negara. Tanpa rasa ragu maka kita menjawab bahawa mereka tidak layak memimpin kita dan mereka perlu bertaubat segera serta berhenti daripada mengkhianati amanah agama dan negara.
Pemimpin yang ikhlas kerana Allah dalam menjaga negara sentiasa menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaiknya dan telus. Hanya pemimpin yang mengkhianati amanah yang sanggup menggadai negara demi kepentingan diri serta menutup sebarang pintu untuk menasihati dan menegurnya dengan kekerasan sehingga setiap tindak tanduknya merupakan suatu yang tidak boleh lagi disanggah walau pun begitu jelas penyelewengannya. Pengkritik yang bangun mengur dianggap pelampau dan pengganas sedangkan pengampu yang banyak menggangguk segala yang dikatakan didakwa sebagai warga yang mulia.Ilmu dengan suluhan wahyu dapat membuka minda kita dalam membezakan antara pejuang dengan petualang negara, antara perwira dengan penderhaka. Perbezaannya cukup ketara tetapi apabila diri dibelenggu kejahilan atau diri dikuasai nafsu yang menggila maka yang putih dikatakan hitam dan yang hitam dikatakan putih. Dunia menjadi terbalik, hujan naik ke langit kerana manusia perosak menjadi pemimpin manakala orang soleh diketepikan.
Wassalammm...
-AlAsyqar-
>>apalah erti cinta tanpa pengorbanan<<
Diskusi