Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
"Memberikan kemaafan adalah permulaan yg baik dan akan mengatasi
kekuatan musuh"
Drama 'The Black Angel" adalah contoh buruk hasil daripada sebuah
kebencian. Tetapi banyak pengalaman lain yg boleh dijadikan contoh
misalnya, pengalaman Maria Renata. Dia pernah didera oleh rasa sakit
hati ketika kekasihnya membatalkan niat untuk mengahwininya.
Mulanya Maria tidak mampu memaafkan kekasihnya itu sehinggalah suatu
hari, dia terfikir untuk berdoa. "Saya menyebut namanya dalam doa. Saya
katakan kepada Tuhan, betapa saya sangat membencinya. Betapa saya sakit
kerana perbuatannya. Tetapi apa yg menggumkan, perlahan-lahan saya
mulai mengampuni kesalahannya,".
Saya membawa segenap perasaan sakit hati saya kepada Tuhan. Kemudian
saya mula berdoa. Perlahan-lahan hasil dari doa itu, saya boleh
memaafkannya. Perasaan ini melegakan batin saya yg sebelum ini sangat
terbeban dan tertekan oleh perasaan sakit hati itu...
"Jika kita memaafkan seseorang yang telah menyakiti hati kita dengan
ikhlas, kita pasti diberikan keajaiban yakni ketenangan hati. Memaafkan
menjadi sesuatu yg indah dan unik kerana kesembuhan yg dihasilkannya
boleh menghilangkan semua rasa sakit dan luka di hati biar parah mana
sekalipun luka itu."
Kata maaf boleh dimulakan setelah anda mempunyai kemahuan untuk
mendoakan orang yg menyakiti hati anda. Memberikan kemaafan adalah
penawar paling mujarab untuk melegakan rasa benci itu.
Biasanya setelah seseorang itu mendoakan orang yg dibencinya,
lama-kelamaan dia akan mula memaafkan orang tersebut. Namun ia memang
memerlukan masa yg lama. C.S. Lewis, penulis cerita dongeng kanak-kanak
dari Britain pula, mengaku pernah membenci salah seorang gurunya ketika
dia bersekolah rendah dahulu. Hampir sepanjang hidupnya dia tidak dapat
memaafkan guru tersebut. Namun beberapa bulan sebelum dia meninggal
dunia, Lewis telah menulis surat kepada sahabatnya. "Beberapa minggu
lalu, aku telah memaafkan guru kejam yg telah menggelapkan masa
kanak-kanakku itu. Padahal, aku telah berusaha sesungguh hati untuk
memaafkannya selama bertahun-tahun," ungkapnya dlm surat kpd sahabatnya
itu.
Perasaan benci pd seseorang apalagi jika sudah menebal dlm diri memang
sukar utk dihapuskan. Apa yg dilakukan oleh Maria itu, sepatutnya
menjadi cermin bagi sesiapa saja yg pernah mengalami rasa sakit hati yg
mendalam kepada orang yang disayangi. Setelah dapat memaafkan orang yg
dibenci, segala luka di hati biar separah mana pun pasti akan sembuh.
"MEMAAFKAN ITU INDAH.."
Memaafkan orang yg melukakan hati kita adalah sesuatu yg memeritkan
tetapi ada hikmah di sebalik peristiwa yg berlaku itu. Cubalah! Anda
pasti akan bahagia setelah memaafkan setiap kesalahan sesiapun yg
pernah anda sayangi, biar besar manapun kesalahannya terhadap kita, "biarkan air itu terus mengalir, perlahan atau deras itu bukan persoalannya, yang pasti sampah ketepi jua..."
"Idup Musti Ria Ceria Selalu"
Diskusi