Kera Dan Penjual Arak

Oleh RayyanRizqi
2002-09-01 16:07:00

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya ada seorang lelaki yang menjual arak dalam kapal. Dia telah mencampur arak dengan air yang mana ada bersamanya seekor kera. Ia(kera) telah mengambil bungkusan(duit) maka ia memanjat batang layar. Maka ia telah membuang sebahagian duit dalam laut dan sebahagian dalam kapal sehingga menjadikan duit itu terbahagi dua.- Hadis Marfu' tetapi jadi sohih kerana didatangkan dengan banyak jalan isnadnya-


Ringkasan Cerita

Kisah ini menceritakan bagaimana ada seekor kera yang mengikut seorang penjual yang menipu dengan mencampurkan antara arak dan air. Pada suatu hari kera itu telah mengambil duit hasil penjualan arak tersebut. Ia telah membawa duit itu ke atas batang layar dan membahagikannya dengan pembahagian yang adil. Ia telah melontar sebahagian duit dalam laut dan sebahagian yang lain dalam kapal sehingga terbahagi duit kepada dua. Harta yang mana hasil daripada nilai air yang dicampur dalam arak telah tenggelam dalam laut manakala harta yang terus kekal ialah harta jualan arak yang sebenar. Perlu diberi perhatian bersama yang mana arak pada masa pemuda ini belum diharamkan lagi oleh Islam.

Hadis juga menunjukkan kepada kita bagaimana harta daripada hasil yang haram akan dimusnahkan yang mana diantara sebabnya kerana penipuan dalam perniagaan. Mereka mencampur antara yang baik dan rosak atau mencampur antara sesuatu yang berharga dengan perkara yang tidak berharga atau kurang nilainya. Ini termasuk mencampur air dan susu, minyak petrol dan minyak tanah dan sebagainya. Mereka makan harta dengan batil dan harta yang diambil merupakan harta haram yang akan dihitungkan oleh Allah.

Sebenarnya pada binatang itu ada rahsia yang tersembunyi yang mana kita tidak mengetahuinya melainkan sedikit. Antaranya apa yang dilakukan oleh kera dalam kisah ini. Ini mengingatkan kita juga supaya jangan melakukan penipuan dalam berniaga

.


FAEDAH

1. Amaran kepada kita supaya jangan mencampur sesuatu dengan tujuan menipu demi mencari keuntungan yang besar hasil daripada penipuan yang dibuat.Harta yang diperolehi hasil penipuan kadang-kadang dimusnahkan oleh Allah di dunia lagi.

2. Perkara yang pelik tentang perbuatan kera ini yang membezakan antara yang halal dan haram.

3. Arak tidak diharamkan lagi pada masa pemuda ini yang mana kita tahu bahawa pada mulanya arak masih halal di Madinah kemudian ia menjadi sesuatu yang dibenci tetapi tidak haram lagi. Selepas itu diharamkan meminumnya sebelum solat disamping tidak diharam menjualnya. Akhirnya barulah arak diharam meminumnya.

4. Telah wujudnya kapal dan duit bercetak semenjak dahulu lagi.



"maka , nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan"

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my