Risalah Fikir (277) Kehebatan Syeikh-syeikh Dahulu

Ahmad bin Masruuq rohimahullah telah menerangkan (mafhuumnya):

Adalah ibuku, bila tiba sahaja hari Jumu'at, maka menangislah ia. (Ini adalah kerana) dia mengetahui bahawa aku tidak akan pulang daripada Al-Jumu'at melainkan dalam keadaan seorang yang 'aliil (sakit) sebagai 'aqibat daripada apa yang aku telah dengarkan daripada para syeikh / syuyukh. Dan adalah aku (setiap Jumu'at) melihat kepada syeikh-syeikhku, menerusi memandangnya aku kepada syeikh-syeikhku itu, maka aku telah mendapat kekuatan (yakni kekuatan kerohanian untuk ber'amal) daripada suatu Jumu'at ke Jumu'at yang lain.

Begitulah terjemahan kasar daripada Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imaam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy rohimahullah, mujallad 4, muka surat 128 dan 129.

Beberapa kesimpulan/pengajaran/i'tibaar/huraian/dsbnya...

  • [1] Hari Jumu'at nampaknya merupakan hari mencas kembali bateri iman dan amal buat Ahmad bin Masruuq rohimahullah (juga buat kita, insya-Allah ...). Kalau dapat dicaskan setiap hari, lagi bagus...
  • [2] Kesan daripada mendengar nasihat dan pengajaran daripada para syeikh / syuyukh, dan kesan daripada memandang mereka begitu tinggi sekali sehinggakan beliau rohimahullah pulang sebagai seorang yang kelihatan sakit. Begitulah kehebatan para syeikh / masyaa-ikh (guru-guru) suatu ketika dahulu dan begitulah lembutnya dan sucinya hati yang mendengar (iaitu Ahmad Masruuq rohimahullah) sehingga begitu menusuk di kalbu beliau sampai kelihatan sebagai seorang yang sakit. Kembali kita pada hari ini... Masih wujudkah lagi syeikh-syeikh yang sebegitu hebat? Masih wujudkah lagi hati yang sesuci dan selembut hati Ahmad Masruuq rohimahullah?
  • [3] Bila hari Jumu'at tiba, kita pun pergi solat Jumu'at juga, tapi adakah dengan kehadiran kita ke masjid itu bisa mencaskan bateri iman dan amal kita dengan mendengar nasihat para syeikh/ustaz/guru/dsbnya atau dengan menerusi melihat mereka? Atau memang suasana itu telah tiada? Atau memang ilmu semakin diangkat daripada bumi ini (mithalnya dengan kematian para 'ulamaa` / syeikh-syeikh)? Atau memang kalbu kita terlalu keras dan gelap sehingga walaupun kita mendengar nasihat-nasihat daripada syeikh-syeikh (guru-guru/ustaz-ustaz) dan walaupun kita memandang mereka tapi hati kita tidak bisa berubah (dalam kekerasan/kegelapan itu)? Atau bagaimana kata antum yang budiman?
  • [4] Suatu renungan... Di UTM ini begitu ramai tokoh-tokoh akademik ('ulamaa` akademiklah atau syeikh-syeikh akademiklah katakan...). Apakah dengan mendengar percakapan daripada 'ulamaa`/syeikh-syeikh akademik ini (atau dengan cara memandang mereka) hati kita (juga hati para pelajar) bisa hidup dan subur maju dari sudut keimanan dan kerohanian? Moga-moga begitulah.... atau bagaimana?
  • [5] Dengan ikhlas kita muhaasabahkan diri kita masing-masing... Sejauh manakah dan sekerap manakah usaha pencasan terhadap keimanan kita telah dilakukan? Atau memang tidak ada usaha pencasan? Atau bagaimana? Apa kata antum?

Wallahu A'lam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibaar... dan semoga tidak ada pihak yang tersinggung. Wassalaamu'alaikum wrb. Alfaqiiru ilallah.

Mufrodaat:

  • [1] 'Aliil, Mu'all, Ma'luul: yang sakit.

Ahmad bin Masruuq roh.a. telah menerangkan (mafhuumnya):

ADALAH IBUKU BILA TIBA SAJA HARI JUMU'AT MAKA MENANGISLAH IA.(INI ADALAH KERANA) DIAMENGETAHUI BAHAWA AKU TIDAK AKAN PULANG DARIPADA AL-JUMU'AT MELAINKAN DALAM KEADAANSEORANG YANG 'ALIIL (SAKIT) SEBAGAI 'AQIBAT DARIPADA APA YANG AKU TELAH DENGARKAN DARIPADAPARA SYEIKH /SYUYUUKH . DAN ADALAH AKU (SETIAP JUMU'AT) MELIHAT KEPADA SYEIKH-SYEIKH-KU,MENERUSI MEMANDANGNYA AKU KEPADA SYEIKH-SYEIKH-KU ITU MAKA MAKA AKU TELAH MENDAPATKEKUATAN (YA'NII KEKUATAN KERUHANIAN UNTUK BER'AMAL) DARIPADA SUATU JUMU'AT KE JUMU'ATYANG LAIN.

Begitulah terjemahan kasar, dari Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imaam Al- 'AalimJamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 4, muka surat 128 dan 129.

Beberapa kesimpulan/pengajaran/i'tibaar/huraian/dsbnya...

[1] Hari Jumu'at nampaknya merupakan hari mencas kembali Bateri Iman- Dan-Amal buatAhmad bin Masruuq roh.a. (juga buat kita insyaAllooh ...). Kalau dapat dicaskan setiaphari lagi bagus...

[2] Kesan daripada mendengar nasihat dan pengajaran drp para syeikh / syuyuukh, dankesan drp memandang mereka begitu tinggi sekali sehinggakan beliau roh.a. pulang sebagaiseorang yg kelihatan sakit. Begitulah kehebatan para syeikh / masyaa-ikh (guru2) suatuketika dulu dan begitulah lembutnya dan sucinya hati yg mendengar (iaitu Ahmad Masruuqroh.a.) sehinggakan begitu menusuk di kalbu beliau sampai2 kelihatan sebagai seorang ygsakit. Kembali kita pada hari ini... Masih wujudkah lagi syeikh-syeikh yg sebegitu hebat ?Masih wujudkah lagi hati yg sesuci dan selembut hati Ahmad Masruuq roh.a. ?

Bila hari Jumu'at tiba, kita pun pergi solat Jumu'at juga, tapi adakah dengankehadhiran kita ke masjid itu bisa mencaskan bateri iman-dan-'amal kita dgn mendengarnasihat para syeikh/ustaz/guru/dsbnya atau dgn menerusi melihat mereka ? Atau memangsuasana itu telah tidak ada ? Atau memang 'ilmu semakin diangkat drp bumi ini (mithalnyadgn kematian para 'ulamaa` / syeikh2) ? Atau memang kalbu kita terlalu keras dan gelapsehinggakan walau pun kita mendengar nasihat2 drp syeikh2 (guru2/ustaz2) dan walau punkita memandang mereka tapi hati kita tidak bisa berubah (dik kekerasan/kegelapan itu) ?Atau bagaimana kata antum yg budiman ?

[3] Suatu renungan... Di UTM ini begitu ramai tokoh2 akademik ('ulamaa` akademiklahatau syeikh2 akademiklah katakan...). Apakah dengan mendengar percakapan drp'ulamaa`/syeikh2 akademik ini (atau dengan cara memandang mereka) hati kita (juga hatipara pelajar) bisa hidup dan subur maju dari sudut keimanan dan keruhanian ? Moga2begitulah....atau bagaimana ?

[4] Dengan ikhlas kita muhaasabahkan diri kita masing2... Sejauh manakah dan sekerapmanakah usha pencasan terhadap keimanan kita telah dilakukan ? Atau memang tidak ada ushapencasan ? Atau bagaimana ? Apa kata antum

Waloohu A'lam Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... dan semoga tidak ada pihak ygtersinggung. Wassalaamu'alaikum wrb. Alfaqiiru ilallooh.

MUFRODAAT :

[1] 'ALIIL, MU'ALL, MA'LUUL : yang sakit.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my