Risalah Fikir (261) Begitu Mudah Tergelincir Murtad

Berikut adalah terjemahan kasar daripada kitab Bughyatul-Mustarsyidiin, susunan As-Sayyid Abdurrahman bin Muhammad bin Husain bin Umar rahimahullah, semoga ilmunya dimanfaatkan bersama oleh kita semua hari ini. (Beliau adalah salah seorang daripada mufti Hadhramaut yang terkenal suatu masa dulu), halaman 248, mafhumnya kira-kira:

....ATAU SEKIRANYA DIKATAKAN KEPADANYA (YA'NII KEPADA SESEORANG): "UHDHUR MAJLIS AL-`ILMI!" [pengertiannya kira-kira: "HADHIRLAH ATAU DATANGLAH KE MAJLIS ILMU WAHAI SAUDARA!"] LALU DIJAWABNYA (ATAU DIBALASNYA): "MA HAADZAA BISYAI-IN!" [pengertiannya kira-kira: "BUKAN ADA PUN MAJLIS TU!"] ATAU LALU DIJAWABNYA (ATAU DIBALASNYA): "QOS'ATU MIN THARIIDIN KHOIRUN MINAL-`ILMI!" [pengertiannya kira-kira: "SEMANGKUK THARIID ITU LEBIH BAIK DARIPADA ILMU!"]. MAKA KETIKA ITU BERLAKULAH KE ATASNYA (IAITU KE ATAS SI YANG MENJAWAB TADI) HUKUM-HUKUM MURTAD (HUKUM-HUKUM ORANG YANG MURTAD / AHKAAMUL-MURTADDIIN) YANG TERTDIRI DARIPADA ISTITAABAH DAN LAIN-LAINYA.

Begitulah kira-kira terjemahan kasarnya. Kepada yang bisa berbahasa Arab, diharapkan langsung merujuk kepada kitab berkenaan.

Ya, begitu mudah tergelincir ke dalam kancah kemurtadan! (Na'udzubillah min dzaalik!) Dengan sedikit jawapan sahaja bila diseru atau diajak untuk menghadiri majlis ilmu, sudah bisa jatuh ke dalam kancah murtad....! Lantaran itu, bila kita diseru atau diajak kepada sesuatu kebaikan, janganlah kita menunjukkan sifat yang tidak sewajarnya, dikhuatiri dengan sepatah dua jawapan kita itu akan membawa padah! Dan kadangkala mengambil sikap diam itu lebih selamat daripada menjawab, apa lagi kalau kita menafikan kebaikan yang diajaknya itu! Lantaran itu, si yang mengajak (ya'nii penda'wah, penyeru, muballigh, pemidato, penceramah, mubayyin, mutakallim, penjemput, penasihat, penyampai, dsbnya) tersangatlah perlu berhati-hati agar si yang diseru atau si yang diajak atau si yang mendengar atau si yang dinasihati itu atau si yang dijemput itu (dsbnya) tidak terjerumus ke dalam kancah kebinasaan tersebut. Ini bukanlah bermakna teguran dan nasihat tidak perlu diberikan; tugas ini mesti dilakukan. Tinggal lagi berusahalah sebaik mungkin agar pihak yang kena seru atau kena ajak atau yang kena dinasihati (dsbnya) itu tidak terjerumus.

[Peringatan Khas: Sehubungan dengan perkara ini, ana ada sedikit pandangan/nasihat/peringatan khas buat saudara-saudara kita dalam Jama'ah Tabligh (atau mana-mana jamaa'ah/individu pun jika berkenaan dan sudah tentulah buat diri ana juga terutamanya). Terutamanya ketika antum (atau kita) sedang membuat kunjungan dari rumah ke rumah atau bilik ke bilik atau dari satu kelompok ke kelompok yang lain atau malah daripada seorang individu ke individu yang lain (berjaulah/gasyt/berziarah/bersilaturrahmi kata sahabat-sahabat kita Indonesia/dsbnya), sama ada semasa kunjungan itu secara umum/umumiyy ataupun secara khususus/khusuusiyy, secara rasmi atau pun tidak rasmi, secara infiroodhiyy (sendirian) atau secara ijtimaa'iyy (dalam bentuk jamaa'ah atau beramai-ramai). Khasnya buat mutakallim (si yang bercakap), supaya berbicara dengan lemah lembut dan penuh hikmah, penuh kasih sayang agar si yang dikunjungi itu (si pendengar) tidak tersasul mengeluarkan kata-kata yang tidak manis bila mendengar perbicaraan atau seruan daripada saudara mutakallim itu. Ini adalah semata-mata kerana atas sifat kasih sayang kita kerana Allah SWT terhadap mereka yang dikunjungi agar mereka tidak terjebak kepada ancaman di atas gara-gara kelemahan dan kekurangan yang memang pasti ada pada diri kita (terutama diri ana sendiri). Ini hanyalah suatu peringatan buat kita bersama. Dan ana pasti bahawa setiap jamaa'ah yang telah dibentuk untuk dihantar ke mana-mana sekalipun pastilah telah diberikan penerangan dan ta'limat dahulu mengenai perkara-perkara yang patut dan tidak patut dilakukan. Bagaimanapun, kesilapan dan keterlajakan daripada mana-mana individu atau jamaa'ah mungkin akan terjadi dan hanya kepada Allah SWT kita berdoa dan mengharapkan limpahan keampunan-Nya. Dan sudah semestinya setiap orang daripada kita mesti memasang niat untuk belajar, kerana insya-Allah bila niat ini sentiasa ada pada kita maka nusroh-Nya dan keampunan-Nya besarlah diharapkan. Dan mohon maaf jua banyak-banyak, lantaran telah terlanjur berbicara fasal ini (walhal siapalah ana.....memanglah ana tidak selayaknya untuk berbicara begini di depan antum yang telah banyak membuat pengorbanan untuk agama Allah SWT) dan janganlah dilupakan untuk menyelitkan (nama ana) dalam doa antum semua, lebih-lebih lagi ketika antum keluar bermujahadah di jalan Allah SWT. Selamat Berjuang!

Akhir kata, terlajak perahu bisa dikayuh... Terlajak perkataan (jika seperti dalam petikan/terjemahan di atas) murtadlah padahnya! (Na'udzubillah min dzaalik!!!)

Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar... Wallahu A'lam. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alfaqiiru ilallah.

Mufrodaat / Vocable:

  • [1] THARIID: roti hancur/remuk yang direndamkan dalam kuah, THARIIDAH.
  • [2] QOS'AH / QOS'ATUN MIN THARIID: semangkuk thariid.

Berikut adalah terjemahan kasar drp kitab Bughyatul-Mustarsyidiin, susunan As-Sayyid`Abdurrohmaan bin Muhammad bin Husain bin `Umar roh.a., semoga `ilmunya dimunafa'atibersama oleh kita semua hari ini,(beliau adalah salah seorang drp mufti Hadhromaut yangternama suatu masa dulu), halaman 248, mafhuumnya kira2 :

....ATAU SEKIRANYA DIKATAKAN KEPADANYA (YA'NII KEPADA SESEORANG): "UHDHURMAJLISAL-`ILMI !"[pengertiannya kira2 : "HADHIRLAH ATAU DATANGLAH KE MAJLIS`ILMU WAHAI SAUDARA!"]. LALU DIJAWABNYA (ATAU DIBALASNYA) : "MA HAADZAA BISYAI-IN !" [pengertiannya kira2 : "BUKAN ADA PUN MAJLIS TU ! " . ATAU LALUDIJAWABNYA (ATAU DIBALASNYA) : "QOS'ATU MIN THARIIDIN KHOIRUN MINAL-`ILMI !"[pengertiannya kira2 : "SEMANGKUK THARIID ITU LEBIH BAIK DARIPADA `ILMU ! "],MAKA KETIKA ITU BERLAKULAH KE ATASNYA (IAITU KE ATAS SI YANG MENJAWAB TADI) HUKUM-HUKUMMURTADDIIN ( HUKUM-HUKUM ORANG YG MURTAD / AHKAAMUL- MURTADDIIN) YANG (TERDIRI) DARIPADAISTITAABAH DAN LAIN-LAINYA.

Begitulah kira2 terjemahan kasarnya. Kepada yg bisa berbahsa `Arab, diharapkan langsungmeruju' kepada kitab berkenaan.

Ya, begitu mudah tergelincir ke dalam kancah kemurtadan ! (Na'uudzubillaahi min dzaalik!) Dengan sedikit jawapan sahaja bila diseru atau diajak untuk menghadhiri majlis `ilmu,sudah bisa jatuh ke dalam kancah murtad....! Lantaran itu bila kita diseru atau diajakkepada sesuatu kebaikan, janganlah kita menunjukkan sifat yang tidak sewajarnya,dikhuatiri dengan sepatah dua jawapan kita itu akan membawa padah ! Dan kadangkalamengambil sikap diam itu lebih selamat daripada menjawab, apa lagi kalau kita menafikankebaikan yang diajaknya itu ! Lantaran itu, si yang mengajak (ya'nii penda'wah, penyeru,muballigh, pemidato, penceramah, mubayyin, mutakallim, penjemput,penasihat,penyampai,....,dsbnya) tersangatlah perlu berhati-hati agar si yang diseru atausi yg diajak atau si yang mendengar atau si yg dinasihati itu atau si yg dijemput itu(dsbnya) tidak terjerumus ke dalam kancah kebinasaan tersebut. Ini bukanlah berma'nateguran dan nasihat tidak perlu diberikan, tugas ini mesti dilakukan, tinggal lagiberushalah sebaik mungkin agar pihak yg kena seru atau kena ajak atau yg kena dinasihati(dsbnya) itu tidak terjerumus.

[Peringatan Khas : Sehubungan dengan perkara ini ana ada sedikit pandangan / nasihat /peringatan khas buat saudara2 kita dalam Jamaa'ah Tabliigh (atau mana2 jamaa'ah / individupun jika berkenaan, dan sudah tentulah buat diri ana juga terutamanya). Terutamanya ketikaantum (atau kita) sedang membuat kunjungan dari rumah ke rumah atau bilik ke bilik ataudari satu kelompok ke kelompok yg lain atau malah daripada seorang individu ke individuyang lain (berjaulah / gasyt / berziarah / bersilaturrohmi kata sahabat2 kita Indonesia /dsbnya), sama ada semasa kunjungan itu secara `umum /'umumiyy atau pun secarakhusuus/khusuusiyy, secara rasmi atau pun tidak rasmi, secara infiroodhiyy (sendirian)atau secara ijtimaa'iyy (dalam bentuk jamaa'ah atau beramai2). Khasnya buat mutakallim (siyg bercakap), supaya berbicara dengan lemah lembut dan penuh hikmah, penuh kasih sayingagar si yang dikunjungi itu (sipendengar) tidak tersasul mengeluarkan kata2 yang tidakmanis bila mendengar perbicaraan atau seruan drp saudara mutakallim itu. Ini adalahsemata2 kerana atas sifat kasih sayang kita kerana Allooh swt terhadap mereka ygdikunjungi agar mereka tidak terjebak kepada ancaman di atas gara-gara kelemahan dankekurangan yg memang pasti ada pada diri kita (terutama diri ana sendiri). Ini hanyalahsuatu peringatan buat kita bersama. Dan ana pasti bahawa setiap jamaa'ah yang telahdibentuk untuk dihantar kemana2 sekalipun, pastilah telah diberikan penerangan danta'limaat dahulu mengenai perkara2 yg patut dan tidak patut dilakukan. Bagaimana pun,kesilapan dan keterlajakan daripada mana2 individu atau jamaa'ah mungkin akan terjadi danhanya kepada Allooh swt kita berdoa dan mengharapkan limpahan keampunanNya. Dan sudahsemestinyalah setiap orang daripada kita mesti memasang niat untuk belajar, keranainsyaAllooh bila niat ini sentiasa ada pada kita maka nusrohNya dan keampunanNya besarlahdiharapkan. Dan mohon ma'af jua banyak2, lantaran telah terlanjur berbicara fasal ini(walhal siapalah ana.....memanglah ana tidak selayaknya untuk berbicara begini didepanantum yang telah banyak membuat pengorbanan untuk agama Allooh swt) dan janganlahdilupakan untuk menyelitikan (nama ana) dalam do'a antum semua, lebih2 lagilah ketikaantum keluar bermujaahadah di jalan Allooh swt. Selamat Berjuang !]

Akhir kata, terlajak perahu bisa dikayuh.. Terlajak perkataan (jika seperti dalampetikan/terjemahan diatas) murtadlah padahnya ! [Na'uudzubillaahi min dzaalik !!!].

Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Walloohu A'lam. Wassalaamu'alaikum wrb.,Alfaqiiru ilallooh.

MUFRODAAT / VOCABLE :

[1] THARIID : roti hancur/remuk yg direndamkan dalam kuah, THARIIDAH.
[2] QOS'AH /QOS'ATUN MIN THARIID : semangkuk thariid.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my