Kembali bersama TM. Baru sekejap ana menerima email. Berikut adalah salinannya (tidak dipaparkan nama penanya):
Assalamu'alaikum Wr. Wb.
Saya pernah menerima email dari anda, kalau tidak salah mengenai penafsiran mimpi tentang pakaian... yang saya tanyakan, bagaimana jika seseorang bermimpi:
- mendapatkan ikan?
- melihat kotoran?
Wassalam.
Najaasah (Kotoran/Najis): Barangsiapa yang telah melihat najaasah dalam tidurnya (iaitu bermimpi melihat najis), sedangkan ia mempunyai suatu titipan (wadī'ah), amanah, atau suatu syahadah, atau ada hutang, ataupun selain daripada itu, dan belum lagi mengembalikannya (belum membayar semula), maka ini menunjukkan bahawa ia telah berdosa. Maka seandainya dia telah membasuh (mencuci/membersihkan) akan najaasah itu, maka ini bererti bahawa sesungguhnya muncul (timbul) daripada itu amanahnya. Dan sekiranya (dalam mimpi itu) dia tidak berwudhu tetapi dia telah beristinja' (iaitu membersihkan tempat keluarnya kotoran najis itu) dan membasuh (membersihkan) akan najaasah itu, maka sesungguhnya ini bererti bahawa dia keluar daripada suatu dosa atau kekal hutang ke atasnya, dan dia bersegera dalam menunaikan hajatnya serta menunaikan hutang dan amanahnya, atau mengembalikan titipannya, dan adalah hutang serta amanah di sisinya yang baki-baki lagi itu tanpa melakukan suatu dosa.
Begitulah terjemahan kasar daripada Ta'tīrul-An'ām Fī Ta'bīril-Manām, halaman 431. Kepada yang bisa berbahasa 'Arab, sila perbaiki terjemahan di atas.
Sehubungan dengan TM di atas, apakah kita sering bermimpi terkena najis (berlumur dengan najis dsbnya)? Dan apakah dalam mimpi itu kita juga sempat membersihkan najis itu atau tidak?
Rasa-rasanya ramai yang bermimpi terkena najis (atau bermain dengan najis, atau terpalit najis, dsbnya), tetapi tidak sempat untuk membersihkannya...!! [Jangan marah ya.... semoga TM ini juga menjadi salah satu bentuk muhasabah buat kita semua....]. Pendek kata, siapa yang makan cili, dialah yang merasa pedas..... Bagaimana kalau pedas selalu?!?
Wallahu A'lam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar.... Wassalamu'alaikum Wr. Wb., Alfaqiiru ilallāh.
Mufradaat:
- [1] Najaasah, Najas: najis, kotoran.
- [2] Najis, Najus (kj: Anjaas): yang najis, yang kotor.
- [3] Tanajjatha ath-Thawb: baju itu telah terkena najis.
- [4] Dā' Najis (Najis, Nājis): penyakit yang tidak dapat disembuhkan.
