Hati Tempat Jatuh Pandangan Tuhan

Oleh senja
2002-08-28 02:16:48

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51

Di zaman Nabi Musa a.s. ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri.. sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari.. dia terlihat Nabi Musa a.s. sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa a.s. Katanya "Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa a.s.. mudah mudahan ada juga berkatnya untuk aku.

Tetapi setelah difikirkannya semula.. dia tidak jadi melansungkan niatnya itu. Dia berkata "Aku ini pencuri.. manalah layak pencuri macam aku ini berjalan bersama seorang nabi. Sejurus kemudian dia terlihat pula seorang abid berlari lari anak mengejar Nabi Musa a.s. dari belakang. Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan dikenali orang. Si pencuri itu berkata di dalam hatinya "Baik aku berjalan bersama di abid ini. Moga moga ada juga baiknya untuk aku.

Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersamanya. Apabila ternampak sahaja si pencuri.. si abid terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata di dalam hatinya "Celaka aku! kalau si pencuri ini berjalan bersama aku.. takut takut nanti rosak segala kebaikan dan amalanku."

Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya kedua dua mereka sampai serempak kepada Nabi Musa a.s.

Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua "Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan kamu telah dimansuhkan oleh Allah. Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi. Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.

Rupa rupanya si pencuri itu.. walaupun kerjanya mencuri.. dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu.. setiap kali dia mencuri.. dia amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan.. keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan.

Si abid pula.. amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin ibadahnya akan dapat membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah.. dia rasa dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah.. dia rasa dirinya bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid ini mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah. Hingga dia rasa tidak layak bergaul.. inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan bersama para Nabi.

Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat akan amalan amalan lahir tetapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa di kalangan hamba hamba-Nya yang benar benar berjiwa hamba dan merasa bahawa Allah itu Tuhannya.



Maiz bin Malik telah datang kepada Rasulullah SAW sebanyak tiga kali.. meminta agar dia dihukum kerana berzina. Namun Rasulullah SAW menolaknya (untuk kepastian) sehinggalah dia datang pada kali ke tiga.. barulah Rasulullah memerintahkan dia dihukum rejam sampai mati. Rasulullah berkata "Dia telah bertaubat.. jikalau taubatnya dibahagi bahagikan di antara manusia.. nescaya cukup untuk mereka itu". - Riwayat Muslim dari Buraidah.



Antara sebab sebab mengapa doa tidak termakbul;

Dari Syaqiq al Balkhi berkata : "Adalah Ibrahim bin Adham (semoga Allah merahmatinya) berjalan di pasar Basrah.. maka dia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya : "Ya Abu Ishaq! Allah Ta'ala telah berfirman di dalam kitab suci-Nya : "Mintalah olehmu sekelian kepada-Ku nescaya Aku kabulkan."

Dan kami telah satu tahun berdoa dan belum dikabulkan!. Kata Ibrahim bin Adham (Abu Ishaq) : "Wahai penduduk Basrah.. hatimu sekelian telah tertutup oleh 10 perkara.. bagaimana doa kamu dapat dikabulkan?".

Kamu sekelian telah mengetahui Allah Ta'ala akan tetapi belum kamu tunaikan hak hak-Nya.

Kamu sekelian telah membaca al-Quran.. tetapi kamu belum melaksanakan isinya.

Kamu telah mengakui syaitan sebagai musuh.. akan tetapi kamu masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.

Kamu sekelian mengatakan bahawa kamu termasuk umat Nabi Muhammad s.a.w.. akan tetapi kamu tidak mengerjakan sunnahnya.

Kamu menyatakan diri akan masuk syurga.. akan tetapi kamu tidak mengerjakan apa apa yang akan membawamu ke syurga.

Kamu menyatakan dirimu selamat dari neraka.. akan tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.

Kamu telah menyatakan bahawa mati itu adalah yang pasti.. akan tetapi kamu tidak bersiap siap untuk menghadapi mati.

Kamu sekelian sibuk untuk meneliti aib atau cacat orang lain.. tetapi kamu tidak bercermin melihat aibmu sendiri.

Kamu sekelian telah makan dan merasa nikmat Tuhanmu.. akan tetapi kamu belum mahu bersyukur kepada-Nya.

Kamu sekelian telah menguburkan mayat mayat rakanmu.. akan tetapi tidak mengambil pelajaran dari mereka.

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar... meskipun ribuan mata tidak melihatnya ...

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my