Kenduri Kahwin Yang Mendatangkan Berkat

Oleh RayyanRizqi
2002-08-28 02:22:44

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Majlis perkahwinan boleh mendatangkan berkat apabila suasana yang mendatangkan keberkatan itu dijaga dengan baik.
Antaranya:

i. Tiada percampuran antara lelaki dengan perempuan. Tetamu yang hadir hendaklah diasingkan supaya tidak berlaku percampuran. Contohnya majlis akad nikah dibuat di masjid atau di surau- surau.

ii. Berkenduri jangan sampai membazir. Memadailah dengan apa yang termampu. Jangan hanya menjemput orang berada sedangkan si-miskin dilupakan. Nabi s.a.w. bersabda; "Sebusuk- busuk makanan ialah makanan perjamuan yang diundang orang kaya dan dibiarkan orang- miskin".

iii. Pasangan pengantin yang selesai diijabkabulkan, mereka disunatkan sujud syukur dan sembahyang sunat dua rakaat.

iv. Tuan rumah hendaklah memastikan tetamu yang hadir tidak meninggalkan sembahyang hanya kerana menghadiri majlis kendurinya. Sediakan satu ruang untuk mereka menunaikan sembahyang.

v. Majlis yang penuh keberkatan ini jangan pula dicemari dengan perkara- perkara maksiat seperti tari menari yang diiringi muzik kononnya untuk meraikan pengantin. Sebaik- baiknya meriahkanlah majlis perkahwinan itu dengan memuji kebesaran Allah S.W.T. dan Rasulullah s.a.w. contohnya; khatam al- Quran, berzanji, tahlil, marhaban, qasidah atau nasyid.

wallahualam.


"maka , nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan"

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my