Risalah Fikir (281) Nilai Seorang Baakin

Mari mengenali salah seorang daripada cicit Sayyidina 'Ali r.a. Beliau ialah Abu Ja'far Muhammad bin 'Ali bin Al-Husain bin 'Ali bin Abi Talib a.s. Ibunya adalah Ummu 'Abdillah binti Al-Hasan bin 'Ali bin Abi Talib a.s. Dan anak-anaknya pula adalah Ja'far dan 'Abdullah (ibu keduanya adalah Ummu Farwah binti Al-Qasim bin Muhammad bin Abu/Abu Bakar As-Siddiq r.a.), serta Ibrohim, 'Ali, Zainab dan Ummu Salamah.

Renungkan sejenak... sebelah Al-Hasan r.a. dan Al-Husain r.a., kedua-duanya sekali, Abu Ja'far Muhammad merupakan cicit Rasulullah saw! Dan isterinya pula adalah cicit Sayyidina Abu Bakar r.a. Betapa bertuahnya beliau r.a.! Keturunan yang penuh dengan kemuliaan dan diberkati... [Kita pula bagaimana?]

Kali ini mari kita sama-sama berusaha untuk menghayati suatu keterangan daripada beliau r.a., iaitu:

Dan daripada Khoolid bin Abii Al-Haitham roh.a., daripada Abu Ja'far Muhammad bin 'Ali bin Al-Husain a.s., katanya (mafhuumnya):

“Telah tidak bercucuran suatu mata itu dengan air matanya melainkan Allah SWT telah mengharamkan (menghalang) wajah tuannya (si yang menangis itu) ke atas api neraka. Seandainya air mata itu telah mengalir/meleleh ke atas kedua pipi(nya), maka suatu qotar (kekurangan) pun dan suatu dzillah (kehinaan) pun tidak membebani akan wajahnya. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan ada baginya jazaa’ (ganjaran/upah/balasan) kecuali ad-dam'ah (setetes air mata), maka sesungguhnya Allah SWT mengkafaratkan dengan setetes air mata itu (menjadikannya sebagai kaffarah) akan lautan-lautan dosa. Dan seandainya ada seorang baakin (seorang yang menangis) telah menangis pada (di kalangan) umatnya, nescaya Allah SWT mengharamkan (mencegah) umat itu daripada api neraka!”

Begitulah kira-kiranya terjemahan kasar daripada Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imam Al-'Aalim Jamaaluddin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 2, halaman 109.

Baakin bererti orang yang menangis. Dan sudah tentulah menangis yang dimaksudkan dalam konteks penerangan di atas adalah menangis kerana takutkan Allah (min khosy-yatillah), menangis bila mengenang dosa-dosa yang lalu dengan penuh penyesalan dan takut untuk berdepan dengan Allah SWT lantaran penuh bergelimang dengan dosa-dosa yang banyak itu, menangis (kerana takut kepada Allah SWT) bila memikirkan diri ini jauh daripada tuntutan-tuntutan dan kehendak-kehendak agama yang berhubungan dengan diri sendiri, keluarga, jiran-jiran, sahabat-sahabat, kenalan dan semua umat Rasulullah saw...

Bayangkan... jika ada seorang baakin sahaja dalam satu-satu umat (ummat/ra'yat/bangsa/tanah air/kelompok/dsbnya), maka sudah cukup untuk Allah SWT menyelamatkan umat itu daripada api neraka! Begitulah mengikut keterangan Abu Ja'far Muhammad r.a. di atas... Tapi harus diingatkan, bukan baakin yang biasa-biasa... tetapi baakin kerana takutkan Allah SWT. Seseorang itu bisa mudah menangis bila mengenangkan anak atau ibunya jauh di kampung (dsbnya), tapi belum tentu boleh menangis kerana takut kepada Allah SWT!

Di sini kita benar-benar bisa merasa betapa tingginya nilai setetes air mata yang keluar lantaran takutkan Allah SWT. Betapa tingginya nilai baakin tersebut, sehingga umat yang mana dia berada di dalamnya bisa diselamatkan daripada api neraka (dengan izin Allah SWT).

Timbul persoalan: (1) Masih wujudkah lagi individu-individu mu'min yang bisa menjadi baakin sedemikian rupa dalam mana-mana umat ini? Atau telah tidak wujud? Atau bagaimana kata antum yang budiman? (2) Masihkah ada universiti-universiti/pusat-pusat pengajian/madrasah-madrasah/sekolah-sekolah/pesantren-pesantren/masjid-masjid/Badan-badan Islam/dsbnya [UPPMSPMBI dsbnya] yang bisa mengeluarkan para graduannya sebagai orang-orang yang berjiwa baakin itu? Atau hanya mengeluarkan graduan-graduan yang memiliki ilmu semata-mata? Atau apa kata antum? (3) Adakah mereka yang memegang amanah dalam mengendalikan UPPMSPMBI dsbnya itu memikirkan bagaimana menghasilkan para graduan yang berjiwa baakin (bisa menjadi baakin2 /para bukaah)? Atau tidak terlintas ke arah ini? Atau bagaimana kata antum yang budiman?

Semoga penjelasan daripada Abu Ja'far Muhammad r.a. itu benar-benar menjadi panduan buat kita semua... Dan semoga kita sama-sama mengambil i'tibar... Dan menjadi seorang baakin (atau al-baaki) adalah antara wawasan kita.... Wallahu A'lam. Wassalamu'alaikum wrb., Alfaqiiru ilallah.

Mufrodaat:

  • [1] Ighrooroq: telah bercucuran.
  • [2] Ighrooroqot al-'ain: (air) matanya telah bercucuran.
  • [3] Bahr: laut/lautan. kj: Abhur, Buhuur, Bihaar.
  • [4] Khotii-ah: dosa, kejahatan, kesalahan. kj: Khotii-aat, Khotooyaa.
  • [5] Buhuur al-Khotooyaa: lautan-lautan dosa.
  • [6] Baakin, al-Baakii: orang yang menangis.
  • [7] BukaaH: para baakin. BukaaH adalah kata jama' dari Baakin.
  • [8] Baakiyah / BaakiaH: orang yang menangis (perempuan), kj: Baakiyaat, Bawaak.

Mari mengenali salah seorang drp cicit Sayyidinaa 'Ali r.a.Beliau ialah ABUUJA'FAR MUHAMMAD BIN 'ALI BIN AL-HUSAIN BIN 'ALI BIN ABII TOOLIB a.s. Ibunnyaadalah UMMU 'ABDILLAAH BINTI AL-HASAN BIN 'ALI BIN ABII TOOLIB a.s. Dan anak2nyapula adalah JA'FAR dan 'ABDULLOOH (ibu keduanya adalah Ummu FARWAH BINTI AL-QOOSIMBIN MUHAMMAD BIN ABII/ABUU BAKAR AS- SIDDIIQ r.a.) dan IBROOHIIM dan 'ALI danZAINAB dan UMMU SALAMAH.

Renungkan sejenak..... sebelah Al-Hasan r.a. dan Al-Husain r.a. kedua2nyasekali, Abu Ja'far Muhammad merupakan cicit Rosuululloh saw !! Dan isterinyapula adalah merupakan cicit Sayyidinaa Abu Bakar r.a. Betapa bertuahnya beliaur.a. ! Keturunan yang penuh dgn kemuliaan dan diberkati...... [Kita pulabagaimana ?]

Kali ini mari kita sama2 berusha untuk menghayati suatu keterangan drp beliaur.a., iaitu :

Dan drp Khoolid bin Abii Al-Haitham roh.a., drp Abuu Ja'far Muhammad bin 'Alibin Al-Husain a.s., katanya (mafhuumnya) :

TELAH TIDAK BERCUCURAN SUATU MATA ITU DENGAN AIR MATANYA MELAINKAN ALLOOH SWTTELAH MENGHAROMKAN (MENGHALANG) WAJAH TUANNYA (SI YANG MENANGIS ITU)KE ATAS APINERAKA. SEANDAINYA AIRMATA ITU TELAH MENGALIR / MELELEH KEATAS KEDUA PIPI(NYA),MAKA SUATU QOTAR (KEKURANGAN) PUN DAN SUATU DZILLAH (KEHINAAN) PUN TIDAKMEMBEBANI AKAN WAJAHNYA. DAN TIDAK ADA SESUATU PUN MELAINKAN ADA BAGINYA JAZAA`(GANJARAN/UPAH/BALASAN) KECUALI AD-DAM'AH (SETETES AIR MATA), MAKA SESUNGGUHNYAALLOOH SWT MENGKAFARATKAN DENGAN SETETES AIR MATA ITU (MENJADIKANNYA SEBAGAIKAFFAAROH) AKAN LAUTAN-LAUTAN DOSA. DAN SEANDAINYA ADA SEORANG BAAKIN (SEORANGYG MENANGIS) TELAH MENANGIS PADA (DIKALANGAN) UMMATNYA, NESCAYA ALLOOH SWTMENGHAROMKAN (MENCEGAH) UMMAT ITU DARIPADA API NERAKA !!!

Begitulah kira2nya terjemahan kasar drp Sifah As-Sofwah, susunan Al- ImaamAl-'Aalim Jamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 2, halaman109.

BAAKIN berma'na ORANG YG MENANGIS. Dan sudah tentulah menangis ygdimaqsuudkan dalam konteks penerangan di atas adalah MENANGIS KERANA TAKUTKANALLOOH (MIN KHOSY-YATILLAAH), menangis bila mengenang dosa2 yg lalu dgn penuhpenyesalan dan takut untuk berdepan dengan Allooh swt lantaran penuh bergelimangdgn dosa2 yg banyak itu, menangis (kerana takut kpd Allooh swt) bila memikirkandiri ini jauh daripada tuntutan2 dan kehendak2 agama yang berhubungan dgn dirisendiri, keluarga, jiran2, sahabat2, kenalan dan semua ummat Rosuululloohsaw......

Bayangkan....jika ada SEORANG BAAKIN sahaja dalam satu2 ummat (ummat/ra'yat/bangsa/tanahair/kelompok/dsbnya), maka sudah cukup untuk Allooh swt menyelamatkan ummat itudrp api neraka ! Begitulah mengikut keterangan Abu Ja'far Muhammad r.a. di atas....Tapi harus diingatkan, bukan baakin yg biasa2...tapi baakin kerana takutkanAllooh swt . Seseorang itu bisa mudah menangis bila mengenangkan anak atau ibuyang jauh dikampung (dsbnya), tapi belum tentu boleh menangis kerana takut kpdAllooh swt !

Disini kita benar2 bisa merasa betapa tingginya nilai setetes air mata ygkeluar lantaran takutkan Allooh swt. Betapa tingginya nilai baakin tersebut,sehinggakan ummat yang mana dia berada di dalamnya bisa diselamatkan drp apineraka (dgn idzin Allooh swt).

Timbul persoalan : (1) Masih wujudkah lagi individu2 mu`min yg bisa menjadibaakin sedemikian rupa dalam mana2 ummat ini ? Atau telah tidak wujud ? Ataubagaimana kata antum yg budiman ?

(2) Masihkah ada universiti2/pusat2 pengajian/madrasah2/sekolah2/ pesantren2/masjid2/Badan2 Islam/dsbnya [UPPMSPMBI dsbnya] yg bisa mengeluarkan paragraduan-nya sebagai orang2 yg berjiwa baakin itu ? Atau hanya mengeluarkangraduan2 yg memiliki ilmu semata2 ? Atau apa kata antum ?

(3) Adakah mereka yg memegang amanah dalam mengendalikan UPPMSPMBI dsbnya itumemikirkan bagaimana menghasilkan para graduan yg berjiwa baakin (bisa menjadibaakin2 /para bukaah) ? Atau tidak terlintas kearah ini ? Atau bagaimana kataantum yg budiman ?

Semoga penjelasan drp Abuu Ja'far Muhammad r.a. itu benar2 menjadi panduanbuat kita semua .... Dan semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Dan menjadiSEORANG BAAKIN (atau AL-BAAKII) adalah diantara wawasan kita.... Walloohu A'lam.Wassalaamu'alaikum wrb., Alfaqiiru ilallooh.

MUFRODAAT :

[1] IGHROUROQO : telah bercucuran.

[2] IGHROUROQOT AL-'AIN : (air)matanya telah bercucuran.

[3] BAHR : laut/lautan. kj : ABHUR, BUHUUR, BIHAAR.

[4] KHOTII-AH : dosa, kejahatan, kesalahan. kj: KHOTII-AAT, KHOTOOYAA.

[5] BUHUUR AL-KHOTOOYAA : lautan2 dosa.

[6] BAAKIN, AL-BAAKII : orang yg menangis.

[7] BUKAAH : para baakin. BUKAAH adalah katajama' dari BAAKIN.

[8] BAAKIYAH / BAAKIAH : orang yg menangis (perempuan),kj : BAAKIYAAT, BAWAAK.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my